Sabtu, Mei 03, 2008

Pasca-Tonton Cinta Sang Arnab

Pada malam 2 Mei 2008, Tronoh Theatre Shop telah mementaskan dua teater berturut-turut dimulai dengan Cinta Sang Arnab kemudian Transit. Sketsa selingan antara dua teater tersebut turut dipersembahkan oleh veteran TTS yang kini sudah bekerja, Faiz Putra dan Lutfi Othman, mengenai "Cinta, Kemanusiaan dan Kematian".

Saya mulakan reviu saya dengan Cinta Sang Arnab.

Watak Arnab yang dipegang oleh Asyraf Maskan, dibawa dengan agak baik.
Dengan sedikit kelebihan semulajadinya yang tampak comel, watak Arnab tersebut sesuai untuk menarik perhatian penonton. Intonasinya jauh lebih baik jika hendak dibandingkan sewaktu latihan-latihan awal, tidak ada tona lagu yang ketara. Tetapi saya rasa dapat dipelbagaikan lagi mengikut mood dan feeling yang berbeza-beza dari satu babak ke babak yang lain.
Namun Arnab masih perlu 'let go' lebih lagi sebagai arnab yang muda, lebih muda.
Action, body language sebagai seekor arnab kurang konsisten.
Sebutan ada yang tidak jelas, terutamanya sesetengah line yang kerap kali saya tegur sewaktu latihan. (Dah terbiasa kot. Huhu)
Ekpresi muka bagus. (Thanks to Doc sebab ajar dia mime hari tu. Haha)
Ada sedikit terlupa line. (Perkara biasa dalam show yang latihannya hanya 2 minggu lebih sedikit. Eh, yang latihan sebulan lebih pun boleh terlupa line jugak.....)
Ok. Itu sahaja komen saya tentang Arnab.
Keseluruhannya, bagus dan baik.


Watak Wangi pula terbahagi kepada dua, sewaktu 'mental disorder' dan sewaktu menjalani kehidupan biasa bersama Arnab.
Saya rasa penonton suka Wangi sewaktu sakit mental.
Maknanya lakonan Wangi untuk babak-babak mental itu menjadi.
Wangi berlakon dengan natural secara keseluruhannya, tetapi ada sesetengah yang mana vokalnya tidak dilontar secara penuh. Ini adalah satu cabaran buat para pelakon, hendak berlakon natural tetapi berhati-hati dengan lontaran vokal. Sedangkan saya sendiri pun tidak dapat berlakon dengan cukup natural.


Watak Roy tidak ada apa sangat yang saya nak komen.
Saya tidak tahu hendak komen apa sebenarnya. Huhu
Bagus dan baik sekali.


Watak Fati Ermi pula berjaya dibawa oleh Tasha dengan baik.
Cuma vokalnya perlu diperbaiki di masa akan datang supaya lebih mantap.
Ekpresi muka nampak sedikit, tetapi boleh dilebihkan lagi.
Tidak cukup latihan barangkali.
Tidak mengapa.
Tapi memang watak Fati Ermi ini seharusnya bisa menggamatkan keadaan.
Satu lagi, Fati ada melontar suara ke arah belakang pentas dan memaling muka dari penonton sewaktu babak menjual kain. 'Angle' yang betul penting ya di situ. huhu
Bagus, bagus..


Saya suka babak sewaktu Wangi menghalau Roy keluar dari rumahnya.

Babak Arnab dan Wangi berbicara tentang cinta rasanya dapat dilakonkan dengan lebih romantik lagi di masa akan datang.
Babak Arnab cuba bertukar menjadi manusia tidak sampai pada tahap klimaks yang tinggi. Tapi pada malam itu baik jugalah. Arnab sudah buat 'study' untuk babak itu barangkali.

Ada satu babak sewaktu Wangi hendak bersiap keluar ke business dinner, Arnab masuk pentas untuk memberi masa Wangi tukar kostum di belakang pentas. Ini adalah untuk 'covering' sela masa sebelum Wangi siap salin kostum. Bagus jugaklah pandai cover. Haha.

Untuk teknikal, timing audio bunyi loceng pintu tidak kena pada awal. Tetapi akhirnya berjaya dilakukan dengan baik untuk babak yang berikutnya. Tahniah untuk itu.
Yalah, kesalahan-kesalahan kecil seperti inilah yang biasanya akan diperhatikan dari bawah pentas. Penonton akan nampak. Dan memang penonton nampak pun malam tu. Haha.
Queue lighting ada yang terlambat.

Itu sahajalah antara komen yang terlintas dalam hati dan minda saya saat ini.

Syabas dan tahniah dan terima kasih saya ucapkan pada semua yang terlibat.
Para pelakon yang gigih berlatih, team props dan kostum, team teknikal yang hanya baru belajar mengendali control room pada petang sebelum show malam itu, tetapi mampu melakukannya di bawah supervision ITMS. ITMS? Wo. Sensitip. Sensitip. Isu. Isu!

Saya minta maaf secara terbuka kepada semua yang saya telah marah dan tengking.


Ta Ro Ba Alif Ya Kaf untuk TTS!


Untuk Transit pula, saya akan siarkan reviu saya pada entri akan datang.


Salam teater.


p/s: Selamat Berjaya kepada team "Our Land" english play untuk show malam kedua nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan