Ahad, Ogos 03, 2008

Show Free

Sempena Festival Filem Malaysia ke-21, filem-filem yang dipertandingkan ada ditayangkan secara percuma di beberapa buah pawagam.


Tayangan filem percuma FFM21 (yang tebal dan merah Fak Akin dah tonton):


Cuci
Afdlin Shauki dan kuncu-kuncunya seperti Hans Isaac, Awie dan AC Mizal pasti tidak mengecewakan penonton dalam setiap filem-filem mereka.

Dunia Baru The Movie
Fak Akin hanya suka sinematografi filem ini.

1957: Hati Malaya
Fak Akin tak berkesempatan tonton filem patriotik ini. CD/DVD pun tiada di pasaran.

I'm Not Single
Filem ni ditayangkan lepas Fak Akin habis cuti. Jadi tak sempat hendak tonton. Fak Akin tunggu cetak rompak. Opppss!

Cinta U-Turn
Filem apa entah ni? Tak ada niat nak tengok lah pulak.

Kayangan
Filem ini bak kata FT, tak logik. Jalan cerita yang lembap. Karakter yang stupid.

Anak Halal
Filem ini tidak bermoral. Tapi dengan Rosyam Nor dan Farid Kamil, Fak Akin rasa depa ni ada modal lah jugak. Ada kontroversi dan gosip liar tentang aksi terpegang bO-Ob.

Akhirat
Tajuk filem ni tak kena gaya dan boleh dikecam oleh pihak tertentu.

Evolusi KL Drift
Cukuplah dengan Impak Maksima. Tapi Fak Akin tak nafikan aksi stunt filem ini lebih bagus daripada Impak Maksima.

Pensil
Aku kena 'halau' bila aku nak tengok filem ni kat GSC walaupun aku dah beli tiket. Dem. Nasib baik wang dikembalikan. Dem.

Apa Kata Hati
Filem ni buat otak aku serabut dan mati sel. Filem ini jugak untuk orang pekak. Lagi sekali, filem ini tidak logik. Tapi dengan adanya Raja Farah, Dynaz dan Farid Kamil serta Fauziah Ahmad Daud, depa ada modal lah jugak....

Anak
Filem seram tipikal. Tahap keseraman 1/10.

Nana Tanjung 2
Jehan Miskin dan Saiful Apek jadi perempuan pakai baju kurung. Auwwww~

Congkak
Filem ini genre rasmi dia seram tapi rasanya boleh jadi komedi. Tak logik, lagi sekali. Ada kontroversi dan gosip liar tentang aksi terpegang bO-Ob.

9 September
Fak Akin dapati Pierre Andre betul-betul nak elak filemnya jadi tipikal. Tapi mungkin dia tak diberi cukup masa.

Impak Maksima
Ada pulak drama tivi bersiri dan ura-uranya teater muzikal. Aduhai.

Kala Malam Bulan Mengambang
Neo-noir. Mamat Khalid tetap unggul dengan gayanya yang unik dan tersendiri. Fak Akin bagi ibu jari satu! (Adakah yang lain diberi jari tengah? Oh tak baik)

Duyung
Bila adanya KRU sudah pasti ada teknologi yang digunakan. Tetapi tipikal. Teruskan usaha untuk Cicakman 2. (Fak Akin ada terbaca di satu laman web akan Muzikal Cicakman tahun ini tapi macam tak ada bayang-bayang lagi pun.)

Sepi
Afdlin Shauki lagi. Teknik Cinta yang menang anugerah. Tapi Fak Akin tak berkesempatan tonton. Fak Akin hendak tonton.

Otai
Saiful Apek yang boleh cari rezeki sebagai penghibur walaupun tiada rupa sangat. Ini bukti rupa itu tidak penting untuk jadi artis fofular.



Nah. Itu sajalah. Apa lagi yang Fak Akin ada tertinggal taip?
Tapi jangan risau, Fak Akin masih menyokong filem tanah air walaupun Fak Akin selalu mengkritik (terkadang mengutuk) seperti kerapnya Fak Akin mengutuk Batu Pahat dan kampung-kampung sekitarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan