Jumaat, Ogos 22, 2008

Shy-Fool

Melayu (lagi) memang terkenal dengan sopan santun, lemah lembut, ramah, pemalu dan semuanya yang baik-baik belaka.
Lebih-lebih lagi kaum wanita yang memang penuh dengan sifat pemalunya.
Dalam Islam sendiri pun sifat pemalu menjadi salah satu ukuran iman.
Kerana jika malu sudah hilang langsung, maka kita akan cenderung untuk berbuat apa saja ikut suka hati kita, tanpa ada batas.

Sama ja kisahnya dengan Shy-fool.
Dia seorang yang pemalu.
Tapi masalahnya dia ni bodoh.
Maka memang sudah namanya begitu.

(Nota: Hanya untuk mereka yang makan Chilli's)

Shy-fool sudah pastinya orang Melayu.
Melayu yang jamboo.
Jamboo yang manis.
Kerana manisnya jamboo.

Dah.
Banyak sudah bloga melambakkan kisahnya.
Banyak lagi isu sepatutnya harus dna patut dikupas.
Bukan kisah Shy-fool sahaja.

Mari kita kembali ke dialog sebenar.


TTS pula dilambakkan dengan jemputan-jemputan untuk buat show di merata-rata tempat.
Semuanya di tarikh yang berdekatan.
Masalah komitmen wujud apabila pelakon yang sama terlibat dalam dua atau tiga show yang amat rapat jaraknya.
Sudah tentu pelakon tidak boleh memberikan komitmen 100% kepada semuanya.
Kerana ia sudah terbahagi.
Jika tiap satunya 100% itu tidak mustahil.
Nanti jadilah 200% atau 300%.
Itu pun kalau tahu dan mahu.

Tidak mengapa.
Kumpulan kreatif tidak punya masalah.


Selamat Graduasi kepada sesiapa yang telah/sedang/akan menerima gulungan ijazah di samping terpaksa membayar caj sewa jubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan