Jumaat, Mei 09, 2008

exaggerate lah! haha. haha. duh. fake!

"Oh, I don't know." (contoh caption yang tak kena dengan foto)

Oh dia ini memang exaggerate orangnya.

Supaya orang ramai lebih tahu, jadi aku bagi tahu serba sedikit tentang orang tua ni.


Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark) adalah pensyarah kejuruteraan awam di Universiti Teknologi PETRONAS, telah mula bergiat dalam teater sejak 1987 di Kuala Lumpur. Beliau pernah berlakon dalam pementasan Atap Genting Atap Rembia (Roslina Khir), Mindstuff (Maureen Ten), Sister (Mustafa Mahidin), Wan Empuk Wan Malini (Normah Nordin - Center Stage), Cinta Arnab (Rajan - Panggung Negara), Macbeth (Kee Thuan Chye), Asylum (Shamsul Rahman), Midsummer's Night Dream (Instant Cafe - Jo Kukathas), Mahkamah Keadilan (Normah Nordin - Panggung Negara), Bakai (Uwei - Panggung Negara), Titian (Normah Nordin - Center Stage) dan beberapa persembahan "mime". Beliau telah mengarah beberapa naskhah teater dan pernah memenangi beberapa anugerah teater Festival Teater Selangor dalam SAWO (1991), dan Kerusi (1992), Festival Teater Matrikulasi (Asylum), Festival Teater Kuala Lumpur (Cinta Sang Arnab), sebelum melanjutkan pelajaran di USA dalam bidang Civil Engineering (Wastewater Engineering). Beliau juga telah terlibat dalam pementasan teater improvisasi Boahl di Memphis USA dan mengikuti kursus "mime". Selain itu, beliau juga telah menghasilkan karyanya sendiri yang lain dan mengarahnya seperti Hmm...Begitu Panasnya!, Sampah Oh Sampah, Transit, dan Qum!


Orang tua ni banyak pengalaman dan pengetahuan dia dalam bidang teater yang ada 'hantu' dia sendiri, bak kata Faisal Tehrani.
Dia dah ajar "mime" kat beberapa budak dan telah pun berjaya buat show, sehingga ke Palace of Golden Horses!
Ya lah. Kat Malaysia ni rasanya tak ramai yang tahu "mime".
Sedangkan bini saya pun tak tahu bahawasanya "KL is the place for theatre"!!!!!
Duh.
Jauh betul kaitan di situ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan