Ahad, Mei 18, 2008

"E dan e": Dari Sri Iskandar ke Bandar Sunway (Lagi)

E dan e itu cukup berbeza.


E dan e dalam dunia pun pelbagai.


E dan e dalam pelbagai bidang pun pelbagai banyaknya.


E dan e hanya dua huruf, tapi.


Ada tapi.


Ke Sunway buat kali kedua sudah pasti mengimbau kenangan silam.
Bila terlihat papan tanda di highway, sudah pasti menggamit kalbu.

Bukan sebab papan tanda, tapi.

Ada tapi.



Tak patut aku ambil jurusan kejuruteraan kalau aku (ada) bercita-cita dalam bidang seni.
Memang tak kena, tapi.

Ada tapi.



Bahasa cukup hebat dengan kuasa.
Bahasa boleh dimanipulasi.

Boleh bermain dengan bahasa.

Bahasa jiwa bangsa.

Bahasa begitu pelbagai banyaknya.

Bahasa ibunda jangan dilupa, tapi.

Ada tapinya lagi.




E dan e mungkin banyak tafsiran, pelbagai definisi, macam-macam gunanya.


E dan e boleh jadi perkataan lain, walaupun E dan e ini bukan perkataan. Hanya huruf


E dan e.


Di dalam Akademi Fantasia(L*), aku dapat tengok variasi E dan e.

Jadi aku tengok Akademi Fantasia(L*).

*L untuk Lelaki.



Dalam Sunway Pyramid, ada ais beku.
Bila nama ais, fizikalnya pepejal.
Tapi ais itu pun cecair, ais pun gas.

Tapi.

Tak habis-habis ada tapi.



Sunway Pyramid ada piramid lah.
Takkan ada menara condong?

Dekat-dekat dengan piramid ada berhala besar.

Tapi rasanya tak boleh lawan otai berhala di Malaysia.

Berhala tak bersalah.

Tukang ukir dan tukang sembah, sila tembak mereka.



E dan e adalah huruf pertama Entri ini.


E dan e begitu istimewa bagi...


(....)


E dan e sering bermain di ruang legar minda.


Pelik bila baca tulisan pelik.
Tapi tidaklah jika bukan sekadar membaca.

Membaca bukan membaca.

Membaca itu memahami.




Salam E dan e.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan