Jumaat, Mei 09, 2008

Antarabandar: Dari Tronoh ke Sunway

[kredit kepada Acab Bond di atas foto ini]


suatu impian
yang
(belum lagi) jadi kenyataan.
haha.

haha.



Dah seronok sampai Sunway. Lupa pulak nak shoot scene Che Mad dan Yas sampai di Sunway.
Dah berapa kurun lepas tu, lepas Doc tengok balik rakaman baru dia teringat.

Sub-idea pilem pendek Dari Tronoh ke Sunway iaitu Dunia Transit pun tak siap shooting.
Scene Che Mad dan aku bertemuramah belum shoot.
Scene artis Sultan, make-up artist Anwar, Acab Bond tak shoot.
Scene luahan hati Ad pada Khairil (deja vu kah? Wangi dan Roy?) tidak menjadi. Sempat shoot sekali saja.
Ini semua gara-gara bateri kamera video zaman pak kadok tersebut.
Eh, kenapa instrumen pula yang dipersalahkan?

Tunggu aku dapat fail video mentahnya.
Baru aku mula kerja sebagai editor seperti video-video terawal kecuali Ciku.
Tetapi Ciku pun tidaklah berapa elok kerja editingnya.
Maklumlah, semasa editing, tiada tuan direktor yang melihat dan menilai.
Terus siap edit, terus siap.
Haih! Tuan direktor kena tengok dulu sebelum finalize!!!

Aku sudah gunapakai Windows Movie Maker sewaktu sekolah menengah.
Kemudian aku guna pula Ulead VideoStudio dan Cyberlink PowerDirector sewaktu di UTP.
Skil dalam teknologi ini semua perlu dikembangkan dari semasa ke semasa.
Barulah boleh jadi maju.
Misalnya dalam skil menghasilkan montaj/video klip pendek lah.
Tapi macam montaj ni aku pun dulu kaki montaj.
Tapi hanya reti guna SWiSH sahaja. Aplikasi Flash yang mudah tu...
Yang Macromedia Flash tu tak reti aku!

Pasal hal ehwal montaj ni, aku recommend seorang bekas budak UTP yang kini sudah berkerjaya, Raimi.

Kerjaya = Kerja + Berjaya

OK. Jadi pada kali ini kita sudah dapat satu formula baru ya adik-adik bawah umur sekalian.. (jika anda belum berumur 21 tahun terutamanya En. Fojan kita ya.)
Aku sudah 21 tahun beb.
Boleh masuk kelab malam.
Eh, tak mengapalah. Terima kasih. Lain kali sajalah ya.

(Kelab malam untuk gay lah pulak.. Salah address!)

Gua cau dulu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan