Selasa, Ogos 26, 2008

Perkongsian Detik Merdeka ke-51 bersama Cik Mamat & PUAS-SA?

Minggu ni minggu kemerdekaan.
Selamat Merdeka ya semua.
Lepas merdeka bulan puasa menjelma.
Selamat Puasa ya semua.

Minggu Merdeka & Minggu Awal Puasa ni Fak Akin macam biasa lah.
Ada show, ada kerja, show dan kerja lagi.

26 Ogos : Rehearsal show Merdeka.
27 Ogos: Show Merdeka. Aku jadi pahlawan lama J-poon. Jemputlah tengok.
28 Ogos: Audition teater KERUSI. Aku tak nak watak lain! Aku nak PUTRAjaya ja!
29 Ogos: Ke KL, lepak-lepak dan foya-foya dengan member old skool, Botak.
30 Ogos: Di KL, datang (auto-correct di Microsoft Word). Kemudian balik kampung terus. Rindu sama mak bapak wo! Aku family man wo. Dah nak kahwin pun. (Doakan aku).
31 Ogos: Sambut Merdeka di Dataran Bee PEE. Kalau malas nak sambut merdeka, aku pergi sembahyang tarawikh kat masjid dengan mak bapak aku.
1 Sept: Hari pertama puasa dan aku balik ke Tronoh semula. Buka puasa kat dalam bas kot. Haha. Best.
2 Sept: Makmal dan Technical Presentation dan PPD Project Submission. Lepas setel semua, aku 'terbang' ke KL semula.
3 Sept: Interbiu untuk peluang internship di Bureau Veritas di Bangunan Dayabumi, KL. Dekat dengan tempat aku selalu lepak iaitu Central Market. (Rajin betul kompeni ni. Internship ja pun nak interbiu. Standard kompeni worldwide. Hmmm..) Okay, setel semua, aku balik ke Tronoh semula.
4 Sept: Satu hari ni aku nak tidur sebab aku suka tidur.
5 Sept: Test teoritikal Engineering Economics. (Eh, bila aku nak study? Haha.)
6 Sept: Hujung minggu! Kita beribadah banyak sikit lah.


*Jadual aktiviti di atas tidak termasuk Assignment-assignment subjek lain dan Projek ETP aku dan latihan teater KERUSI untuk pementasan di Taman Budaya Perak, Ipoh selepas Raya nanti. Bak kata S. Effendi F.A, "Macho betul!"

***

Puas?
Puas-sa?
Puas satu?
Jangan buas-buas di bulan puasa ni...
Aku tahu ramai LELAKI SEJATI kat Malaysia ni. Haha.
Tapi bulan puasa ni lah kena tahan nafsu.
Jihad nafsu kata orang.


Okay! Aku blah dulu.
Jumpa lagi di bulan puasa.
Mudah-mudahan kita jumpa Ramadhan.


Sebut pasal Ramadhan, tiba-tiba teringat.
Bila musim bulan puasa ni, macam-macam lah drama tivi yang baru keluar.
Contohnya, Diari Ramadhan Rafique.
Bila dekat-dekat Raya pulak, lagi macam-macam cerita yang baru keluar.
Contohnya, Dodol.
Ah, malas lah nak cerita.
Nanti ada orang tak larat nak baca entri aku ni!


Okay! Aku blah dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan