Jumaat, Mei 09, 2008

Ah Pek Seluar Pendek Penagih Pilem Pendek

Tak apalah Ah Pek tu nak ketagih pilem pendek
daripada ketagih ganja atau candu
Bagus jugaklah.
Eh tapi tak bagus jugak kalau pilem pendek tu dot tiga GP biru kebiruan.
Eh, kan dia tu Ah Pek.
Lantak dialah.
Bukannya Ah Mad kan..
Agama Ah Mad yang larang.
Tapi yang dilarang tu lah yang dibuat.
Pelik kan.
Pelik jugak lah.

Sekarang ni aku tengah sibuk cari pilem-pilem pendek tanah air.
Setakat ni baru dapat muat turun beberapa daripada YouTube.
Adalah terjumpa satu pilem pendek ni ada Farid Kamil berlakon.
Tajuk dia "Lari".
Tahun 2005 dihasilkan oleh pelajar Fakulti Seni & Persembahan (Filem).
OK jugaklah dia punya gaya penceritaan dan shooting.

Aku jugak ada download pilem pendek "10 Tahun Sebelum Merdeka", mamat Fahmi Reza punya.
Dokumentari pasal 'hartal', 10 tahun sebelum merdeka.
Nak tahu kena tengok.
Download percuma saja.
Nasib baik aku tak beli kat Pasar Seni hari tu.
Ada jual. RM 10 beb.
Lepas makan sehari kat UTP.
Haha.

Aku tengah mencari filem-filem pendek Amir Muhammad.
Ada dalam kompilasi 6horts.
6 filem pendek arahan beliau.
Tapi nampaknya macam susah sikit nak dapat percuma.
Kena beli DVD berharga RM25. Aiyoo..

Tak lama lagi akan adalah filem-filem pendek Akin Muhammad. Haha.
Memang ada cita-cita ke arah itu pun.


Jangan salahkan Ah Pek sebab pakai seluar pendek.
Dah dia miskin tak ada duit nak beli seluar panjang.
Tapi bila tengok dia punya seluar pendek, tag jenama Hush Puppies!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan