Rabu, Julai 30, 2008

Once Upon A Time... TTS Show Off!

Tika ini. Saat ini. Detik ini. Waktu ini.
Adalah malam.

Esok pagi Fak Akin dan kuncu-kuncu teater dari Tronoh permai akan tunjuk bakat dan aksi-aksi teater bukan drama Melayu tivi ala-ala Samarinda ataupun telenovela Mexico/Latino Panas ataupun drama dari seberang Tanah Jawa Anakku Bukan Anakku (ataupun: Bayiku Bukan Bayiku) atau seumpamanya.

Pendek taip, esok pagi sedang PARAPELAJAR gigih dan berusaha keras bangun pagi ke kuliah, Fak Akin dan kuncu-kuncu teater dari Tronoh permai akan berlakon (atau: berteater) bersempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak. Event luar ni. Jadi pelajar UTP tidak dijemput.

Barangkali.

Bertempat di Dewan Undercroft yang masih ada bau bahan kilang yang sejuk kalau pagi-pagi.
Pukul 9 pagi pintu dibuka untuk tetamu. Tetapi pukul 10 lebih baru kami akan SHOW!!!!


Jadi kuncu-kuncu, SHOW WO!!! SHOW OFF!!!


Lepas tu ada show lagi.
Frakmen teater KERUSI.
Hari Sabtu ni. Sempena Minggu Mesra Kampus (MMK) di Universiti Tronoh Perak.
Bertempat di kawasan antara Desasiswa Tiga & Empat.
Pukul 10 pagi lebih jugak.

Kalau nak tengok kitaorang SHOW OFF dari tingkap bilik pun boleh.
Tapi kau orang yang tengok tu pakailah baju.
Nanti masuk surat khabar pulak.

OK! Cau!

SHOW OFF!


p.s: Tiga Es ini sengaja diabaikan beberapa hari yang lepas dek fokus pada blog ofiSIAL TTS yang masih dalam proses RnD. Sebab dah lama sangat rasanya Fak Akin sengaja juga siarkan entri ini.


Sila klik guna tikus kebanggaan anda:
(Tikus peliharaan dan kebanggaan saya: Yahoo!)

Blog ofiSIAL TTS

Jumaat, Julai 25, 2008

motiBASI: Nikah Itu Ibadah

I

Bercinta itu tidak haram.
Bercinta itu mulia.
Kerana cinta itu mulia.

Berpasangan itu tidak halal.
Berpasangan itu belum lagi bernikah.
Lantas ia ada batasan syarak.
Jika melebihi batasan, berdosa.
Kerana berpasangan itu belum bernikah dengan sah.

Bercinta sebelum bernikah itu isu tipikal.
Bercinta sebelum bernikah sepatutnya hanya sekadar bertaaruf. Berkenalan. Dengan dihadiri ahli keluarga/muhrim.
(Macam dalam fiksyen Ayat-ayat Cinta tu..)
Bercinta selepas bernikah itu ibadah.
Dan apa-apa amal baik yang kita lakukan selepas bernikah itu semuanya ibadah.

Lihat sajalah, banyak kebaikan bernikah.

(Lu pikirlahhhhh sendiri......)

Jadi marilah kita bernikah cepat-cepat bagi mereka yang sedang berpacaran.

Lagi cepat, lagi bagus.

Bak kata orang, As Soon As Possible.


p.s: Kalau korang yang baca ini lebih alim (dengan maksud sebenar: berilmu) tentang apa yang aku perkatakan, sila singgah kata-kata.



II

Sebelum bernikah (dalam konteks general: berkahwin), banyak persediaan yang harus dilakukan.
Orang kita mungkin lebih tumpu pada persediaan fizikal seperti harta, rumah, kereta dan sebagainya.
Tetapi pada pendapat Fak Akin, yang lebih penting dan utama adalah persediaan mental dan spiritual seperti ilmu agama, ilmu berumahtangga, motivasi yang mana kesemua ini amat meluas.
Oleh sebab itulah, kita dapat lihat, walaupun sudah lama berkahwin, ada yang tidak tidur bersama.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, masih tidak dapat mengawal ekonomi rumah tangga.
Pendek kata, tidak mencapai tahap kebahagiaan yang diidam-idamkan.
Kenapa perkara sebegini berlaku?
Sudah pasti yang dinyatakan tadi, persediaan mental dan spiritual tidak cukup.

Lazimnya, pasangan suami dan isteri yang baru berkahwin memang akan melalui masalah terutamanya masalah menguruskan rumah tangga dari segi ekonomi lah, apa lagi.
Bila sudah ada anak pula, cabaran lebih hebat.
Tetapi cabaran ini semua seharusnya dapat ditempuh dengan baik dan lancar jika cukup ilmu di minda dan dada.


Fak Akin berkata-kata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman ahli-ahli dalam keluarga Fak Akin sendiri.

Khamis, Julai 24, 2008

Banyak Sangat Show, Dah Jadi Artis Ke.......

Setakat ini yang pasti & yang kurang pasti:
  1. Qum! - di Perbadanan Ekonomi Islam - Undercroft, UTP - 31/07/08, 10 PAGI.
  2. Kerusi (Part 1) - Minggu Mesra Kampus (MMK) - 02/08/08, 10 PAGI.
  3. Mime & monolog/sketch - Rakan Muda Charity show - 08/08/08
  4. Ayat-ayat Cinta - Minggu Penghayatan Ramadhan - 26/07/08
  5. Deklakon - Independence Week - 27/08/08
  6. KERUSI - Tronoh Theatre Shop - after Hari Raya
Tarikh dan tempat tertakluk kepada perubahan.

Rabu, Julai 23, 2008

10 + 1 Untuk Pria Of The Year

  1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap ejakulasi, air mani kurang dan cair. Jika ejakulasi selang 3 hari, air mani akan mantap.
  2. Elak tabiat merokok dan minuman keras kerana rendahkan tahap hormon testosteron.
  3. Lakukan senaman kagel atau kemut.
  4. Makan makanan berkhasiat, kurang lemak, tinggi protein, sayur dan kacang.
  5. Elak buah zakar terdedah kepada pemanasan. Pakai boxer dan elak sauna.
  6. Kurangkan berat badan.
  7. Elak stres.
  8. Dapatkan urutan badan yang segar supaya otot selesa.
  9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu dan kualiti sperma seperti kekacang dan zink.
  10. Buat seks sebelah pagi atau petang kerana waktu itu mudah mengalami pemanasan yang dapat bina kecergasan yang menghasilkan air mani. Kalau malam tahap keaktifan kurang, air mani kurang.
  11. Makan herba horny goat weed atau epimedium, tribulus dan ekstrak standard tongkat ali (NU-PREP75).

Hanya sekadar tips. Hanya sekadar panduan. Hanya sekadar pengetahuan am.
Tidak semesti dan seharus betul dan menjadi.


Sumber: Jururawat peribadi Akin Muhammad

Isnin, Julai 21, 2008

Oha Oha, Kenapa Gelak Kalau Tak Lawak

Sabtu. 19 Julai yang lepas. Waktu malam.

Aku berseorangan. Pada malam itu. Berjalan. Di kota.

Aku ke Festival Teater Malaysia 2008. Akhirnya.

Aku tidak berpeluang tonton pementasan yang bermula 13 hb hingga 18 Julai.

Malam itu hanya malam penganugerahan.

Aku sampai di tempatnya.

Di MaTiC.

Aku sesat pada mulanya.

Ke kawasan berdekatan Panggung Bandaraya.

Tapi itu cerita lain.


Aku malas nak bercerita panjang.

Apa yang aku nak ceritakan hanya satu.

Kumpulan dari Perak tak layak masuk FTM2008.


Pee-s (Peace).


Oha Oha.

Itu 'taunt' bagi kumpulan dari negeri Sarawak yang johan dan menang banyak anugerah utama.

Ada karakter utamanya buat persembahan bersama peserta dari negeri lain.

Ada juga monolog Raya Monyet.

Semua tonton dan dengar dengan elok.

Tapi ada perempuan tak dikenali status tahap cun berdiri di hadapan aku.

(Aku berdiri di belakang auditorium)

Dia gelak tak tentu pasal.

Cina yang bermonolog itu pun serba salah jadinya.

Tapi aku tahu dia tak kisah.

Dia gelak tak tentu pasal.

Entah aku pun tak tahu pasal apa dia gelak tak tentu pasal.


Kenapa gelak kalau tak lawak?



....

Gila.

Khamis, Julai 17, 2008

Berlari-lari di Zuhal

Festival Teater Malaysia 2008 sedang berjalan minggu ini.
Tapi aku mungkin tidak berkesempatan hendak pergi tonton.
Yang penting aku hanya nak tahu, kumpulan dari negeri Perak (dari FTP07 membawa DVSP) layak masuk FTM08 ke tak?
Haha.

Bulan Julai dan Ogos ini banyak pula show teater di serata KL.
Tapi maklum sajalah, aku bukan orang KL dan memerlukan wang yang lebih untuk ke sana.
Walaupun hanya sekadar menonton teater.

Kepada peminat teater yang sedang duduk di KL tu pergilah tonton mana-mana teater.
Digalakkan kepada aktivis teater.

TTS pula macam biasa, setiap semester baru pasti akan ada show.

Nantikan sajalah.

Aku pula akan buat show monolog pada 31 Julai ni secara tentatifnya. Di UTP saja.

Nantikan sajalah.

TTS @ KLPac : The Platform

Tak sah kalau aku tak khabarkan berita apa-apa tentang TTS.

Jadi pada hari Isnin, 7 Julai yang lalu Mimers of TTS yang telah aku sebutkan dahulu kala.
Telah menyahut cabaran The Platform dari KLPac.
Dan mengambil peluang dan kesempatan itu untuk menonjolkan pada KLPac siapa dan apa itu TTS.

Dr Shark selaku bapak turut beraksi (lepas gian orang tua ni) dengan monolog tentang "Terrorist in Custody".

Catatan dan pasca-persembahan boleh dibaca dalam blog The Half dan Sang Kelana.

Ada gambar-gambar handsome turut disajikan untuk para pembaca setia dan penyapot setia TTS sejak azali.


Rugi juga aku tak dapat bersama pada malam tersebut disebabkan hal kecemasan.
Dah susah payah aku pergi Wangsa Maju tumpang tidur di rumah sewaan Pak Cik Anwar.
Dem.

Apa pun, peluang sebegini harus diraih dengan lebih lagi oleh TTS.

Bukan hanya sekadar buat show di dalam UTP. Tetapi di luar. Di KL terutamanya.

Tahniah dan syabas aku ucapkan buat Mimers of TTS yang telah berjaya buat show di KLPac dan membanggakan warga TTS sekalian.

Kita jumpa dalam audition minggu depan!

Selasa, Julai 15, 2008

Ciku dalam YouTube



UTPians sila switch ke wireless connection untuk tonton.
Non-UTPians, korang punya caralah nak tengok macam mana.
I dun giv a dem. Dem. I feel stupid lah if I say in Malay.

Kisah Wak II : Keris

Seorang wak berbual dengan seorang ustaz.
Di dalam kapal terbang.
Perjalanan ke Arab Saudi.

Wak: Wah... Kapal terbangnya pon ada lambang keris yek?

Ustaz: Itu bukan keris, wak. Itu pedang.

Duh~

Firaz Yang Baik

Inilah gambar terkini anak buah aku yang comel lagi baik hati: Firaz Adam, Mohd Firaz Adam Mohd Faizal.

Dia kini sudah pandai panjat sofa.

Dan gambar ini ketika dia hendak panjat almari.

Kompilasi Hadiah Hari Lahir Buatan Sendiri

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran najwazul yang ke-.....,
aku telah mempersiapkan sebuah kompilasi hadiah hari lahir buatan sendiri.

Antaranya adalah CD Kompilasi "Bisikan Rahsia" yang menampilkan 13 buah lagu daripada artis-artis tempatan.
Sebuah Majalah "CiNTA", Takrif Terkini Romantika - 100% buatan sendiri.
Dan kad hari lahir istimewa cetakan 'kadcinta' - juga 100% buatan sendiri.

Dan hadiah-hadiah yang lain.

Inilah dia sampel cetak pada permukaan atas cakera padat.

Batu Di Pahat

Memang itu asal usul nama daerah Bee PEE.

Dan ini adalah kebanggaan warga daerah Bee PEE.


Kawasan fountain yang ada air tapi tak dapat pancut ini menjadi port pameran-pameran atau karnival-karnival tertentu.

Dan juga menjadi tempat menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun.

Batu Di Pahat.

Memang itu asal usul nama daerah Bee PEE.

Sebut betul-betul.

PEE.

Manis, Itu Kata Orang. Tapi Kata Aku, Fakap!

Sebagai mukadimah, aku nak rap.



Oh, please...

Oh, please...
Tolong jangan menggelitis
Walau rupamu hitam tak manis
tapi janganlah berperangai iblis
berpakaian serba hitam bajet gothic
jeans ketat paras londeh nampak parit
parit parit parit parit parit kecik
kecik cili api tapi dah besar jadi cili boh
banyaknya boh
boh sana boh sini
tak tahu nak kata apa? katalah bodoh?
sudahlah bodoh, hitam hodoh lah pulak tu
pakai sepatu pasar malam mana lah tu?
adakah dari parit raja
ataupun dari batu pahat sana
ataupun hanya sekadar kedai Leman yang sudah kena kencing manis
tolonglah jangan gelitis
itu tidak manis

Oh please
Please jangan bajet lawa
Ataupun bajet handsome gila
Tolong jangan pakai ketat sangat
Takut nanti susah nak beranak

***

Hari minggu kali ini begitu menggelikan.
Dalam perjalanan aku ke bandar BP. Aku menaiki bas.

Suasana jadi semakin bingit apabila semakin ramai orang menaiki bas untuk ke bandar.
Pendatang asing yang bekerja dekat kawasan sini juga tidak ketinggalan menampilkan diri.
Hanya sekadar berjalan-jalan, melepak-lepak di pasaraya besar ataupun menonton wayang Barat seperti HanCOCK, HELLboy dan lain-lain.
Itu pun kalau berkemampuan.

Duduk bersebelahan yang bukan muhrim memang menjadi satu kebarangkalian apabila menaiki kenderaan awam.
Namun begitu hari ini aku melalui pengalaman yang agak menggelikan.

Dalam perjalanan pergi, seorang perempuan yang tak cun dan tampak 'mengkingking' - sebut betul-betul, meng-KING-KING - seperti kata bapak aku - iaitu memberi makna berpakaian kurang elok dengan jeans ketat, nampak seluar dalam, kadang-kadang kalau nasib BAIK nampak PARIT iaitu celah punggung - ada yang putih tak kurang juga yang gelap hitam tak manis - duduk di sebelah aku tak duduk seperti aku ini kaum sejenisnya.

Ia memang menggelikan.
Kalau cun tu OK lah jugak. Tapi aku ingat bini beb. Bini aku duduk sebelah aku orait ah.

Lagi menggelikan apabila aku diperhati oleh perempuan yang tak cun dan tampak 'mengkingking' - sebut betul-betul, meng-KING-KING - seperti kata bapak aku - iaitu memberi makna berpakaian kurang elok dengan jeans ketat, nampak seluar dalam, kadang-kadang kalau nasib BAIK nampak PARIT iaitu celah punggung - ada yang putih tak kurang juga yang gelap hitam tak manis.

Ia memang tambah menggelikan.
Kalau cun tu OK lah jugak. Tapi aku ingat bini beb. Bini aku duduk sebelah aku orait ah.


Di pasaraya pula kelihatan pasangan yang berpakaian baju Tee sepasang.
Baju dah lawa sepasang.
Tapi tak lawa lah pulak bila mata memandang baju Tee perempuan berlengan pendek.
Ia memang tidak sweet, kata orang.
Tapi kata aku, ia memang sedikit fakap.

Ia memang menggelikan.


Perjalanan balik. Semua bas petang itu penuh belaka.
Macam sardin kata orang.
Tapi kata aku, macam fakap.
Haruman durian saja yang mampu menandingi HARUM atmosfera di dalam bas.

Dalam perjalanan balik pula perempuan berbangsa Vietnam duduk di sebelah aku.
Perempuan berpakaian baju tanpa lengan.
Putih melepak.
Tetapi berbau aneh.

Eurgh.


Bila perempuan Vietnam itu turun dari bas, perempuan Melayu pula ambil alih.
Kali ini berbaju kurung nampak kekampungan, sopan, santun dan sebagainya.
Tapi duduk di sebelah aku seperti aku ini kaum sejenisnya.
Aku malas nak terang dengan lebih lanjut.
Pendek kata, perempuan Melayu berbaju kurung nampak kekampungan, sopan, santun dan sebagainya itu tak boleh pakai, kata orang.
Tapi kata aku, fakap.


Begitulah serba sedikit pengalaman Fak Akin yang menggelikan.

Tiada kata yang ofensif pada mana-mana pihak.

Ini hanya pengalaman yang fakap.

My Father's Pride



Cewah. Tajuk kali ni bukan main.

Teksi-teksi di kawasan Johor di sini semuanya satu warna.
Biru laut. Atau biru langit.
Tapi ada jugak yang gatal dan geli cat kereta jadi warna merah dihiasi dengan 'vinyl' bunga raya bunga kebangsaan bertemakan warna biru dan kuning. (Lagi)

Dan setiap teksi ada jambul di atasnya tertulis 'KERETA SEWA'.
Bukan TEKSI.

Ada setengah pemandu teksi ada permit sendiri dan punya teksi sendiri.
Bapak aku lah tu.

Ada setengah yang lain ada taukenya, ada syarikatnya.
Bukan bapak aku lah tu.

Bapak aku sudah lama buat kerja ni.
Memandu teksi.
Sejak beliau bersara dari ATM.

Hingga sekarang.


Minyak naik dengan agak banyak.
Rakyat terpaksa juga bayar.
Pemandu teksi di sini agak sukar.
Syukur bapak aku sudah lama dapat subsidi diesel walaupun sebelum kenaikan yang banyak ini.
Dahulunya pemandu teksi lain tidak ambil kisah sangat.
Yelah, subsidi 15 sen je seliter.
Tapi bila harga sekarang sudah naik, yang lain itu sibuk-sibuk baru nak mohon subsidi.
Padan muka.
Kalau yang padan muka tu yang undi kerajaan sekarang, lagi padan muka dua kali.


Oleh sebab itulah, setelah aku membuat observation di bus stop BP Mall tempoh hari, 1 daripada 5 teksi yang lalu sahaja penumpang yang naik.
Yang lain tiada penumpang.

Teksi dahulu memang banyak.
Kini semakin kurang yang ada di jalan raya.
Banyak yang hanya menunggu penumpang di stesen utama di BP.
Kalau jalan tapi tak ada penumpang memang membazir minyak.

Nak cari penumpang juga kena tengok time dia.
Time orang pergi dan balik kerja adalah time yang paling sesuai.
Selain time tu, nasib saje lah kalau ada orang sekalipun.

Tambahan pula, jalan Kluang di sini kebanyakannya orang kampung.
Mereka jarang sekali keluar berjalan ke bandar-bandar.
Tak macam aku yang selalu keluar berjalan ke bandar-bandar ataupun ke pekan-pekan mencari pengalaman.

Maklumlah orang sekarang ni dah reti hidup berjimat cermat.
Minyak dah naik.
Sawit dah kena cukai.
Harga barang pun semua dah naik.
Tambang bas pun dah naik sikit.
Harga tiket bas ekpress masih tak naik. (Nasib baik. Aku ni selalu naik bas eskpres. hehe)
Tambang teksi pula fleksibel.

Ya. Fleksibel.
Kadang-kadang ikut budi bicara penumpang juga.
Ada yang faham dan tidak mementingkan diri, mereka bayar tambang lebih.
Ada yang tak faham-faham, tak reti bahasa, (fakap), mementingkan diri, mereka naik dan bagi lecture kat pemandu teksi yang tambang teksi tak dapat kuatkuasa untuk dinaikkan lagi.

Cheroi~

Berjanggut Aku

Berjanggut aku tunggu HDD external enclosure Phillips aku yang rosak tempoh hari siap diperbaiki.
Warranty masih ada jadi rajinlah hantar repair susah-susah ke Low Yat di Imbi.
Naik tingkat 3 kedai servis di ceruk yang angker.

Sudah 2 bulan lebih tak siap lagi.
Berapa banyak Q daa agaknya.

Tak tahan lagi.
Nafsu aku untuk tengok bahan-bahan tambahan yang bersemadi dalam HDD tu memuncak lantas aku ke kedai komputer yang baru dibuka di BP Mall.

Hanya ada satu kedai tu sahaja di BP Mall.
Jadi aku tak payah nak buang masa usha-usha.
Aku terus mintak HDD external enclosure satu!

Mamat lepasan SPM yang kerja tu siap pasangkan untuk aku.

Jadi ini adalah gambar-gambar kenangan yang aku sempat ambil.


Inilah simpang hadapan kampungku yang aku selalu kutuk tu.


Ini pula tanda nama kampung aku yang aku selalu kutuk tu.
Sedap kan nama kampung aku yang aku selalu kutuk tu.


Jejantas BP Mall yang cantik, anggun, penuh dengan gaya mutu dan keunggulan walaupun ia ada bertemakan biru dan kuning seperti bas Biru & Kuning.


Panjang umur. Bas Biru & Kuning yang aku selalu sebut-sebut tu muncul.


Dan tak selama selepas itu, musuh tradisi Biru & Kuning pula mengejar.


Kebetulan pula di bus stop tempat aku menunggu bas untuk pulang ke kampung ada tong sampah yang tiada fizikal tongnya.

Dan sebagai foto bonus, ini adalah lampu BPMall yang unik, cantik, bersih, dan maju...

Kisah Wak I: Kentung

Seorang wak berbual dengan seorang ustaz.
Di suatu tempat.

Wak: Wah... Masjid kat Arab ni lawa-lawa, cantik-cantik lah yek.. Tapi satu je lah yang kurang.

Ustaz: Apa yang kurangnya, wak?

Wak: Wak tak jumpa pun mana-mana masjid yang ada kentung.

Ustaz: Duh~

Reformasi

Zaman dah berubah,
dunia dah maju.

Tapi surat khabar format baru (yang sudah lama digunakan oleh surat khabar lain) pun tak tahu.

Zaman dah berubah,
dunia dah maju.

Tapi masih tak tepati masa.

Zaman dah berubah,
dunia dah maju.

Tapi dah gemok baru lah terkial-kial nak diet sana diet sini.

Zaman dah berubah,
dunia dah maju.

Tapi camFAK surat khabar ke laman orang pun macam camFAK batu bata.



Itulah.

Zaman dah berubah,
dunia dah maju.

Eh.
Malaysia dah maju ke belum?

Selasa, Julai 08, 2008

Ctrl + Alt + Del

No ANJING.
No gerai tepi jalan.
No perlakuan sumbang.
No rambut panjang.
No skirt pendek.
No cabut bunga.
No baju tanpa lengan.
No seluar pendek.
No DURIAN.
No rambut panjang.
No pakai subang.
No basikal.
No kasut skate.
No kunci.


Anda. Ya ! Anda yang celik internet sahaja baca.
Anda perlukan sumber alternatif.
Anda perlukan sumber yang tak bias.
Anda perlu baca, dengar, lihat dan tahu sesuatu perkara dari kedua-dua pihak.
Anda ada hak memilih.
Anda perlu tahu alternatif.
Anda perlukan sumber alternatif.
Tiada di Berita ARI-ARIan.
Tiada di Utusan MELAYU.
Tiada di Rancangan Takda Modal 1 & 2.
Tiada di TIVI Heboh.


Ada alternatif.
Mesti ada alternatif.


Orang kampungku tak ada internet.
Orang kampungku hanya mampu baca Berita ARI-ARIan, Utusan MELAYU.
Orang kampungku hanya mampu tonton Rancangan Takda Modal 1 & 2 dan TIVI Heboh.
(Bagi mereka yang ada tivi di rumah)


Makan-makan di Central Market,
Rasa Kelantan menjadi pilihan,
Orang kampungku janganlah kaget,
Bila kelapa sawit dah dicukaikan!

Mulai Julai tahun ini.
Ya. Julai tahun ini. Tahun dua kosong kosong lapan.

Bapak aku pun pergi ke kedai Chop Guan Ann, mengambil hasil kelapa sawit.
Kerani tersebut menyerahkan resit serta wang.
Bapak aku berkira-kira.
Tolak harga racun. Tolak upah peracun.
Eh.
Kenapa sampai satu ratus hengget kena tolak ni?

Kerani membisu.

Bapak aku bijak. (Gen bijak itu turun ke anaknya yang ini. Haha)

Bapak aku berkata kepada kerani tersebut.

"Ni tolak cukai ye?" Dengan nada yang sedikit tegas walaupun aku tak mendengarnya tetapi digayakan semula oleh mak aku.

Kerani dengan serba salah dan bersalah. Mengiakan.


Orang kampung sudah pun bergembira dengan kenaikan harga KEPALA sawit.
Lalu selepas itu marilah kita bersama-sama mengiakan pengenaan cukai terhadap KEPALA sawit.
Yeay!
Mari kita bersyukur.
Yeay!
Mari kita bergembira.
Yeay!
Mari kita JomHeboh!
Yeay!


Ctrl:
Mereka ada kuasa. Mereka boleh manipulasi.

Alt:
Tapi jangan lupa kita ada alternatif.

Del:
Aku cinta Malaysia.


Selamatkan Malaysia.
Tidakkah kamu sedar?

Batang Sapu, Batang U?


Ini batang penyapu.
Di hujung batang tersebut tersarung sehelai sarung tangan pemotong sawit di Johor.


Gambar ini aku ambil sewaktu menghadiri Pemeran Seni Pelan-pelan & Bilik Gerakan.
Di suatu sudut.
Berlatarbelakangkan banner berpantun.
Di suatu sudut yang lain.
Terpasang tiada bertuan sebuah tivi sembilan puluhan.
Tersiar video.


Tidak TERsengaja. TERsarung sebegitu rupa.
Seperti katak. TERlompat tak tentu hala.

Bribit Bribit Brrrrbbbbbbb!!!


Ini katak.
Katak ini gemok.
Katak ini pemalas.

Katak ini macam Syanie.
Tapi katak ini jantan.
Eh.
Entahlah. Jantan ke betina ke pondan ke.
Tak tahu.

Katak ini memang suka lompat-lompat.
MAIN lompat-lompat.
Tapi nak lompat jauh tak dapat.
Badan gemok.

Katak gemok!

Isnin, Julai 07, 2008

Wanted: Fak Akin

Sedang beberapa hari lepas protes ditukar tempat minit-minit terakhir.

Sedang ada pihak 'berusaha' merakyatkan filem.

Sedang hero Impak MaksimASS window shopping di Low Yat.

Sedang itu aku melalui titian hidup.



Menulis bukan setakat menulis.
Membaca bukan setakat membaca.
Melihat bukan setakat melihat.



Tiga baris ayat di atas punya maksud mendalam yang tipikal.
Bagi mereka yang punya jiwa.


Jika bloga ditahan reman dan diletakkan benda merbahaya di zakar bagi lelaki dan vagina bagi perempuan sekalipun.


Jika perhimpunan yang haram itu tidak, yang tidak itu haram.

Jika perhimpunan aman itu tidak berjaya, perhimpunan heboh-heboh itu berjaya.

Jika begitulah Malaysia.

Jika begitulah rakyatnya.

Jika begitulah otak-otak mereka.


Mereka itu....


Menulis hanya setakat menulis.
Membaca hanya setakat membaca.
Melihat hanya setakat melihat.


Rugi dan sia-sia ImFAKs MaksimASS.

Khamis, Julai 03, 2008

4, 5, 6, 7, Fak Akin Bermusafir

Macam biasa. Awal bulan lepas gaji masuk Fak Akin bermusafir.
Mulai 4 Julai hingga 7 Julai.



Sabtu, 5 Julai - MASKARA 9 di Rumah Pena, KL.



Ahad, 6 Julai - PROTES di Padang Timur, PJ




Isnin, 7 Julai - THE PLATFORM, KLPac

The Platform pada 7 Julai ini turut disertai oleh beberapa TTSian seperti:

Anwar Pak Samad, Cairell Neezarm, Half Separuh Muka & Acab Pak Bond

Inilah mereka...
Yang berdiri di tengah itu sudah pasti Fak Akin yang penuh dengan
gaya, mutu dan keunggulan.


Tuhan Seks


Jika FT dengan Tuhan Manusianya.
Kali ini Fak Akin muncul pula dengan Tuhan Seks.

Mana taknya?
Ramai yang sudah jadi hamba seks.

'Tuhan' di situ bukan bermaksud Tuhan yang disembah.
Jangan tak fasal-fasal tembak aku pulak nanti.
Sebab ajaran sesat.

Tapi zaman-zaman terakhir ni orang yang tak sesat pun depa kata sesat.
Isk. Isk.

Selasa, Julai 01, 2008

Kisah Mat Pit Kembali Lagi

Kisah Mat Pit ini memang membosankan.
Keluar masuk pusat serenti.
Dah dasar Mat Pit tegar.
Hanya maut sahaja yang bisa menyedarkannya.
Tapi tak semua.
Ya tak semua.
Cahaya masih ada di hujung sana.
Sama ada cahaya itu dikurnia.
Ataupun diri sendiri yang menggapainya.

Ini kisah Mat Pit.
Kisah benar.
Ada seorang Mat Pit di sebuah kampung.
Macam biasalah, keluar masuk pusat serenti.
Menghabiskan duit kerajaan (duit rakyat) saja.

Ketua kampung sudah pening kepala tengok si Mat Pit ni.
Dah fed up, ketua kampung tu berkata.
"Kau ni keluar masuk pusat serenti, baik kau pergi masuk PAS sana!"

Mat Pit ni pun reti lah pulak ikut cakap.
Mat Pit ni masuk PAS.
Dengar kuliah agama dan lagi dan lagi dan lagi.

Dan sekarang, Mat Pit itu sudah berjaya.

Mat Pit itu makan makanan rohani.
Terus, Mat Pit itu tidak makan makanan duniawi lagi.

Pelakon Asylum Sudah Patut Sedar

Karya Asylum oleh Dr Shark sememangnya penuh dengan sindiran.
Salah satu adalah korupsi dalam kerajaan.
Karya ini adalah sindiran terhadap realiti sekarang.
Rasuah sememangnya telah merosakkan pemimpin.
Seterusnya mengganggu sedikit sebanyak tanggungjawabnya terhadap rakyat.
Mereka semua lupa itu.
Mereka lupa hidup dunia hanya sementara.
Mereka lupa azab seksa untuk rasuah dan segala macam jenayah seperti BOM orang.
Mereka lupa.
Siapa mereka?

Kerajaan sekarang ini sudah berada di tahap yang kritikal.

Aku masih ingat lagi (dah nak macam ayat Cinta Sang Arnab pulak)
Cikgu Rokman, jurulatih kelas kenegaraan aku dahulu.
Katanya.
Sebuah empayar itu akan menjalani TIGA fasa.
Pertamanya, fasa pembangunan.
Keduanya, fasa kegemilangan.
Terakhir, fasa kemusnahan.
Tepuk dada anda semua. Malaysia di fasa keberapa?

Semuanya bermula daripada diri anda.
Meskipun sistem demokrasi di Malaysia tidak boleh pakai.
Tetapi kita sebagai rakyat harus sedar.
Pemimpin adalah untuk rakyat.
Untuk membantu hidup rakyat.
Pemimpin bukan diwujudkan untuk menangkap orang tidak bersalah.
Dan memenjarakannya.
Ataupun meletupkan orang yang tidak bersalah, BOM KEBABOM.
Pemimpin untuk rakyat.
Pemimpin yang sebenar adalah Nabi Muhammad SAW.
Namun umat akhir zaman ini sudah huru-hara.
Kerana ketiadaan nabi.
Namun, ulama' itu pewaris nabi.
Tapi tengok jenis ulama' jugak.
Itulah. Sudah akhir zaman ini, ulama' pun ada banyak jenis.

Anda. Ya. Anda!
Anda yang membaca ini harus sedar.
Terutama sekali pelakon Asylum.
Pelakon Asylum harus sedar dengan lebih.

Apa Saja Untukmu

Ternyata aku bagi rating 5 bintang untuk filem Ayat-ayat Cinta yang diangkat dari novel yang berjudul sama.
Filem ini telah menumpaskan dan menafikan filem-filem cinta di Malaysia, walaupun Cinta dan Sepi sekalipun.
Begitu juga dengan novel-novel.
Novel MEGA BEST SELLER Ayat-ayat Cinta menafikan novel-novel cinta dari Malaysia, walaupun hasil tulisan Norhayati Ibrahim.
Penafianku tidak bermaksud menidakkan.

Filem Evolusi: KL Drift adalah rentetan cereka dalam produksi filem sia-sia Impak Maksima.
Impak Maksima pula Fast-and-Furious-Tokyo-Drift wannabe.
Kita tak usah ikut rentak Barat.
Kita perlu ikut rentak kita sendiri.

Novel cinta sia-sia pun sudah banyak.
Penulis novel, maksud aku.
Masing-masing nak tulis novel cinta.
Tidak perlulah.
Cukuplah dengan Norhayati Ibrahim ataupun Ramlee Awang Murshid.

Begitu juga dengan artis.
Cukuplah dengan Mawi dan Siti Nurhaliza.
Dan, err.. Faizal Tahir.

Haha.


Sedang kini isu taktik lama Che Det digunapakai oleh Pak Lelah.
Lelah. Ah, ah, ah.
Ahh....

Eh. Macam iklan Coca Cola pulak.

Baik Aku Tengok Kartun Wonderpets!

Berita di media massa tidak boleh dipercayai.
Siapa yang percaya maknanya dia ba wau dal wau ha.
Orang-orang kampungku percaya.
Maknanya orang-orang kampungku ba wau dal wau ha.

Kecuali keluarga aku.

Ada orang kampung aku masuk jail sebab jadi dalang curi motorsikal.
Amboi bukan main tak habis sekolah nak ikut jejak langkah pemimpin korup.
Tapi lepas dia dapat motorsikal (curi) yang baru, dia bawak motor tu keliling kampung.
Bukankah itu suatu kebodohan yang nyata?

Kat kampung aku ada mat pit yang dah berumahtangga.
Dia tak ada kerja.
Tapi bini dia terpaksa kerja (baru-baru ni).
Maklumlah senggama rajin.
Keluar anak tak nak pulak jaga betul-betul.
Patutlah ramai orang kampung aku tak dapat masuk UNIBERSITI.
Sekolah pun ada yang tak habis.
Patutlah ba wau dal wau ha.

Oh.
Aku kutuk kampung aku sendiri.
Tapi aku hanya nyatakan realiti.
Orang-orang kampung lain janganlah ikut pulak.
Jadikan tauladan.

Daripada tengok Buletin Belit di tivi ataupun baca Utusan Pembohong,
lebih baik aku tengok kartun Wonderpets!

Wonderpet, wonderpet
kami datang!
Membantu orang kampung yang kebodohan.
Kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama semua jadi mudah.
Yeay.. Wonderpet! Yeay!!!

Orang Kampungku Yang Ba Wau Dal Wau Ha

Dah lama aku tak rap.
Jadi aku nak rap.

[verse 1]
Dengar sini orang-orang kampungku,
aku berdiri di sini untuk memberitahu
tentang kebodohan
tentang kedangkalan fikiran
rakyat jelata kampung sekalian
yang cukup-cukup makan
tak cukup makan
sampai bila pun tak akan hidup senang
katakan BN menang hidup kan jadi senang
oh tidak pula ia menjadi satu kenyataan
aduhai kenapalah orang kampungku sebegini?
begitu bodoh dalam menentu realiti
masa depan dan kehidupan rakyat di bumi
bertuah ini
negara Malaysia
kononnya aman tapi pemimpin macam haram
banyak buat salah
banyak buat tahi
banyak makan rasuah
banyak makan tahi
banyak tindas orang
banyak tindas rakyat
tapi diri sendiri yang rosak dan korup
abaikan tanggungjawab
membantu rakyat
memimpin masyarakat menjadi satu
satu satu satu tamadun
tamadun yang gemilang

[korus]
oh rakyat kampungku
sedarlah siapa yang diundimu
oh rakyat jelataku
cubalah kau fikirkan hidupmu

[verse 2]
adakah senang?
susah kan?
berapa gaji sebulan?
sikit kan?
adakah kau hidup senang?
susah kan?
berapa banyak bijik kereta yang kau pakai?
adakah kau hidup susah?
susahlah!
berapa banyak pil tidur yang kau telan?

sampai kau tak sedar diri
ketika kau buang undi
kau pilih YB kaprawi yang haram macam babi
bukannya dia babi
cuma macam babi
oh adakah aku berkata babi?
oh adakah aku tersilap kata tadi?
oh tidak kan? bukankah aku ini sopan? kan?


Dah sampai situ saja aku rap
Aku malas nak rap
Buat pening kepala aku jaa