Jadi, tak patut gua pulang dengan tangan kosong. Penat gua naik tren, turun tren, jalan kaki pergi, jalan kaki balik, naik tren, turun tren, naik bas, turun bas, naik lif, masuk rumah, bagi salam kat jin-jin 'Assalamualaikum...', masuk bilik, keluar bilik, masuk jamban, keluar jamban. Jadi, gua jalan-jalan dalam kedai buku tu (jangan fikir di Mid Valley saja boleh jalan-jalan) sambil usha-usha buku-buku yang jarang didapati di kedai buku MPH, Popular, Borders, apatah lagi Kinokuniya.
Hasil jalan-jalan serta usha-ushaan gua, gua keluar dari pintu kedai buku tu dengan rasa gembira dan berbaloi, setelah membayar RM 5.00 untuk 5 buah antalogi drama pentas berikut:
PERANTAU ZAMAN
Selenggaraan: Zakaria Ariffin
Cetakan Pertama 1986
Mengandungi:
LUDIN, Abdulaziz H.M.
PENJUAL BUNGA, A. Rahim Abdullah
PERANTAU ZAMAN, Abdul Talib Hassan
BAJU EMAS SANG MAHARAJA, Johan Jaafar
PENUNGGU PUSAKA, Zakaria Ariffin
CERITA ESAH, Wan Hanafi Su
Selenggaraan: Zakaria Ariffin
Cetakan Pertama 1986
Mengandungi:
LUDIN, Abdulaziz H.M.
PENJUAL BUNGA, A. Rahim Abdullah
PERANTAU ZAMAN, Abdul Talib Hassan
BAJU EMAS SANG MAHARAJA, Johan Jaafar
PENUNGGU PUSAKA, Zakaria Ariffin
CERITA ESAH, Wan Hanafi Su
AJONG
(Antalogi Drama Pemenang Pesta Drama Sabah)
Cetakan Pertama 1984
Mengandungi:
INJAP SEMBILU, Jamaluddin Haji Abdul Kadir
PAKAU, Marzuki Ali
KURSI, Marzuki Ali
AJONG, Osman Nasroh
PERMAKAMAN KADUK, Jamali Satari
(Antalogi Drama Pemenang Pesta Drama Sabah)
Cetakan Pertama 1984
Mengandungi:
INJAP SEMBILU, Jamaluddin Haji Abdul Kadir
PAKAU, Marzuki Ali
KURSI, Marzuki Ali
AJONG, Osman Nasroh
PERMAKAMAN KADUK, Jamali Satari
ARAFAH
Atondra
Cetakan Pertama 1985
Mengandungi:
TALI
PERJALANAN MALAM
PENGEMBARA MALAM
ARAFAH
PADAH
DERITA HATI
BULAN MERAH
Atondra
Cetakan Pertama 1985
Mengandungi:
TALI
PERJALANAN MALAM
PENGEMBARA MALAM
ARAFAH
PADAH
DERITA HATI
BULAN MERAH
Edisi Khas Sasterawan Negara, Drama-drama Pilihan Usman Awang.
Cetakan Pertama 1987
Mengandungi:
DEGUP JANTUNGNYA
DARI BINTANG KE BINTANG
GENDANG KOSONG
BETISNYA BUNTING PADI
MENJELANG TAKBIR
SERUNAI MALAM
MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN
BULAN TETAP BERSINAR
MALAM KEMERDEKAAN
TAMU DI BUKIT KENNY
MATINYA SEORANG PAHLAWAN
UDA DAN DARA
Mengandungi:
DEGUP JANTUNGNYA
DARI BINTANG KE BINTANG
GENDANG KOSONG
BETISNYA BUNTING PADI
MENJELANG TAKBIR
SERUNAI MALAM
MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN
BULAN TETAP BERSINAR
MALAM KEMERDEKAAN
TAMU DI BUKIT KENNY
MATINYA SEORANG PAHLAWAN
UDA DAN DARA
Dan sebelum itu, gua ada beli sebuah buku drama karya A. Samad Said berjudul
WIRA BUKIT
Dan sebelumnya lagi, agak lama dahulu, gua ada beli dua buah novel drama Faisal Tehrani iaitu
BILA TUHAN BERBICARA, dan
KARBALA.
KARBALA.
Selain itu, gua juga sedang mencari dan mengumpul majalah PENTAS yang ada mengandungi satu atau dua karya pada setiap isu. Antara karya yang telah ada:
TEATER NABI YUSUFF, Dinsman
LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN, Namron
REBAB BERBISIK, Rahimidin Zahari
LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN, Namron
REBAB BERBISIK, Rahimidin Zahari
Membaca kesemua naskhah tersebut mungkin satu angan-angan. (Kes P90, kemungkinan ia angan-angan adalah 90% - cilok istilah pro-influenza A, H1N1-lity kejap). Kalau best, gua baca sampai habis. Kalau bosan, gua tak baca.
Walaupun drama-drama pentas dulu-dulu terserlah akan keMelayuannya, gua tak kisah. Gua hanya nak tahu bagaimana karya-karya tersebut ditulis oleh sasterawan negara. Mungkin, nak jadi sasterawan negara kena jadi 'sastera' dan naskhah kita perlu 'sastera'? Tidak juga. Mungkin, perlu terserlah keMelayuannya? Entahlah. Itu yang gua tengah cari jawapan-jawapannya tu.
Dan, masa gua balik kampung tempoh hari, bonda gua sempat bertanya, "Pergi nonton teater di Shah Alam hari tu?" Gua tak tahu teater apa, sebab gua dah tak pergi nonton teater sekarang ni. Bonda gua kata, "Teater yang ada diiklankan di Harakah tu..". Lalu, gua pun terus mencari iklan tersebut dalam surat khabar Harakah. Oh, gua jumpa. Rupa-rupanya, teater karya Dinsman "Menunggu Kata Dari Tuhan". Lakonan solo Sabri Yunus. Kalau buat di KL, boleh juga gua layan teater Islamik sepam.
Gua dapat beg plastik biasa edisi istimewa DBP hasil pembelian buku-buku kumpulan drama pentas itu. Tidak secantik beg kertas Jakel, itu sudah nyata.
Assalamualaikum.
BalasPadamBuku drama pentas Nasib boleh dibeli terus dari Dawama. Saya baru sahaja membelinya menggunakan Wang Pos.
Saya juga dalam usaha untuk mendaparkan antologi drama pentas Perantau Zaman dan Arafah. Selain tu, saya juga ingin dapatkan antologi Di Atas Pentas (A Rahman Hanafiah), Drama Tiga Zaman (Zakaria Ariffin), Hujan Malam (Johan Jaafar). Namun antologi2 ni tak ada dalam senarai jualan di Dawama dalam kategori 'Keluaran Sebelum 1994'. Adakah saya perlu mendapatkannya sendiri di Koperasi DBP?
Setakat ini saya mempunyi antologi drama Imbas (Hashim Yassin), Cenderawasih, Jantungnya Berdegup Lagi (Datuk Usman Awang)...
Adakah anda melanggan Pentas keluaran Istana Budaya? Majalah yang menarik. Dalam Dewan Sastera juga ada karya2 drama pentas setiap bulan.
BalasPadamLAUT LEBIH INDAH DARI BULAN, Namron
REBAB BERBISIK, Rahimidin Zahari
Drama-drama di atas terdapat dalam Pentas bulan dan tahun bila?
edu3217,
BalasPadamterima kasih atas info tersebut.
Perantau Zaman dan Arafah boleh didapati di Koperasi DBP terus.
Tapi masa saya mencari-cari tempoh hari, saya tidak perasan antalogi Di Atas Pentas, Drama Tiga Zaman mahu pun Hujan Malam.
Majalah PENTAS ni masih diterbitkan ke skrg? Tahun 2009?
BalasPadamtahun 2009 tak pernah jumpa lagi pula
BalasPadammungkin sudah tidak terbit lagi
entahlah hehe
tanpa nama,
BalasPadamLaut Lebih Indah Dari Bulan dalam PENTAS Jil. 1 Bil. 4 Nov-Dis 2006
Rebab Berbisik dalam PENTAS Jil. 3 Bil. 4 Okt-Dis 2008
Majalah PENTAS masih boleh didapati di Istana Budaya selagi stok mereka masih ada.