Ahad, Ogos 31, 2008

Wayang FOC Malam Merdeka Pening Kapla

WARNING: Explicit Contents!


Gua pening kapla bila pikir pasal nak beli tiket bas.
Lebih-lebih lagi waktu puncak musim perayaan.
Awal puasa ramai orang balik.
Awal raya pun ramai orang balik.
Ditambah lagi awal puasa tahun ini dekat-dekat dengan merdeka.
Ternyata orang awam suka naik bas.
Walaupun aku tahu dalam hati mereka tidak suka naik bas.
Cuma terpaksa kerana itu adalah pilihan paling OK.
Tambang yang tidak terlalu mahal dan perjalanan yang selamat.
Jika tiada tanah runtuh menimpa bas.
Atau jika pemandu bas itu tidak mabok.

Gua dah beli tiket balik dan pergi cuti raya nanti.
Alhamdulillah timing aku ngam-ngam aku datang (dan dating) di KL pada hari pertama tiket musim perayaan dijual.
Tapi pening jugak kapla gua plan bila nak balik.
Takot-takot gua ada test ka apa ka nanti tak ka parah.
Dah la gua RAJEN sangat pergi kelas.

Apa pon gua tak nak cerita pasal bas.
Dah banyak kali gua cerita pasal bas.
Gua nak cerita pasal malam merdeka.
Di KL dan di BP.

Di KL gua sempat jalan-jalan dengan bini gua.
Walaupun kejap tapi dapat jugaklah gua pahat memori indah di suatu sudut bertarikh 30 Ogos 2008.
Bas untuk gua balik ke BP sampai lambat dari yang dijadualkan.
Lambat satu jam lebih.
Dan gua tunggu di atas platform satu jam lebih jugak.
Biasanya gua ada satu perasaan yang mana bila gua tunggu bas tak sampai-sampai, gua tak berani nak jalan pergi mana-mana takot-takot bas sampai time gua pergi jalan-jalan tu.
Walaupun waktu menunggu tu adalah suatu pembaziran yang nyata.
Nasib baik bini gua ada teman.
Tak adalah gua kesunyian tahap cipan.

Di KL gua sempat layan kotak ofis baru dari Hollywood. Death Race.
Cerita tu sedap jugak ah gua layan.
Tapi sebab air-cond panggung (jangan tersalah taip punggung, sensitip) tu sejuk tahap kutub utara.
Secara automatik badan pun menjalankan tugas homeostatis (maaf kalau silap, gua bukan doktor).
Cerita tu sedap jugak ah gua bagi rating 4 bintang.

Sebut pasal punggung gua nak cerita pasal punggung.

Masa gua sampai KL Sentral malamnya tu gua nampak lelaki pakai seluar londeh tahap hip-hop wannabe di Tanah Malaya.
Itu tak jadi masalah gua.
Yang jadi masalahnya tangan dia dok gatal selak-selak baju-T dia sambil dia berjalan sambil berborak dengan kawan di sebelahnya masa gua dan orang-orang sekeliling tengah khusyuk menikmati makanan sambil layan tivi.
Al-makanya nampaklah punggungnya yang hitam itu....
Nak dijadikan cerita gua rasa perempuan duduk kat depan gua tu ternampak kot punggung laki tu.
Perempuan tu tak selera nak tengok memandangkan punggungnya hitam.
Itu kisah punggung yang pertama.

Sekarang kisah punggung yang kedua.
Tadi gua cerita masa gua baru sampai KL.
Kali ni gua cerita masa gua nak blah dari KL.
Di KL memang senang nak tengok punggung secara F.O.C (free of charge bagi sesiapa yang tak paham)
Bukan setakat punggung, malah macam-macam lagi.
Jadi di Plaza Rakyat masa gua tengah makan-makan (lagi sekali masa tengah makan-makan) gua ternampak punggung perempuan pulak.
Wah!
Tapi gua ternampak sekali ja.
Gua ada bawak bini jadi kenalah behave.
Tapi gua rasa ramai lelaki kat situ cover-cover sambil makan sambil tonton wayang "Punggung".
Sekali pandang nampak punggung.
Pandang lagi sekali rupa-rupanya minah pakai tudung.
Dia bawak jantan.
Jantan tu duduk depan dia.
Berakhirlah kisah punggung yang kedua.

Konlusinya gua rasa depa ni tak pakai seluar dalam.
Gua tak pelik sebab gua menyaksikan fenomena Punggung tersebut di KL.
Kalau di BP. Gua rasa gua nak kutuk BP habis-habisan.
Sebab BP tu tempat gua, beb!

Tapi bila gua sampai di BP, gua rasa gua patut kutuk-kutuk.

Begini ceritanya...



Gua sampai BP, gua turun dari bas.
Gua salam dengan mak bapak gua.
Gua tolak kereta bapak gua.
Kereta hidup. Gua pergi sembahyang jamak kat masjid jamek.
Sampai. Kereta berhenti. Gua turun dari kereta.
Gua nampak ada orang pakai songkok hitam baju putih baring-baring dekat beranda bawah masjid.
Gua tak sedap hati tengok.
Gua tanggalkan selipar Crocs gua yang mahal tu.
Gua ambil wudhu'.
Ada seorang Pak Haji (kot?) pakai ketayap tegur orang pakai songkok hitam yang tengah baring-baring tadi.
Gua naik beranda atas sikit.
Gua solat jamak takhir.
Gua tak sedap hati.
Habis ja dua salam gua terus usha selipar Crocs gua.


Sah!


Selipar Crocs gua kena kebas!

Gua tak putus asa lagi. Gua cari-cari di kawasan sekeliling.
Gua mintak bantuan mak bapak gua sekali.


Sah!



Selipar Crocs gua yang mahal tu kena kebas!


Dan.


Orang yang pakai songkok hitam baju putih yang baring-baring tadi dah tak ada.


Mamat kaki rembat aka kaki copet aka kaki kebas tu nasib baik.
Sebab gua baru lepas sembahyang.
Kalau tak sampai lubang cacing gua cari mamat tu.

Akhirnya, gua redha.
Tak ada rezeki Crocs tu tahan lama dengan gua.
Kalau aku masih sekolah rendah, aku akan buat karangan tentang kehilangan Crocs ini dari Crocs' point of view.

Crocs tak bersalah.
Kasihan beb dia kena sebat dengan orang yang tak betul.
Lagi sadis kalau orang tak betul tu jual Crocs ORIGINAL aku tu kat kedai kasut bundle.



Malam itu malam merdeka.
Di kawasan bandar BP itu, budak-budak tak cukup umur berarak (bukan minum arak) menaiki basikal.
Bukannya sedikit. Mereka ramai.
Aku bayangkan mereka macam Clan Beskal.
Malam-malam naik basikal.
Mengganggu trafik.
Pemandu lain naik kereta asyik hon ja.
Gua nampak polis trafik tengah jaga kat Dataran BP.
Budak-budak tak cukup umur bawak basikal keliling kota bajet patriotik itu mereka biarkan.
(Mana polis penjaga keamanan dunia?)
Mereka itu mungkin semangat nak sambut merdeka.
Tapi mereka itu masih ter-um..aa.. bila ditanya "Apa itu merdeka?"
Belum lagi kita tanya, "Merdekakah Kita?"


Selamat datang ke Malaysia!


Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-51.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Maaf jika Pak Akin terkasar bahasa, terperli kat mana-mana, tersindir kat celah-celah mana, terkutuk tak tentu hala.
Semua itu Pak Akin lakukan dengan sengaja. Dengan niat. Dengan rasa. Dengan jiwa.

Eh. Aku lupa. Kau orang paham ka apa aku maksudkan "dengan jiwa"?

Jumaat, Ogos 29, 2008

Bi-Bi, ...

Sebelum aku berangkat pulang.

Selamat Berpuasa.

Kalau jumpa aku di Central Market atau pun Mid Valley mahu pun Times Square. Buat-buat tak kenal saja lah ya.

Wonder Pet jugak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslim seluruh dunia.

Bi-bi, semua.

Rabu, Ogos 27, 2008

Kureng Ajar, Kureng Asam dan Kureng Ilmu

Dalam sesebuah pementasan (teater, khususnya), Tuan Direktor adalah yang berkuasa untuk show tersebut.
Show tersebut adalah dia yang punya.
Sementara di sebelah kanan Direktor adalah Pengurus Pentas.
Dua orang ini adalah yang paling penting.

Fak Akin akan katakan perkara ini secara terbuka.
Kepada mana-mana pihak yang terasa.
Memang lu orang berhak untuk dikenakan.

Technical run untuk show IW pada malam semalam hancur.
Penuh dengan emosi negatif, bak kata Effendi.

Direktor mahu minta berhubung secara terus dengan orang teknikalnya sendiri yang merangkap pengurus pentas dari control room ke bawah hall.
Tapi tak dapat.
Ini telah menyukarkan proses komunikasi antara Direktor dan Pengurus Pentas sepanjang tech. run tersebut.
Lantas terpaksa overproject suara.
Itu yang dikatakan sebagai KURENG AJAR.

Waktu tech. run adalah amat kritikal.
Lebih-lebih lagi bila peluang untuk tech. run hanyalah sekali.
Mungkin depa tak faham.
Ataupun mungkin depa naik angin sebab Anwar menang.
Itu namanya KURENG ASAM.

Banyak perkara untuk sesebuah show, pihak penganjur dan teknikal luaran seperti McTech & I-Tee-Ham-Ass tidak tahu bagaimana show dijalankan.
Jadi kenalah dengar dan respek Tuan Direktor.

Bodoh sombong punya meLAYU.
Kureng ajar itu bukan aku.
Kureng asam itu siapa yang kena dia yang tahu.
Kureng ilmu itu sangat tampak jelas.

Mungkin patut diadakan sesi kaunseling dan motibasi buat staf-staf UTP yang teruk?
Terutamanya pekerja bawahan.
Dari ACS, Registrar, Exam Unit, bla-bla-bla ke Mailing Dept. ke ITHamAss ke Finance ke Security sekalipun.
Depa nak gaji lebih kot?
Okay lah... Mari kita dengar suara dan rintihan rakyat.

Haha.

Selamat Merdeka ya Cik Mammat.


ps: Oh ya, isu teknikal dan penggunaan khidmat media sudah lapok. Tiap kali ada show, isu yang sama juga. Sebab itulah, gua dah kebal beb dengan angin lu.

Selasa, Ogos 26, 2008

Perkongsian Detik Merdeka ke-51 bersama Cik Mamat & PUAS-SA?

Minggu ni minggu kemerdekaan.
Selamat Merdeka ya semua.
Lepas merdeka bulan puasa menjelma.
Selamat Puasa ya semua.

Minggu Merdeka & Minggu Awal Puasa ni Fak Akin macam biasa lah.
Ada show, ada kerja, show dan kerja lagi.

26 Ogos : Rehearsal show Merdeka.
27 Ogos: Show Merdeka. Aku jadi pahlawan lama J-poon. Jemputlah tengok.
28 Ogos: Audition teater KERUSI. Aku tak nak watak lain! Aku nak PUTRAjaya ja!
29 Ogos: Ke KL, lepak-lepak dan foya-foya dengan member old skool, Botak.
30 Ogos: Di KL, datang (auto-correct di Microsoft Word). Kemudian balik kampung terus. Rindu sama mak bapak wo! Aku family man wo. Dah nak kahwin pun. (Doakan aku).
31 Ogos: Sambut Merdeka di Dataran Bee PEE. Kalau malas nak sambut merdeka, aku pergi sembahyang tarawikh kat masjid dengan mak bapak aku.
1 Sept: Hari pertama puasa dan aku balik ke Tronoh semula. Buka puasa kat dalam bas kot. Haha. Best.
2 Sept: Makmal dan Technical Presentation dan PPD Project Submission. Lepas setel semua, aku 'terbang' ke KL semula.
3 Sept: Interbiu untuk peluang internship di Bureau Veritas di Bangunan Dayabumi, KL. Dekat dengan tempat aku selalu lepak iaitu Central Market. (Rajin betul kompeni ni. Internship ja pun nak interbiu. Standard kompeni worldwide. Hmmm..) Okay, setel semua, aku balik ke Tronoh semula.
4 Sept: Satu hari ni aku nak tidur sebab aku suka tidur.
5 Sept: Test teoritikal Engineering Economics. (Eh, bila aku nak study? Haha.)
6 Sept: Hujung minggu! Kita beribadah banyak sikit lah.


*Jadual aktiviti di atas tidak termasuk Assignment-assignment subjek lain dan Projek ETP aku dan latihan teater KERUSI untuk pementasan di Taman Budaya Perak, Ipoh selepas Raya nanti. Bak kata S. Effendi F.A, "Macho betul!"

***

Puas?
Puas-sa?
Puas satu?
Jangan buas-buas di bulan puasa ni...
Aku tahu ramai LELAKI SEJATI kat Malaysia ni. Haha.
Tapi bulan puasa ni lah kena tahan nafsu.
Jihad nafsu kata orang.


Okay! Aku blah dulu.
Jumpa lagi di bulan puasa.
Mudah-mudahan kita jumpa Ramadhan.


Sebut pasal Ramadhan, tiba-tiba teringat.
Bila musim bulan puasa ni, macam-macam lah drama tivi yang baru keluar.
Contohnya, Diari Ramadhan Rafique.
Bila dekat-dekat Raya pulak, lagi macam-macam cerita yang baru keluar.
Contohnya, Dodol.
Ah, malas lah nak cerita.
Nanti ada orang tak larat nak baca entri aku ni!


Okay! Aku blah dulu.

Ahad, Ogos 24, 2008

Artis Dollywood

Sekali Nabil rap betul-betul daa...
Memandangkan dia bukanlah rapper tegar.
Maka tidaklah berapa best vokal rapnya.
Lagu tema dia sendiri. "Lu Pikirlah Sendiri".

Hujan lebat melanda ketika dia buat show.
Alhamdulillah kerana hujan turun.
Tak boleh lah dem-kan melainkan kau tak paham Islam.
Malah Malique Ibrahim sekali pun rap lagu Assalamualaikum dan Alhamdulillah.

Okay. Apa pun, selamat berjaya kepada komiti Convo-pair.

***

Kali ni Pak Akin nak sebut pasal perangai artis Dollywood.
Artis Hollywood itu omputeh.
Artis Bollywood pula hindustan.
Artis Dollywood ni...
erm...
err....
Okay, kita anggap ja lah artis Dollywood ni dari Tanah JKLM.

Perangai artis Dollywood ni macam-macam.
Pertamanya, tidak tepati masa bila tiba waktu shooting. Kadang-kadang tak datang. Kononnya ada urusan peribadi.
Keduanya, demand itu ini. Tak adalah hebat mana. Tak ada pun menang anugerah Granny.
Ketiganya, beremosi dalam bisnes seni dan hiburan.
Keempatnya, suka sangat gosip-gosip. Kononnya gosip-gosip ini lumrah dunia artis. Salahkan pula media massa. Media massa pun satu hal juga. Gosip senang pasal gambar lucah. Dah tersebar tak mengaku la pulak.
Kelimanya, suka buat hal dalam bisnes ini. Ini secara umum aku sebut.

Contoh-contoh artis sejati ramai.
Tapi orang ramai tak berapa nak pandang.
Mungkin artis sejati itu tak handsome. Tak lawa. Tak cantik.
Kononnya tak ada nilai komersial.
Tapi mereka bagus-bagus-bagus belaka-ka-ka.
Tapi orang ramai masih tak nak pandang.
Walaupun mereka dapat anugerah. Bukannya ANU-Gerah!

Lu orang kena paham hidup la beb.
Kalau lu orang Islam, lu memang untung wo.
Manyak untung wo.
Tapi lu orang ada pernah terfikir tak?
Lu orang ada pernah rasa amat-amat-amat bersyukur tak lu orang lahir dari perut mak lu orang.
Dah ready in package "Islam".
?

Gua rasa la kan. Lu orang kena banyakkan berfikir lah.
Sebab tu gua respek sama mamat Nabil.
Dia selalu pesan kat lu orang semua: "Lu pikirlahhhh sendiri.."
Haaa.. Nabil Raja Lawak pun pesan lu orang supaya berfikir.


Jadi, fikir-fikirkanlah...


Banyakkanlah berfikir.
Otak korang pun ada berjalan dengan baik.
Barulah dapat score study walaupun ko sibuk tahap Dato' Anwar Ibrahim sekalipun.


Lu pikirlah sendiri.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Nabil "Lu Pikirlahhhhh Sendiri......"

Gua ada nampak gambar promosi Nabil Raja Lawak "Lu Pikirlahhh Sendiri....." Convo-pair yang mana gambar sewaktu dia mencoba pakai baju Tee Sindiket Sol-jah warna cokelat.
Kelakar. Cilok dari mana gambar itu?
Dari Sindiket Sol-jah ka?
Kau orang tahu tak apa itu Sindiket Sol-jah?

Nabil akan datang buat lawak (Kot? Takkan nyanyi lagu rap pulak?) di Convo-pair pada malam 23 Ogos.
Seminggu sebelum merdeka.
Oleh sebab aku hanya pernah tengok dia di kaca tivi waktu dia menang final Raja Lawak di restoran mamak al-Ajmal yang sekarang sudah rebranding menjadi al-Jamal.
Jadi aku berniat hendak tonton dia beraksi secara hidup.

***

Aku rasa mana-mana penganjur program seni & budaya di UTP kena jemput selebriti seni & budaya yang terkenal.
Supaya budak-budak sini dapat pandangan alternatif sedikit!
Bukan Barisan Alternatif, tetapi pandangan alternatif.
In English, alternative point of view.
Jadi kita nilai sesuatu itu dari pelbagai sudut dan pandangan.
Jadi bila budak-budak banyak kerja dan tanggungjawab, tak adalah kita dengar rintihan, keluhan, luahan dan semua-an yang ada.
Kerana depa akan dapat nilai sesuatu itu dari pelbagai sudut dan pandangan.



Carilah alternatif!

Olompik Ada Bunga Api, Convopair Pun Ada

08-08-08 adalah tarikh yang penuh 'ong'.
Dengan itu Olompik dirasmikan pada tarikh tersebut.
Upacara perasmian Olompik sememangnya banyak bunga api.
Mana-mana upacara perasmian yang megah-megah pun ada bunga api.

Di sini. Di Tronoh permai ini.
Upacara perasmian Convo-Pair (Pair: pasangan a.k.a couple) pun ada bunga api.
Ramailah rakyat-rakyat yang jakun hendak melihat bunga api dengan mata sendiri.
Mungkin selama ini hanya berpeluang melihat di kaca tivi.
Tidak mengapalah. Lagipun bunga api itu diletupkan secara percuma untuk tontonan umum.
Tetapi bunga api itu bukanlah percuma.

Convo-pair adalah suatu pesta yang menjadi tumpuan anak-anak muda.
Ada yang berpacaran. Ada yang bersama rakan taulan. Ada yang berseorangan. Dan ada juga yang menjadi SPY.
Ada juga yang berpeluang berjumpa rakan-rakan lama, rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan satu parti, rakan-rakan masjid, rakan-rakan club dan sebagainya.
Pelbagai jenis makanan, permainan, barang-barang berlambak.
Pendek kata, di Convo-pair inilah, kadar wang masuk dan keluar menjadi tinggi.
Pendek kata lagi, di Convo-pair inilah, pasangan-pasangan yang jarang dapat berpimpin tangan selama ini di UTP dapat meredakan nafsu itu.


Selamat Hari Convopair.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Shy-Fool

Melayu (lagi) memang terkenal dengan sopan santun, lemah lembut, ramah, pemalu dan semuanya yang baik-baik belaka.
Lebih-lebih lagi kaum wanita yang memang penuh dengan sifat pemalunya.
Dalam Islam sendiri pun sifat pemalu menjadi salah satu ukuran iman.
Kerana jika malu sudah hilang langsung, maka kita akan cenderung untuk berbuat apa saja ikut suka hati kita, tanpa ada batas.

Sama ja kisahnya dengan Shy-fool.
Dia seorang yang pemalu.
Tapi masalahnya dia ni bodoh.
Maka memang sudah namanya begitu.

(Nota: Hanya untuk mereka yang makan Chilli's)

Shy-fool sudah pastinya orang Melayu.
Melayu yang jamboo.
Jamboo yang manis.
Kerana manisnya jamboo.

Dah.
Banyak sudah bloga melambakkan kisahnya.
Banyak lagi isu sepatutnya harus dna patut dikupas.
Bukan kisah Shy-fool sahaja.

Mari kita kembali ke dialog sebenar.


TTS pula dilambakkan dengan jemputan-jemputan untuk buat show di merata-rata tempat.
Semuanya di tarikh yang berdekatan.
Masalah komitmen wujud apabila pelakon yang sama terlibat dalam dua atau tiga show yang amat rapat jaraknya.
Sudah tentu pelakon tidak boleh memberikan komitmen 100% kepada semuanya.
Kerana ia sudah terbahagi.
Jika tiap satunya 100% itu tidak mustahil.
Nanti jadilah 200% atau 300%.
Itu pun kalau tahu dan mahu.

Tidak mengapa.
Kumpulan kreatif tidak punya masalah.


Selamat Graduasi kepada sesiapa yang telah/sedang/akan menerima gulungan ijazah di samping terpaksa membayar caj sewa jubah.

Khamis, Ogos 21, 2008

Ceraikan Bontot Dari Kerusi

Kau jangan hanya duduk di kerusi tu ja!
Jangan peluk badan kau ja!
Bangun! Bangun! Bangun!
Gerakkan badan kau, goyangkan bontot kau
Bagi bergerak sikit otak kau.
Tak adalah bebal sangat.

***

Isu #1:
Sampah merata-rata.
Ramai lagi Malaysiana punya sivik rendah.


Isu #2:
Respek. Hormat.
Respek orang yang lebih tahu tentang sesuatu.
Walaupun kau lebih bagus daripada orang yang lebih tahu tu.


Isu #3:
Ayat cover.
Jangan bagi kat aku ayat-ayat cover lagi.
Aku dan pernah dengar lama dulu.


Isu#4:
Aku akan pertimbangkan undi percaya itu.


***

Kau orang boleh sensitip dengan perkataan bontot.
Maklumlah sekarang ini isu hangat.
Bontot.
Sub-teks bontot?

Fikirkan. Khususnya para penteater sejati sekalian.

Kau orang tak faham?
Memang susah nak faham.
Tapi ada ja yang faham.


NOTA: Baca dengan jiwa.

Isnin, Ogos 18, 2008

Google Melayu

Melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan budaya. Terkenal dengan budi bahasa.
Google "Melayu" (dengan pembuka & penutup kata).
Anda akan dapati di muka hasil carian pertama:

1. 3GP Melayu
2. Melayu sekarang
3. Melayu boleh
4. Blog skandal Melayu
5. Sex Melayu | Melayu Boleh | Petua Suami Isteri | Rahsia Besarkan...
6. Anak Melayu Boleh blog
7. Melayu, Melayu Boleh, Sex Melayu, Melayu Bogel
8. Melayu-boleh
9. Perempuan Melayu Bogel Telanjang
10. Melayu.com

(Hasil carian ini tepat pada waktu 7.08 PAGI, Isnin, 18/08/08)

Dan jika rajin klik ke halaman berikutnya, barulah ada link definisi "Melayu" di Wikipedia.


Sekadar makluman semua terutamanya orang Melayu ya.
Terkenal dengan budi bahasa. Melayu kaya dengan pelbagai budaya. Adat resam.
Contohnya, demonstrasi jalanan.
Lagi satu, sumpah laknat.
Melayu tak semestinya Islam.
Kerana Islam itu agama untuk semua.
Lahirnya sebagai Melayu, belum tentu dia akan jadi seorang Muslim.

Ahad, Ogos 17, 2008

Orang Malaysia Yang Tak Paham Bahasa

Semalam Fak Akin pulang ke universiti. Dari universiti.
Menaiki bas yang biasa dinaiki.
Tapi pemandu bas yang lain.
Tak ada lah lain sangat. Selalu nampak. Dah berapa tahun naik bas tu.
Untuk pulang ke universiti. Dari universiti.

Kita jadi orang kena paham yang orang ni ada banyak jenis.
Salah satunya jenis macam pemandu bas yang suka marah-marah penumpang.
Fak Akin dah biasa.
Dah berapa tahun naik bas ke serata Malaysia.

(Oh ya, aku memang nak cerita pasal bas sikit kali ini)

Biasanya penumpang yang nak naik bas akan tanya pemandu bas, ke mana bas tersebut pergi?
Kena dengan pemandu bas yang OK, dia akan jawab lah walaupun jelas terpampang papan tanda di hadapan bas tersebut.
Tapi kalau dah ramai sangat yang asyik tanya "Encik, bas ni sampai (mana-mana destinasi) tak?"
Rasanya tak patut juga penumpang buat macam tu kat pemandu bas sekiranya ada papan tanda destinasi yang jelas terpampang di hadapan bas tu.
Pemandu pun penat jugak kot bawak bas.

Penumpang pula satu. Jangan lah buat hal.

Rancang perjalanan anda dengan baik dan teratur. Kalau dah rancang tapi rancangan itu gagal, tak apa. Cuba lagi lain kali. Itu pengalaman yang baik.

Itulah. Kadang kala, pemandu bas meluahkan perasaan.
"Orang Malaysia tak paham bahasa!"



Banyak isu/perkara yang boleh kita perkatakan di dunia ini.
Bukan hanya setakat perkara akademik di dalam kelas.
Memang tanggungjawab utama sebagai pelajar, tetapi perkataan 'PELAJAR' itu sendiri sudah memberi suatu makna yang general dan meluas.


Fikir-fikirkanlah.

Aku Suka Tengah Bulan, Sebab Dapat Tengok Bulan Purnama, & Aku Suka Bulan Purnama

(Kredit kepada Dr. Shark, entri ini dicilok secara senang-lenang daripada blog Friendsternya)



Bangsa Melayu suka sangat beramal dengan amalan2 TIGA YASSIN pada malam Nisfu Syaaban. Adakah amalan ini amalan Rasulullah? Baca lah.....

Is 15th Sha'baan legislated?

QUESTION :

Is it permissible, even after finding out that a hadeeth is da’eef (weak), to follow it, by way of doing righteous deeds? The hadeeth says: “When it is halfway through Sha’baan, spend that night in prayer and fast on that day.” The fast is observed as a voluntary act of devotion to Allaah, as is spending that night in prayer (qiyaam al-layl).

ANSWER :

Praise be to Allaah.

FIRSTLY:

What is narrated concerning the virtue of praying, fasting and worshipping on the fifteenth of Sha’baan (al-nusf min Sha’baan) does not come under the heading of da’eef (weak), rather it comes under the heading of mawdoo’(fabricated) and baatil (false). So it is not permissible to follow it or to act upon it, whether that is in doing righteous deeds or otherwise.

A number of scholars ruled that the reports concerning that were false, such as
1. al-Jawzi, in his bookal-Mawdoo’aat, 2/440-445;
2.. Qayyim al-Jawziyyah inal-Manaar al-Muneef, no. 174- 177;
3.Abu Shaamah in al-Baa’ith ‘ala Inkaar al-Bida’ wa’l-Hawaadith, 124-137;
4.Al-‘IraaqiinTakhreej Ihyaa’ ‘Uloom il-Deen, no. 582.
5.Syaykh al-Islam [Ibn Taymiyah] narrated that there was consensus on the fact that they are false, in Majmu' al-Fataawa, 28/138.

Shaykh Ibn Baaz (may Allaah have mercy on him) said in Hukm al-Ihtifaal bi Laylat al-Nusf min Sha’baan (Ruling on celebrating the fifteenth of Sha’baan):

Celebrating the night of the fifteenth of Sha’baan (Laylat al-Nusf min Sha’baan) by praying etc, or singling out this day for fasting, is a reprehensible bid’ah (innovation) according to the majority of scholars, and there is no basis for this in sharee’ah.

And he (may Allaah have mercy on him) said:

There is no saheeh hadeeth concerning the night of the fifteenth of Sha’baan (Laylat al-Nusf min Sha’baan). All the ahaadeeth that have been narrated concerning that are mawdoo’ (fabricated) and da’eef (weak), and have no basis. There is nothing special about this night, and no recitation of Qur’aan or prayer, whether alone or in congregation, is specified for this night. What some of the scholars have said about it being special is a weak opinion. It is not permissible to single it out for any special actions. This is the correct view. And Allaah is the Source of strength.

Fatawa Islamiyyah, 4/511.



SECONDLY:

Even if we assume that the hadeeth is da’eef (weak) and not mawdoo’ (fabricated), the correct scholarly view is that weak ahaadeeth should not be followed at all, even if they speak of righteous deeds or of targheeb and tarheeb (promises and warnings). The saheeh reports are sufficient and the Muslim has no need to follow the da’eef reports. Nothing is known in Islam to suggest that this night or day is special, either from the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) or from his companions.

The scholar Ahmad Shaakir said: There is no difference between rulings or righteous deeds; we do not take any of them from da’eef reports, rather no one hast he right to use any report as evidence unless it is proven to be soundly narrated from the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) in a saheeh or hasan hadeeth.

al-Hatheeth, 1/278.

For more information, see:al-Qawl al-Muneef fi Hukm al-‘Aml bi’l-Hadeeth al-Da’eef.



And Allaah knows best.


Islam Q&A (www.islam-qa.com)

Bengkok Sedikit Tidak Mengapa, Asalkan Berdaya

Sementara idea ini masih segar.

16 Ogos 2008 adalah tarikh bersejarah buat diri aku dan keluarga aku yang satu lagi.



Setelah aku memaki kerana terpaksa membeli tiket bas tambahan tempoh hari.
Aku cover sedikit dengan pujian.

Nasib baik bas agak selesa.
Sampai tepat pada waktunya.
Sampai destinasi dalam masa yang sewajarnya.
Tapi aku tak nak cerita pasal bas.


"Hmmm... Pada satu ketika, aku rasakan tempat ini adalah paling teruk di dunia. Tapi pada masa yang sama aku masih tersenyum tatkala mengharungi deras umat dunia."


Tapi aku tak nak cerita pasal umat.
Itu khutbah Jumaat lepas punya cerita.


Sememangnya aku tak pernah menghadirkan diri ke majlis konvokesyen.
Sewaktu abang-abang aku menerima gulungan ijazah dan diploma pun aku tak dapat ikut masuk ke dewan.
Hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan kerana kapasiti dewan yang cukup-cukup atau mungkin tidak cukup.

Tapi aku tak nak cerita pasal dewan.



Jika kali ke-13 itu tragedi dari saat pertama hingga terakhir.
Kali ini situasi alam nyata diimbangi dengan adil.
Syukur ke hadrat Illahi sudah pasti.
Meskipun aku sudah biasa dengan pentas.
Tapi aku tak biasa pula melihat orang naik ke pentas.
Orang itu bukan sebarangan, itu sudah pasti.


Tapi aku tak nak cerita pasal pentas.



Hanya bayangkan seorang seperti kayu. Yang lurus.
Memang lurus. Amat lurus.
Kayu sebegitu mudah patah. Memang mudah.


Katanya, biarlah bengkok sedikit.. Tak mengapa.
Asalkan berdaya!


Inilah cerita aku.

Tentang kayu.

Rabu, Ogos 13, 2008

Berlakon Itu Umpama Bersenggama

Ada orang mengatakan, "Acting is like having sex."
Maka diterjemahkan ke Bahasa Melayu, "Berlakon itu umpama bersenggama."

Pada 11 dan 12 Ogos, TTS tak serik-serik lagi untuk mencari pelakon baru. Adakan sesi audition.
Seperti beberapa penggal yang lalu.

Pada beberapa penggal yang lalu.
Yang datang ke sesi audition tidaklah seramai mana.
Ya lah. Berapa ramai ja yang minat dengan teater?
Lain lah kalau uji bakat untuk nyanyian.

Tapi itu cerita lain.

Kali ini TTS buat lagi.
Poster kali ini agak merangsangkan.
Kredit kepada sesiapa yang perasan.

Jadi pada hari pertama. 7 orang datang.
3 lelaki. 4 perempuan.

Hari kedua. 10 orang datang.
8 lelaki. 2 perempuan.

Jumlah. 17 orang.

Wow. Satu team Asylum itu.

Macam biasa. Tuan direktor akan garu kepala.

Tapi itu cerita lain.

Dalam kelompok 17 orang itu. Ada ramai juga yang berpotensi.
Dan ada juga yang hanya sekadar untuk mencuba-cuba.

Tapi tak mengapa.


Berbalik kepada perenggan awal sekali tadi.


Orang boleh bersenggama dengan cinta dan nafsu.
Orang juga boleh bersenggama dengan nafsu sahaja.

Begitu juga dengan berlakon.
Orang boleh berlakon dengan cinta (passion) dan nafsu (gatal).
Orang juga boleh berlakon dengan nafsu (gatal) sahaja.


Penteater akan diukur melalui tahap passion yang ditunjukkan.

Isnin, Ogos 11, 2008

Perempuan Itu Optional

Sangat jarang sekali aku bercerita tentang kehidupan normal aku di luar (di dunia nyata).
Yang dapat dibaca hanya tentang teater, filem, seni, dan sekali-sekala dapat dilihat gambar-gambar seperti Pelan-pelan & Bilik Gerakan, Sarong Tangan, Batang Penyapu dan seumpamanya.
Memang membosankan mereka yang bosan akan teater, filem (mungkin ini tidak), seni dan gambar-gambar sebegitu.


Passion.

Itu jawapan kepada soalan ini yang akan aku tanya kalau aku jadi panel penemuduga: "Kenapa kau nak join teater?"

Kedua. Duit.

Bila bisnes ini jadi serius. Duit jadi nilai juga. Selepas nilai seni.

Ketiga. Pangkat.

Bila sudah punya pengalaman. Boleh naik pangkat jadi Tuan Direktor. Atau mungkin Pengurus Pentas.

Keempat. Perempuan.

Bila satu platun tu semua lelaki. Untuk mengelakkan gosip-gosip liar, fitnah seperti "depa tu gay kot". Perempuan jadi nilai tambah. Maksudnya, penyeri.

Tapi poin keempat ini optional.


Kerana aku telah berjaya mengetepikan emosi aku dalam mentadbir.
Emosi yang diketepikan itu digunakan untuk pementasan teater.
Jadi minta maaf jika aku tiada beremosi di dunia luar atau maya ini.
Memang membosankan.

Ahad, Ogos 10, 2008

Gatal? Jawapannya...

[Klik poster ini untuk tengok dengan lebih jelas.]

PEMBETULAN:
Tarikh adalah pada 11-12 Ogos 2008. Waktu masih sama.
Terbuka juga kepada FEMALE.




Untuk info lanjut tentang TTS, sila klik sini: Blog TTS.

TTS adalah jawapan kepada mereka yang GATAL nak berlakon.

Bisnes kami: Teater Melayu, sketsa Melayu/Inggeris, mime (lakonan bisu), dan produksi video/filem pendek.


Jemput datang ke sesi audisi yang kami adakan.
Soalan pertama untuk kau orang: "Kau tengok kartun Wonder Pets?"


Selamat Datang!

Sabtu, Ogos 09, 2008

Samurai - Previu



"SAMURAI"
oleh Akin Muhammad

Sebelum aku dapat melihat kepala aku berguling-guling di atas tanah merah ini..
Aku ingin sekali menyampaikan wasiat kepada adik aku..

Andai aku adalah lagenda.
Setelah aku tiada lagi di bumi bertuah ini.
Memang untung rakyat di negeri ini.
Aku menumpang gembira dan kesenangan semasa aku hidup.
Walaupun aku tidak dapat merasainya.
Kerana siapalah aku pada waktu itu?
Aku hanya seorang yang asing.
Aku dipandang serong oleh rakyat.
Aku disisih dan dikecam.
Tetapi aku tahu, rakyat di sini bukan sebarangan orang.
Mereka memang bijaksana!
Mereka memang bijaksana!

***

Sedikit previu buat tatapan pembaca 3S.
Karya "Samurai" ini idea asalnya dari Dr Shark.
Aku hanya menulis skrip.

Bila tulis skrip, kadang-kadang aku tak sedar apa yang aku tulis.
Itu tandanya bukan jari-jemari yang menulis (menaip).
Tetapi jiwa yang menulis.
Nah.
Memang tak logik.
Sekadar perumpamaan.

Kali ini aku nak bagi kau orang kata-kata Einstein yang fofular.

"I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." -A. Einstein

Terlalu banyak kata-katanya. Boleh usha sendiri di sini.

Ada Apa Tengah Bulan?

Dem.

Fak Akin hendak beli tiket ke Kuala Lumpur pada tengah bulan ni.
Terpaksa beli tiket bas tambahan.
Sudah pasti harganya berganda dua.
Terpaksa beli tiket bas tambahan.
Fak Akin terpaksa.
Nasib baik juga masih ada bas.

Dem.

Ada apa tengah bulan?

Kenapa ramai orang ke KL?

Ada apa tengah bulan?

Ha?


Dem.


Fak Akin akan ke majlis konvokesyen.
Ada orang tu nak ambil gulungan diploma.
Baru dapat berita kelulusan LJM.

Di hujung jari-jemari ini Fak Akin bersyukur.


Ada apa tengah bulan?

Ada teater ka?

Ada JomHeboh ka?

Ada konsert Inul ka?

Ada demo ka?


Ada apa tengah bulan?


Fak Akin punya jadual aktiviti teater memang agak padat.
Sejak hari pertama bermulanya semester segar, sudah mula audition itu, ini.
Kemudian sudah tentu latihan itu, ini tiap petang atau malam atau kedua-duanya kecuali Sabtu dan Ahad.

Hingga kini. Penat sudah tidak dikira.

Penat itu sudah tiada apa-apa.

Alah bisa tegal biasa kata pepatah.


Masing-masing punya agenda.
Kerajaan punya agenda.
Pembangkang punya agenda.
TTS punya agenda.
Fak Akin punya agenda.
Semua orang punya agenda.
Lain-lain.
Macam-macam.


Ada apa tengah bulan?

Ahad, Ogos 03, 2008

Show Free

Sempena Festival Filem Malaysia ke-21, filem-filem yang dipertandingkan ada ditayangkan secara percuma di beberapa buah pawagam.


Tayangan filem percuma FFM21 (yang tebal dan merah Fak Akin dah tonton):


Cuci
Afdlin Shauki dan kuncu-kuncunya seperti Hans Isaac, Awie dan AC Mizal pasti tidak mengecewakan penonton dalam setiap filem-filem mereka.

Dunia Baru The Movie
Fak Akin hanya suka sinematografi filem ini.

1957: Hati Malaya
Fak Akin tak berkesempatan tonton filem patriotik ini. CD/DVD pun tiada di pasaran.

I'm Not Single
Filem ni ditayangkan lepas Fak Akin habis cuti. Jadi tak sempat hendak tonton. Fak Akin tunggu cetak rompak. Opppss!

Cinta U-Turn
Filem apa entah ni? Tak ada niat nak tengok lah pulak.

Kayangan
Filem ini bak kata FT, tak logik. Jalan cerita yang lembap. Karakter yang stupid.

Anak Halal
Filem ini tidak bermoral. Tapi dengan Rosyam Nor dan Farid Kamil, Fak Akin rasa depa ni ada modal lah jugak. Ada kontroversi dan gosip liar tentang aksi terpegang bO-Ob.

Akhirat
Tajuk filem ni tak kena gaya dan boleh dikecam oleh pihak tertentu.

Evolusi KL Drift
Cukuplah dengan Impak Maksima. Tapi Fak Akin tak nafikan aksi stunt filem ini lebih bagus daripada Impak Maksima.

Pensil
Aku kena 'halau' bila aku nak tengok filem ni kat GSC walaupun aku dah beli tiket. Dem. Nasib baik wang dikembalikan. Dem.

Apa Kata Hati
Filem ni buat otak aku serabut dan mati sel. Filem ini jugak untuk orang pekak. Lagi sekali, filem ini tidak logik. Tapi dengan adanya Raja Farah, Dynaz dan Farid Kamil serta Fauziah Ahmad Daud, depa ada modal lah jugak....

Anak
Filem seram tipikal. Tahap keseraman 1/10.

Nana Tanjung 2
Jehan Miskin dan Saiful Apek jadi perempuan pakai baju kurung. Auwwww~

Congkak
Filem ini genre rasmi dia seram tapi rasanya boleh jadi komedi. Tak logik, lagi sekali. Ada kontroversi dan gosip liar tentang aksi terpegang bO-Ob.

9 September
Fak Akin dapati Pierre Andre betul-betul nak elak filemnya jadi tipikal. Tapi mungkin dia tak diberi cukup masa.

Impak Maksima
Ada pulak drama tivi bersiri dan ura-uranya teater muzikal. Aduhai.

Kala Malam Bulan Mengambang
Neo-noir. Mamat Khalid tetap unggul dengan gayanya yang unik dan tersendiri. Fak Akin bagi ibu jari satu! (Adakah yang lain diberi jari tengah? Oh tak baik)

Duyung
Bila adanya KRU sudah pasti ada teknologi yang digunakan. Tetapi tipikal. Teruskan usaha untuk Cicakman 2. (Fak Akin ada terbaca di satu laman web akan Muzikal Cicakman tahun ini tapi macam tak ada bayang-bayang lagi pun.)

Sepi
Afdlin Shauki lagi. Teknik Cinta yang menang anugerah. Tapi Fak Akin tak berkesempatan tonton. Fak Akin hendak tonton.

Otai
Saiful Apek yang boleh cari rezeki sebagai penghibur walaupun tiada rupa sangat. Ini bukti rupa itu tidak penting untuk jadi artis fofular.



Nah. Itu sajalah. Apa lagi yang Fak Akin ada tertinggal taip?
Tapi jangan risau, Fak Akin masih menyokong filem tanah air walaupun Fak Akin selalu mengkritik (terkadang mengutuk) seperti kerapnya Fak Akin mengutuk Batu Pahat dan kampung-kampung sekitarnya.

Sabtu, Ogos 02, 2008

HAM

HAM satu!
HAM bukan si daging babi.
HAM Hak Asasi Manusia.

Manusia adalah suatu makhluk yang istimewa.
Fahami maksud perkataan, istimewa.

Salah satu aspek yang menjadikannya istimewa adalah EMOSI.

Ya. Kali ini Fak Akin akan meluahkan emosinya.
Jika FT pun baru-baru ini beremosi dan ramai lagi bloga-bloga biasa beremosi (entah Sol-jah beremosi ke tidak?) dan sudah lama Fak Akin meninggalkan gaya blogging beremosi, apa salahnya kali ini Fak Akin sebagai manusia, yang istimewa, yang unik, yang ada emosi ini beremosi di dalam blog percuma 3S ini.


Pagi-pagi ini sememangnya seperti pagi sedia kala.
Jika suatu hari nanti jika pagi-pagi ini berubah sedikit demi sedikit menjadikannya tidak seperti sedia kala, apakah waktu itu baru kita akan berfikir?


Fak Akin telah berkecimpung dalam dunia teater sejak tahun 2006.
Tidaklah lama mana, baru dua tahun.
Memang masih jagung, mentah, bau kilang, dan belum lagi boleh menjadi produk yang berkualiti di pasaran.
Ya. Dunia teater sebegini memerlukan pengalaman yang banyak, dan untuk mencari pengalaman yang banyak, perlu persembahan yang banyak, dan perlu MASA, TENAGA, dan KESABARAN, KETABAHAN, KEGIGIHAN, KESUNGGUHAN dan semua kata-kata yang biasanya terpampang (hanya sekadar terpampang) di mural-mural sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Baru dua tahun.
Baru berapa puluh show.
Baru sahaja.

Oleh sebab itulah, Fak Akin tidak akan berhenti mencari pengalaman dalam dunia ini.
Selagi diizinkan kudrat dari Illahi, walaupun sedang menuntut ilmu, sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan projek-projek, walaupun selepas graduasi sekalipun, walaupun sudah bekerja, berumahtangga sekali pun, dunia seni itu tidak seharusnya Fak Akin tinggalkan.

Kerana seni itu telah sebati dengan jiwa aku.


Fak Akin memperoleh pengalaman asas dari Tronoh Theatre Shop (TTS) yang selalu Fak Akin sebut-sebutkan dalam blog 3S ini.

Sepanjang penglibatan aku dalam kumpulan produksi ini (bukan kelab atau persatuan yang bukan-bukan), aku dapat melihat beberapa jenis ahli.

1. Pelakon yang berbakat semulajadi.
2. Pelakon yang minat (mendalam) berlakon.
3. Pelakon yang teringin nak berlakon.
4. Pelakon yang teringin dan betul-betul minat berlakon.
5. Pelakon yang teringin (gatal), betul-betul minat, dan bersungguh-sungguh berlakon.
6. Pelakon yang nak watak yang besar-besar.
7. Pelakon yang kejap ada, kejap tak ada.
8. Dan banyak lagi..... (termasuk pelakon yang ekstremis - tidak perlu dijelaskan)


Mereka itu, satu demi satu, seorang demi seorang namanya, wajahnya aku masih dapat ingat.
Ada daripada mereka yang berbakat dan berpotensi.
Tetapi apa boleh buat, itu hak mereka.
Ya. Semuanya itu hak mereka.

Cuma Fak Akin sedih dan sedikit kecewa.

Kalau mereka itu semuanya ada sekarang ini, aku rasa mungkin kita sudah ada dua kumpulan.
Jadi bila ada dua show dalam masa yang terdekat tarikh persembahannya, dua-dua kumpulan ini boleh berlatih dalam masa yang serentak.
Sekarang ini hanya cukup untuk satu kumpulan.
Satu kumpulan ini betul-betul perlukan KETABAHAN untuk persembahan akan datang.


Dan bukan mudah juga untuk mencari pelakon yang baru.
Perlu buat sesi audition terbuka kepada semua pelajar.
Dan hendak buat sesi audition itu pun bukan main redah saja.



TTS dahulunya tidak punya kumpulan pengurusan.
Dan tak punya pelakon yang ramai.

TTS kini pula lebih kurang sama jadinya.