Khamis, Mei 01, 2008

Cinta Sang Arnab

Sebuah lagi pementasan teater dari Tronoh Theatre Shop (TTS)


TAJUK: "Cinta Sang Arnab"
TARIKH: 2 Mei 2008
MASA: 8.30 mlm
TEMPAT: Dewan Serbaguna UTP
TIKET: RM3.00


Cinta Sang Arnab mengisahkan Wangi seorang gadis yang kecewa kerana gagal dalam bercinta dengan Roy telah cuba membunuh diri. Kekalutan kehampaan dalam percintaan mendorong penderitaan luar biasa di mana ketika hampir membunuh diri, Wangi telah dibertemu dengan seekor arnab yang dalam khayalannya boleh berkata-kata dan memberikan kesedaran mengenai falsafah kehidupan. Arnab tersebut Arn yang semakin rapat dengan Wangi telah secara tidak disangka menaruh perasaan terhadap Wangi. Apa yang seterusnya berlaku haruslah ditonton secara langsung pada malam tersebut.


Teater ini berbentuk surealisme dan bakal mempamerkan keistimewaan tersendiri.


Pementasan Cinta Sang Arnab ini dibarisi oleh:

Asyraf sebagai Arnab

Ainifadhilah sebagai Wangi

Khairil Nizam sebagai Roy

dan

Tasha sebagai Fati Ermi



dengan sokongan gerak kerja dari Kumpulan Pengurusan TTS.


Pengurus pentas: Shakir
Pengarah: Akin Muhammad
Pengarah bersama: Dr Shark