Ahad, Ogos 24, 2008

Artis Dollywood

Sekali Nabil rap betul-betul daa...
Memandangkan dia bukanlah rapper tegar.
Maka tidaklah berapa best vokal rapnya.
Lagu tema dia sendiri. "Lu Pikirlah Sendiri".

Hujan lebat melanda ketika dia buat show.
Alhamdulillah kerana hujan turun.
Tak boleh lah dem-kan melainkan kau tak paham Islam.
Malah Malique Ibrahim sekali pun rap lagu Assalamualaikum dan Alhamdulillah.

Okay. Apa pun, selamat berjaya kepada komiti Convo-pair.

***

Kali ni Pak Akin nak sebut pasal perangai artis Dollywood.
Artis Hollywood itu omputeh.
Artis Bollywood pula hindustan.
Artis Dollywood ni...
erm...
err....
Okay, kita anggap ja lah artis Dollywood ni dari Tanah JKLM.

Perangai artis Dollywood ni macam-macam.
Pertamanya, tidak tepati masa bila tiba waktu shooting. Kadang-kadang tak datang. Kononnya ada urusan peribadi.
Keduanya, demand itu ini. Tak adalah hebat mana. Tak ada pun menang anugerah Granny.
Ketiganya, beremosi dalam bisnes seni dan hiburan.
Keempatnya, suka sangat gosip-gosip. Kononnya gosip-gosip ini lumrah dunia artis. Salahkan pula media massa. Media massa pun satu hal juga. Gosip senang pasal gambar lucah. Dah tersebar tak mengaku la pulak.
Kelimanya, suka buat hal dalam bisnes ini. Ini secara umum aku sebut.

Contoh-contoh artis sejati ramai.
Tapi orang ramai tak berapa nak pandang.
Mungkin artis sejati itu tak handsome. Tak lawa. Tak cantik.
Kononnya tak ada nilai komersial.
Tapi mereka bagus-bagus-bagus belaka-ka-ka.
Tapi orang ramai masih tak nak pandang.
Walaupun mereka dapat anugerah. Bukannya ANU-Gerah!

Lu orang kena paham hidup la beb.
Kalau lu orang Islam, lu memang untung wo.
Manyak untung wo.
Tapi lu orang ada pernah terfikir tak?
Lu orang ada pernah rasa amat-amat-amat bersyukur tak lu orang lahir dari perut mak lu orang.
Dah ready in package "Islam".
?

Gua rasa la kan. Lu orang kena banyakkan berfikir lah.
Sebab tu gua respek sama mamat Nabil.
Dia selalu pesan kat lu orang semua: "Lu pikirlahhhh sendiri.."
Haaa.. Nabil Raja Lawak pun pesan lu orang supaya berfikir.


Jadi, fikir-fikirkanlah...


Banyakkanlah berfikir.
Otak korang pun ada berjalan dengan baik.
Barulah dapat score study walaupun ko sibuk tahap Dato' Anwar Ibrahim sekalipun.


Lu pikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan