Isnin, Mei 18, 2009

Fashian With Passian

Begitulah tagline yang boleh dilihat pada beg kertas keras berwarna oren yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian pakej kain untuk majlis-majlis seperti majlis formal, majlis bertunang, akad nikah dan bersanding. Untuk majlis-majlis khas sebegitu, anda boleh pergi ke Tingkat 3, gedung kain JAKEL.


Kisah Kain Cinta

Akak tukang jahit baju mengukur lilit dada dan pinggang aku, lantas terus memerli dengan cara lembut, "Dada dengan pinggang sama saja, tak ada beza."
Dan sudah pasti, orang yang menemani aku sedang cuba menahan daripada tergelak terbahak-bahak.
Kain Cinta dengan warna tema merah hati dan merah jambu. Hati dan jambu. Sangat lah manis.
Maka, tahun ini aku akan memakai baju Melayu berwarna merah jambu, warna sejati (atau sebenar) seorang lelaki, orang kata. Tidak cukup dengan itu, ada sulaman kain lace berwarna merah hati dan emas, supaya tampak lebih sepadan dengan si perempuan.
Dia kata dia tak suka warna merah.
Aku pula kata aku suka warna merah. Merah menyala lagi lah aku suka.
Jadi, biarlah merah hati menjadi persetujuan kedua-dua belah pihak.


Kisah Cinta Bahasa

Tagline tersebut salah dari segi ejaannya. Sepatutnya "Fashion With Passion".
Tapi, aku rasa si tauke bukanlah kisah sangat pasal logo atau tagline gedung kainnya itu.
Yang dia kisah sudah pasti pasal kain.
Passion dia pada kain. Kisahkan pada kain. Benda lain tak payah kisah sangat.

Jadi, jikalau passion pada teater, kisah lah pada teater. Tak payah kisah benda lain? Boleh ke begitu? Ha ha
Tidak juga, sebab kain ramai orang beli dan pakai.
Teater, tak ramai yang suka layan dan tonton teater (walaupun percuma).
Lagi percuma, lagilah orang tak mahu tonton!


2 ulasan:

  1. haha.. maksudnya, lagi mahal, lagi orng nk tonton? klu cmtu, kite up kan lagi tiket tts RM10

    BalasPadam
  2. maksudnya, kalau ada orang beli tiket mahal, mesti diaorang akan pergi tonton juga, sebab dah beli tiket. tak tonton nanti rugi pula.

    kalau percuma, diaorang akan berkira-kira nak pergi ke tak. tak pergi pun takpa.

    BalasPadam