Sabtu, Ogos 09, 2008

Ada Apa Tengah Bulan?

Dem.

Fak Akin hendak beli tiket ke Kuala Lumpur pada tengah bulan ni.
Terpaksa beli tiket bas tambahan.
Sudah pasti harganya berganda dua.
Terpaksa beli tiket bas tambahan.
Fak Akin terpaksa.
Nasib baik juga masih ada bas.

Dem.

Ada apa tengah bulan?

Kenapa ramai orang ke KL?

Ada apa tengah bulan?

Ha?


Dem.


Fak Akin akan ke majlis konvokesyen.
Ada orang tu nak ambil gulungan diploma.
Baru dapat berita kelulusan LJM.

Di hujung jari-jemari ini Fak Akin bersyukur.


Ada apa tengah bulan?

Ada teater ka?

Ada JomHeboh ka?

Ada konsert Inul ka?

Ada demo ka?


Ada apa tengah bulan?


Fak Akin punya jadual aktiviti teater memang agak padat.
Sejak hari pertama bermulanya semester segar, sudah mula audition itu, ini.
Kemudian sudah tentu latihan itu, ini tiap petang atau malam atau kedua-duanya kecuali Sabtu dan Ahad.

Hingga kini. Penat sudah tidak dikira.

Penat itu sudah tiada apa-apa.

Alah bisa tegal biasa kata pepatah.


Masing-masing punya agenda.
Kerajaan punya agenda.
Pembangkang punya agenda.
TTS punya agenda.
Fak Akin punya agenda.
Semua orang punya agenda.
Lain-lain.
Macam-macam.


Ada apa tengah bulan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan