Rabu, Ogos 13, 2008

Berlakon Itu Umpama Bersenggama

Ada orang mengatakan, "Acting is like having sex."
Maka diterjemahkan ke Bahasa Melayu, "Berlakon itu umpama bersenggama."

Pada 11 dan 12 Ogos, TTS tak serik-serik lagi untuk mencari pelakon baru. Adakan sesi audition.
Seperti beberapa penggal yang lalu.

Pada beberapa penggal yang lalu.
Yang datang ke sesi audition tidaklah seramai mana.
Ya lah. Berapa ramai ja yang minat dengan teater?
Lain lah kalau uji bakat untuk nyanyian.

Tapi itu cerita lain.

Kali ini TTS buat lagi.
Poster kali ini agak merangsangkan.
Kredit kepada sesiapa yang perasan.

Jadi pada hari pertama. 7 orang datang.
3 lelaki. 4 perempuan.

Hari kedua. 10 orang datang.
8 lelaki. 2 perempuan.

Jumlah. 17 orang.

Wow. Satu team Asylum itu.

Macam biasa. Tuan direktor akan garu kepala.

Tapi itu cerita lain.

Dalam kelompok 17 orang itu. Ada ramai juga yang berpotensi.
Dan ada juga yang hanya sekadar untuk mencuba-cuba.

Tapi tak mengapa.


Berbalik kepada perenggan awal sekali tadi.


Orang boleh bersenggama dengan cinta dan nafsu.
Orang juga boleh bersenggama dengan nafsu sahaja.

Begitu juga dengan berlakon.
Orang boleh berlakon dengan cinta (passion) dan nafsu (gatal).
Orang juga boleh berlakon dengan nafsu (gatal) sahaja.


Penteater akan diukur melalui tahap passion yang ditunjukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan