Jumaat, Ogos 03, 2007

Selingan di Waktu Kedinginan

Pada hari Sabtu, 04 Ogos, waktu pagi dalam pukul 8.30 pg, saya akan bertolak ke Kuala Lumpur.
Bukan saja-saja hendak berjalan di KL, tetapi ada urusan kekeluargaan.
Ahad nanti, ada majlis walimatul urus buat adik kepada kakak ipar saya.
Jadi, memandangkan minggu ini baru sahaja minggu kedua semester baru, tidak sibuk dan tidak ada kerja yang perlu diselesaikan, saya pun kenalah pergi.
Lagipun, keluarga itu perlu diutamakan.

Sambil menyelam kita minum air.
Kalau boleh, esok juga saya ingin membeli dan membawa balik ke UTP sebuah set 'external hard disk' sebagai storan tambahan saya.
Maklum sahajalah, kapasiti cakera keras komputer riba saya yang sudah berusia dua tahun itu bukanlah besar mana.
Dan lagi, makin lama makin banyak fail-fail dan dokumen yang perlu disimpan.
Lebih-lebih lagi, sejak dari cuti semester tempoh hari, sedang saya sibuk berteater sehinggalah habis festival, begitu banyak sekali gambar-gambar yang telah saya ambil sebagai kenangan.
Dengan itu, saya nekad hendak membelanjakan duit elaun saya yang tak seberapa (yang tinggal) untuk membeli cakera keras tambahan itu.
Kalau macam inilah gayanya, lama lagi lah saya boleh menunaikan hajat saya untuk memiliki sebuah kamera digital baru, menggantikan yang sudah rosak akibat termasuk ke dalam air terjun di Ulu Chepor tempoh hari.
Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, saya boleh dikatakan kuat makan.
Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dengan kuih-muih yang agak banyak (yang saya seorang saja yang bedal), makan malam, dan supper di waktu malam dan tabiat pemakanan ini diamalkan sejak minggu lepas, sudah tentu ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa saya terasa sempit bila memakai seluar-seluar saya yang tertentu.
Mungkin sebab saya masih begitu 'relaks' buat masa sekarang.
Tiada ujikaji makmal, tiadalah laporan yang perlu dibuat.
Tiada lagi tugasan mahupun projek.
Tiada pula latihan-latihan tambahan yang perlu dibuat.
Saya ini bukanlah seorang pelajar yang rajin.
Bila perlu buat sahaja baru saya buat.
Bila tidak perlu, tidak buatlah.
Yang dibuatnya benda lain, iaitu 'blogging' sebagai contoh yang paling tampak. Hoho~

Jadi, sudah pun tengah malam dan saya perlu masuk tidur walaupun tidak perlu masuk pun sebab katil sudah berada di sudut belakang saya.

Salam bahagia dan mesra perkahwinan.
Salam walimatul urus buat mereka yang ada kenduri kahwin hujung minggu ini.

2 ulasan:

  1. perghh
    ayat sangat skema
    tak tahan aku baca
    kui3

    BalasPadam
  2. haha!

    pulak dah skema.

    blog baru ni gaya penulisan tukar sikit.

    tak tahan baca, baca jugak ko!

    dasar ****k!!!

    BalasPadam