Sabtu, Ogos 23, 2008

Olompik Ada Bunga Api, Convopair Pun Ada

08-08-08 adalah tarikh yang penuh 'ong'.
Dengan itu Olompik dirasmikan pada tarikh tersebut.
Upacara perasmian Olompik sememangnya banyak bunga api.
Mana-mana upacara perasmian yang megah-megah pun ada bunga api.

Di sini. Di Tronoh permai ini.
Upacara perasmian Convo-Pair (Pair: pasangan a.k.a couple) pun ada bunga api.
Ramailah rakyat-rakyat yang jakun hendak melihat bunga api dengan mata sendiri.
Mungkin selama ini hanya berpeluang melihat di kaca tivi.
Tidak mengapalah. Lagipun bunga api itu diletupkan secara percuma untuk tontonan umum.
Tetapi bunga api itu bukanlah percuma.

Convo-pair adalah suatu pesta yang menjadi tumpuan anak-anak muda.
Ada yang berpacaran. Ada yang bersama rakan taulan. Ada yang berseorangan. Dan ada juga yang menjadi SPY.
Ada juga yang berpeluang berjumpa rakan-rakan lama, rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan satu parti, rakan-rakan masjid, rakan-rakan club dan sebagainya.
Pelbagai jenis makanan, permainan, barang-barang berlambak.
Pendek kata, di Convo-pair inilah, kadar wang masuk dan keluar menjadi tinggi.
Pendek kata lagi, di Convo-pair inilah, pasangan-pasangan yang jarang dapat berpimpin tangan selama ini di UTP dapat meredakan nafsu itu.


Selamat Hari Convopair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan