Ahad, Ogos 31, 2008

Wayang FOC Malam Merdeka Pening Kapla

WARNING: Explicit Contents!


Gua pening kapla bila pikir pasal nak beli tiket bas.
Lebih-lebih lagi waktu puncak musim perayaan.
Awal puasa ramai orang balik.
Awal raya pun ramai orang balik.
Ditambah lagi awal puasa tahun ini dekat-dekat dengan merdeka.
Ternyata orang awam suka naik bas.
Walaupun aku tahu dalam hati mereka tidak suka naik bas.
Cuma terpaksa kerana itu adalah pilihan paling OK.
Tambang yang tidak terlalu mahal dan perjalanan yang selamat.
Jika tiada tanah runtuh menimpa bas.
Atau jika pemandu bas itu tidak mabok.

Gua dah beli tiket balik dan pergi cuti raya nanti.
Alhamdulillah timing aku ngam-ngam aku datang (dan dating) di KL pada hari pertama tiket musim perayaan dijual.
Tapi pening jugak kapla gua plan bila nak balik.
Takot-takot gua ada test ka apa ka nanti tak ka parah.
Dah la gua RAJEN sangat pergi kelas.

Apa pon gua tak nak cerita pasal bas.
Dah banyak kali gua cerita pasal bas.
Gua nak cerita pasal malam merdeka.
Di KL dan di BP.

Di KL gua sempat jalan-jalan dengan bini gua.
Walaupun kejap tapi dapat jugaklah gua pahat memori indah di suatu sudut bertarikh 30 Ogos 2008.
Bas untuk gua balik ke BP sampai lambat dari yang dijadualkan.
Lambat satu jam lebih.
Dan gua tunggu di atas platform satu jam lebih jugak.
Biasanya gua ada satu perasaan yang mana bila gua tunggu bas tak sampai-sampai, gua tak berani nak jalan pergi mana-mana takot-takot bas sampai time gua pergi jalan-jalan tu.
Walaupun waktu menunggu tu adalah suatu pembaziran yang nyata.
Nasib baik bini gua ada teman.
Tak adalah gua kesunyian tahap cipan.

Di KL gua sempat layan kotak ofis baru dari Hollywood. Death Race.
Cerita tu sedap jugak ah gua layan.
Tapi sebab air-cond panggung (jangan tersalah taip punggung, sensitip) tu sejuk tahap kutub utara.
Secara automatik badan pun menjalankan tugas homeostatis (maaf kalau silap, gua bukan doktor).
Cerita tu sedap jugak ah gua bagi rating 4 bintang.

Sebut pasal punggung gua nak cerita pasal punggung.

Masa gua sampai KL Sentral malamnya tu gua nampak lelaki pakai seluar londeh tahap hip-hop wannabe di Tanah Malaya.
Itu tak jadi masalah gua.
Yang jadi masalahnya tangan dia dok gatal selak-selak baju-T dia sambil dia berjalan sambil berborak dengan kawan di sebelahnya masa gua dan orang-orang sekeliling tengah khusyuk menikmati makanan sambil layan tivi.
Al-makanya nampaklah punggungnya yang hitam itu....
Nak dijadikan cerita gua rasa perempuan duduk kat depan gua tu ternampak kot punggung laki tu.
Perempuan tu tak selera nak tengok memandangkan punggungnya hitam.
Itu kisah punggung yang pertama.

Sekarang kisah punggung yang kedua.
Tadi gua cerita masa gua baru sampai KL.
Kali ni gua cerita masa gua nak blah dari KL.
Di KL memang senang nak tengok punggung secara F.O.C (free of charge bagi sesiapa yang tak paham)
Bukan setakat punggung, malah macam-macam lagi.
Jadi di Plaza Rakyat masa gua tengah makan-makan (lagi sekali masa tengah makan-makan) gua ternampak punggung perempuan pulak.
Wah!
Tapi gua ternampak sekali ja.
Gua ada bawak bini jadi kenalah behave.
Tapi gua rasa ramai lelaki kat situ cover-cover sambil makan sambil tonton wayang "Punggung".
Sekali pandang nampak punggung.
Pandang lagi sekali rupa-rupanya minah pakai tudung.
Dia bawak jantan.
Jantan tu duduk depan dia.
Berakhirlah kisah punggung yang kedua.

Konlusinya gua rasa depa ni tak pakai seluar dalam.
Gua tak pelik sebab gua menyaksikan fenomena Punggung tersebut di KL.
Kalau di BP. Gua rasa gua nak kutuk BP habis-habisan.
Sebab BP tu tempat gua, beb!

Tapi bila gua sampai di BP, gua rasa gua patut kutuk-kutuk.

Begini ceritanya...



Gua sampai BP, gua turun dari bas.
Gua salam dengan mak bapak gua.
Gua tolak kereta bapak gua.
Kereta hidup. Gua pergi sembahyang jamak kat masjid jamek.
Sampai. Kereta berhenti. Gua turun dari kereta.
Gua nampak ada orang pakai songkok hitam baju putih baring-baring dekat beranda bawah masjid.
Gua tak sedap hati tengok.
Gua tanggalkan selipar Crocs gua yang mahal tu.
Gua ambil wudhu'.
Ada seorang Pak Haji (kot?) pakai ketayap tegur orang pakai songkok hitam yang tengah baring-baring tadi.
Gua naik beranda atas sikit.
Gua solat jamak takhir.
Gua tak sedap hati.
Habis ja dua salam gua terus usha selipar Crocs gua.


Sah!


Selipar Crocs gua kena kebas!

Gua tak putus asa lagi. Gua cari-cari di kawasan sekeliling.
Gua mintak bantuan mak bapak gua sekali.


Sah!



Selipar Crocs gua yang mahal tu kena kebas!


Dan.


Orang yang pakai songkok hitam baju putih yang baring-baring tadi dah tak ada.


Mamat kaki rembat aka kaki copet aka kaki kebas tu nasib baik.
Sebab gua baru lepas sembahyang.
Kalau tak sampai lubang cacing gua cari mamat tu.

Akhirnya, gua redha.
Tak ada rezeki Crocs tu tahan lama dengan gua.
Kalau aku masih sekolah rendah, aku akan buat karangan tentang kehilangan Crocs ini dari Crocs' point of view.

Crocs tak bersalah.
Kasihan beb dia kena sebat dengan orang yang tak betul.
Lagi sadis kalau orang tak betul tu jual Crocs ORIGINAL aku tu kat kedai kasut bundle.



Malam itu malam merdeka.
Di kawasan bandar BP itu, budak-budak tak cukup umur berarak (bukan minum arak) menaiki basikal.
Bukannya sedikit. Mereka ramai.
Aku bayangkan mereka macam Clan Beskal.
Malam-malam naik basikal.
Mengganggu trafik.
Pemandu lain naik kereta asyik hon ja.
Gua nampak polis trafik tengah jaga kat Dataran BP.
Budak-budak tak cukup umur bawak basikal keliling kota bajet patriotik itu mereka biarkan.
(Mana polis penjaga keamanan dunia?)
Mereka itu mungkin semangat nak sambut merdeka.
Tapi mereka itu masih ter-um..aa.. bila ditanya "Apa itu merdeka?"
Belum lagi kita tanya, "Merdekakah Kita?"


Selamat datang ke Malaysia!


Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-51.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Maaf jika Pak Akin terkasar bahasa, terperli kat mana-mana, tersindir kat celah-celah mana, terkutuk tak tentu hala.
Semua itu Pak Akin lakukan dengan sengaja. Dengan niat. Dengan rasa. Dengan jiwa.

Eh. Aku lupa. Kau orang paham ka apa aku maksudkan "dengan jiwa"?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan