Sabtu, Ogos 23, 2008

Nabil "Lu Pikirlahhhhh Sendiri......"

Gua ada nampak gambar promosi Nabil Raja Lawak "Lu Pikirlahhh Sendiri....." Convo-pair yang mana gambar sewaktu dia mencoba pakai baju Tee Sindiket Sol-jah warna cokelat.
Kelakar. Cilok dari mana gambar itu?
Dari Sindiket Sol-jah ka?
Kau orang tahu tak apa itu Sindiket Sol-jah?

Nabil akan datang buat lawak (Kot? Takkan nyanyi lagu rap pulak?) di Convo-pair pada malam 23 Ogos.
Seminggu sebelum merdeka.
Oleh sebab aku hanya pernah tengok dia di kaca tivi waktu dia menang final Raja Lawak di restoran mamak al-Ajmal yang sekarang sudah rebranding menjadi al-Jamal.
Jadi aku berniat hendak tonton dia beraksi secara hidup.

***

Aku rasa mana-mana penganjur program seni & budaya di UTP kena jemput selebriti seni & budaya yang terkenal.
Supaya budak-budak sini dapat pandangan alternatif sedikit!
Bukan Barisan Alternatif, tetapi pandangan alternatif.
In English, alternative point of view.
Jadi kita nilai sesuatu itu dari pelbagai sudut dan pandangan.
Jadi bila budak-budak banyak kerja dan tanggungjawab, tak adalah kita dengar rintihan, keluhan, luahan dan semua-an yang ada.
Kerana depa akan dapat nilai sesuatu itu dari pelbagai sudut dan pandangan.



Carilah alternatif!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan