Isnin, Mei 12, 2008

indahnya dunia dengan KERUSI Import di IRC

KERUSI
Oleh: Hatta Azad Khan


Teater ini mengisahkan Srisegala yang berkuasa dan sangat kaya. Dia juga bongkak dan amat berbangga dengan kekuasaan dan kekayaannya. Dia bertindak zalim terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang mahu merampas kuasa. Serisegala tidak bersendirian malah dia dibantu oleh Tunta Utama, Tunta I, Tunta II dan Tunta III merupakan pahlawan yang taat dan setia dan selalu melindungi Srisegala.


Manusia memang tidak suka ditindas sepanjang masa. Oleh sebab itu, di kalangan rakyat jelata yang tertindas muncul beberapa orang pahlawan untuk menentang ketidakadilan Srisegala. Namun usaha Wira I, Wira II dan Wira III gagal mencapai matlamat. Mereka ditangkap oleh para pengawal Srisegala dan Srisegala terus angkuh di kerusi kekuasaannya. Kemudian, muncul pula Putra yang cuba menentang Srisegala. Putra berjuang sendirian dan akhirnya tersungkur tewas di tangan Srisegala.


Masayu, isteri Putra berusaha mencari suaminya. Selama ini Masayulah yang memberikan semangat untu Putra berjuang menetang pemerintahan kiku besi Srisegala. Srisegala telah terpikat dengan Masayu yang cantik rupawan. Srisegala cuba menggoda Masayu dengan menawarkan pelbagai kemewahan yang dimiliki oleh beliau. Sementara itu kekejaman dilakukan ke atas Putra dengan membutakan kedua-dua mata Putra sebagai hukuman kerana menentang Srisegala. Setelah dipujuk dan dirayu akhirnya, hati Masayu menjadi luluh dan matanya sudah dikaburi dengan segala kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Srisegala. Malah Masayu telah lupa dan tidak mengenali suaminya sendiri yang sudah menjadi buta.


Wira I, Wira II dan Wira III bangkit meneruskan perjuangan mereka. Mereka meminta nasihat daripada Putra yang sudah buta. Putra menasihati supaya semua wira bersatu hati dan tenaga menetang Srisegala yang zalim. Kali ini, berkat perpaduan yang utuh mereka telah berjaya mengalahkan para pengawal Srisegala, malah berjaya menangkap Srisegala ketika cuba melarikan diri.


Akhirnya, Putra ditabal menjadi pengganti Srisegala dan menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini dikuasai oleh Srisegala. Masayu pula insaf dan kembali kepada suaminya.



Nantikan pementasan KERUSI oleh Tronoh Theatre Shop (TTS).

Suku ketiga tahun 2008.

InsyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan