Sabtu, Mei 03, 2008

Pasca-Tonton Transit

Selepas teater Cinta Sang Arnab, Transit pula mengambil alih pentas.

Kesalahan besar yang paling ketara adalah lampu stage berwarna merah yang tidak ditutup kembali selepas set pentas Transit disiapkan sewaktu monolog Cinta, Kemanusiaan dan Kematian. Lampu merah tersebut dipasang sehingga habis pementasan.

Transit kali ini kesilapan hanya pada pencahayaan.
Dari segi lakonan adalah baik secara keseluruhannya.
Namun begitu ada kesilapan queue untuk pelakon masuk pentas.
Penonton gelak sebab itu.

Babak sewaktu si Lebai mempamerkan dirinya yang sebenar di hujung cerita dikatakan menjadi.
Cerita Transit ini sepatutnya tidak banyak yang perlu dijadikan bahan gelak ketawa.
Tetapi lebih kepada jalan cerita yang serius dan menimbulkan keinsafan.
Tetapi seperti biasa, budak UTP ni pelik sedikit.
Pasti ada rasa humor dalam mana-mana babak rekaan Doc Shark.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan