Ahad, Ogos 17, 2008

Bengkok Sedikit Tidak Mengapa, Asalkan Berdaya

Sementara idea ini masih segar.

16 Ogos 2008 adalah tarikh bersejarah buat diri aku dan keluarga aku yang satu lagi.



Setelah aku memaki kerana terpaksa membeli tiket bas tambahan tempoh hari.
Aku cover sedikit dengan pujian.

Nasib baik bas agak selesa.
Sampai tepat pada waktunya.
Sampai destinasi dalam masa yang sewajarnya.
Tapi aku tak nak cerita pasal bas.


"Hmmm... Pada satu ketika, aku rasakan tempat ini adalah paling teruk di dunia. Tapi pada masa yang sama aku masih tersenyum tatkala mengharungi deras umat dunia."


Tapi aku tak nak cerita pasal umat.
Itu khutbah Jumaat lepas punya cerita.


Sememangnya aku tak pernah menghadirkan diri ke majlis konvokesyen.
Sewaktu abang-abang aku menerima gulungan ijazah dan diploma pun aku tak dapat ikut masuk ke dewan.
Hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan kerana kapasiti dewan yang cukup-cukup atau mungkin tidak cukup.

Tapi aku tak nak cerita pasal dewan.



Jika kali ke-13 itu tragedi dari saat pertama hingga terakhir.
Kali ini situasi alam nyata diimbangi dengan adil.
Syukur ke hadrat Illahi sudah pasti.
Meskipun aku sudah biasa dengan pentas.
Tapi aku tak biasa pula melihat orang naik ke pentas.
Orang itu bukan sebarangan, itu sudah pasti.


Tapi aku tak nak cerita pasal pentas.



Hanya bayangkan seorang seperti kayu. Yang lurus.
Memang lurus. Amat lurus.
Kayu sebegitu mudah patah. Memang mudah.


Katanya, biarlah bengkok sedikit.. Tak mengapa.
Asalkan berdaya!


Inilah cerita aku.

Tentang kayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan