Isnin, Ogos 11, 2008

Perempuan Itu Optional

Sangat jarang sekali aku bercerita tentang kehidupan normal aku di luar (di dunia nyata).
Yang dapat dibaca hanya tentang teater, filem, seni, dan sekali-sekala dapat dilihat gambar-gambar seperti Pelan-pelan & Bilik Gerakan, Sarong Tangan, Batang Penyapu dan seumpamanya.
Memang membosankan mereka yang bosan akan teater, filem (mungkin ini tidak), seni dan gambar-gambar sebegitu.


Passion.

Itu jawapan kepada soalan ini yang akan aku tanya kalau aku jadi panel penemuduga: "Kenapa kau nak join teater?"

Kedua. Duit.

Bila bisnes ini jadi serius. Duit jadi nilai juga. Selepas nilai seni.

Ketiga. Pangkat.

Bila sudah punya pengalaman. Boleh naik pangkat jadi Tuan Direktor. Atau mungkin Pengurus Pentas.

Keempat. Perempuan.

Bila satu platun tu semua lelaki. Untuk mengelakkan gosip-gosip liar, fitnah seperti "depa tu gay kot". Perempuan jadi nilai tambah. Maksudnya, penyeri.

Tapi poin keempat ini optional.


Kerana aku telah berjaya mengetepikan emosi aku dalam mentadbir.
Emosi yang diketepikan itu digunakan untuk pementasan teater.
Jadi minta maaf jika aku tiada beremosi di dunia luar atau maya ini.
Memang membosankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan