Jumaat, Mei 29, 2009

Plat Kenderaan

Sekarang gua asyik terbayang benda lain bila tengok nombor plat kenderaan di sekitar kota ni.

WHP itu gua terbayang Well Head Platform

WHC itu gua terbayang Well Head Control

WGR itu gua terbayang Water Gas Ratio

WTS (eh dah keluar ke no plat ni?) itu gua terbayang Water Treatment System itu gua terbayang seseorang oppss bukan seseorang tetapi sesuatu yang kotor, busuk dan perlu diberikan rawatan

WTH (lagi sekali, dah keluar ke no plat ni?) itu gua terbayang What the hell? Maaflah gua mencarut pada hari Jumaat ni kesan sampingan menghayati lagu-lagu rap baru Pak Cik Em (gua rasa gua kena rap juga, ada sesiapa nak bagi beat?)

Dan akhir sekali...

WTF (nampak sangat gua sengaja-sengaja buat entri pasal no plat kenderaan) itu gua terbayang What the f- oh, tunggu sekejap gua rasa memang tak baik mencarut pada hari Jumaat


Do
Do Re
Do Re Mi
Do Re Mi Fa
Do Re Mi Fa So
Do Re Mi Fa So La
Do Re Mi Fa So La Ti
Do Re Mi Fa So La Ti Do
Ti La So Fa Mi Re Do
La So Fa Mi Re Do
So Fa Mi Re Do
Fa Mi Re Do
Mi Re Do
Re Do
Do

Nak satu lagi bukit?
Ctrl + C kemudian Ctrl + V saja

Do
Do Re
Do Re Mi
Do Re Mi Fa
Do Re Mi Fa So
Do Re Mi Fa So La
Do Re Mi Fa So La Ti
Do Re Mi Fa So La Ti Do
Ti La So Fa Mi Re Do
La So Fa Mi Re Do
So Fa Mi Re Do
Fa Mi Re Do
Mi Re Do
Re Do
Do

Nah.
Sudah dapat dua bukit.

Aku Tak Berani

Aku tak berani kembali
Mengatur kaki menjebakkan nafsu
Yang dah setia sedia menikam depan
Yang dah realiti
Yang aku geruni

Aku tak berani kembali
Menyusun teliti ejekan berlagu
Sambaran kemerahan itu umpama kasawari
Mengejar memburu ganas
Mahkluk yang reti berzikir

Aku tak berani kembali
Lenyap lupuslah pancaindera ku alpa
Tentang kembara di kala musim kehitaman
Usah ku cuba menangkap lagi
Yang tak mutu laku
Selalu muncul di situ

Sekiannya dah terjadi melankoli
Tak ku berani kembali
Sehingga ku bersihkan daki di kaki hatiku
Mengusap helaian rerambut murni
Mengimpi tenang kelembutannya
Tanpa murka tanpa luka duka

Aku tak berani melacurkan hidupku
Sanggupnya aku sanggup aku termampu
Demi fardhu ain dan kifayahku

Khamis, Mei 28, 2009

Gua Sudah Bilang, Tapi Gua Nak Bilang Lagi



Orang dengan golongan darah AB susah dikelompokkan. Mereka dapat memiliki karakteristik di kedua ujung spektrum pada waktu bersamaan. Artinya, di satu sisi mereka pemalu, di sisi lain, sangat terbuka. Mereka dengan mudah mengubah satu sisi ke sisi yang lain. Mereka dapat dipercaya dan bertanggung jawab, namun tidak dapat bertanggung jawab jika terlalu banyak yang dituntut dari mereka. Mereka tidak keberatan membantu sepanjang sesuai dengan syarat mereka. Orang-orang dengan golongan darah ini sangat suka seni dan metafisika. AB juga dianggap sebagai tipe darah terburuk di Jepun. Mereka juga suka menentukan syarat sendiri dan berhak menggugurkannya jika tidak sesuai dengan harapan mereka. Mereka dikenal sangat sensitif dan penuh perhatian. Di Jepun, beberapa perusahaan membagi karyawan-karyawannya ke dalam kelompok kerja berdasarkan golongan darah, dan ironisnya, tidak seorang pun yang mau bekerjasama dengan kelompok golongan darah AB di Jepun!



Nah.
Lepas ni kalau ada yang tak tahu lagi karektor aku macam mana, aku bagi link entri ni siap-siap F.O.C (free of charge)!

Relapse oleh Pak Cik Em

[dari eminem.com]

Eminem : Relapse - Track Listing


Tengah menghayati kesemua lagu yang ada.


# Title Writer(s) Producer(s) Length

1. "Dr. West" (skit) Marshall Mathers, Paul Rosenberg Dr. Dre, Eminem 1:29
2. "3 a.m." Mathers, Andre Young, Mark Batson, Dawaun Parker, Trevor Lawrence, Mike Elizondo Dr. Dre 5:19
3. "My Mom" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre 5:19
4. "Insane" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Elizondo Dr. Dre 3:01
5. "Bagpipes from Baghdad" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Elizondo, Sean Cruse Dr. Dre, Trevor Lawrence, Jr. 4:43
6. "Hello" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre, Mark Batson 4:08
7. "Tonya" (skit) Mathers, Rosenberg Dr. Dre, Eminem 0:42
8. "Same Song & Dance" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Elizondo Dr. Dre, Dawaun Parker 4:06
9. "We Made You" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Walter Egan Dr. Dre, Eminem, Doc Ish 4:29
10. "Medicine Ball" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre, Mark Batson 3:57
11. "Paul" (skit) Mathers, Rosenberg Dr. Dre 0:19
12. "Stay Wide Awake" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Elizondo Dr. Dre 5:20
13. "Old Time's Sake" (featuring Dr. Dre) Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre, Mark Batson 4:38
14. "Must Be the Ganja" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre, Mark Batson 4:02
15. "Mr. Mathers" (skit) Mathers, Rosenberg Dr. Dre, Eminem 0:42
16. "Déjà Vu" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence, Cruse Dr. Dre 4:43
17. "Beautiful" Mathers, Luis Resto, Jeff Bass, Don Black, Andy Hill Eminem 6:32
18. "Crack a Bottle" (featuring Dr. Dre and 50 Cent) Mathers, Curtis Jackson, Young, Batson, Parker, Lawrence, Jean Renard Dr. Dre 4:57
19. "Steve Berman" (skit) Mathers, Rosenberg Dr. Dre 1:29
20. "Underground" Mathers, Young, Batson, Parker, Lawrence Dr. Dre 6:11


Bersedia untuk carutan-carutan akan datang!

Seri

seriku beribu batu jauhku pandang langit ke angkasa
idamnya hendakku cuba sejuta nusa bangsaku
serinya kupendam memori lampau
imbaunya hendakmu curi kata-kata merompak harta budaya
harta dan harga harapan diri
muncul tak sedari ia timbul bergunung-gunung
meletup meruah melimpah
rahmat dicucuri nescaya berkati
serimu mencebikkan seriku kan jua serikan seribu seri
semesta hadir sumpah dinihari
yang beradat itu sedang berdrama kasih
menaruh setia menunggu detik usia
persis membanting rejaman jasadku
mencucuk ke raga kejiwaanku
kejiwaanmu nan kecintaanku kebahagianmu nan ketulusanku
seriku jua serimu berseri di segala penyeri duniawi insani

Selasa, Mei 26, 2009

Mekot (II)

Aku namakan entri ini "Mekot (II)" memandangkan sebelum ini aku telah buat entri berjudul "Mekot".

Mekot, bagi aku adalah satu nama yang cukup unik. Tidak begitu pelik disebut atau didengari, tidak begitu biasa disebut atau didengari. Elok-elok sahaja.
Kali pertama aku kenal dia sewaktu aku menyertai kumpulan teater di UTP, iaitu TTS.
Teater pertama aku, Asylum. Di Kolej Matrikulasi Perak, di Gopeng.
Mekot juga ada dalam produksi waktu tu. Aku rasa dia berperanan di belakang tabir.
Mekot seorang yang merendah diri. Tidak menunjuk-nunjuk. Walaupun dia ada banyak ilmu dan kemahiran dalam fotografik, tetapi dia tidak lokek hendak berkongsi ilmu dan kemahirannya dengan orang lain.
Malah, minat aku dalam fotografik telah dicetuskan oleh Mekot.

Aku masih ingat lagi, Mekot meminjam kamera aku dulu. Ada satu foto bunga teratai di dalam kolam kecil yang telah ditangkap olehnya. Foto itu cukup sharp, walaupun hanya menggunakan kamera yang dikategorikan dalam jenis 'cikai'. Dan dengan sentuhan Photoshopnya, foto-foto yang terhasil dari kamera cikai menjadi foto-foto yang berkualiti. Sememangnya, itulah kriteria seorang fotografer yang sejati.

Mungkin ada yang perasan, aku jarang hendak bagi penghargaan kepada seseorang secara khusus. Tetapi, aku rasa, Mekot layak dihargai.
Penglibatannya dalam TTS, walaupun kebanyakan masa hanya di belakang tabir, tetapi konsisten dan dia telah melakukan apa yang terbaik dari dirinya. Walaupun sikit, tetapi sumbangannya terhadap TTS adalah amat besar.
Maklumlah, promosi dan publisiti adalah satu perkara penting dalam sebuah produksi teater. Kalau tak ada promosi, orang ramai tidak tahu, maka tak ada penonton.
Kalau tak ada penonton, apa guna kita pentaskan teater?
Bukankah matlamat kita (TTS) hendak sampaikan mesej dan peringatan kepada orang ramai?

Aku juga mengagumi minat dan kebolehannya dalam banyak cabang seni.
Dia juga seorang penari. Dia juga seorang penyanyi. Dia juga main gamelan.
Kalau aku terlibat dalam casting sebuah teater muzikal, sudah pasti aku akan memilihnya tanpa ragu-ragu.

Dia seorang yang computer literate. Lebih-lebih lagi dalam dunia chatting mIRC.
Dia memegang channel #tts sejak sekian lamanya. Sejak aku belum masuk UTP lagi.
Dan hingga beberapa hari yang lalu, dia telah serahkan hak milik channel tersebut kepada aku.
Terima kasih, Mekot.
Aku pun tidak dapat pegang channel ini selama yang telah kau lakukan.
Yang pasti, di dalam dunia maya, dunia siber, dunia mIRC, dalam channel #tts, akan kuranglah gurau senda dari Mekot.
(Walaupun aku sedar, dunia siber dunia tanpa sempadan, Mekot boleh masuk channel dari luar. Haha. Saja mahu bagi feel, mahu bagi mood sedih.)


Mekot,
Aku nak buat puisi untuk kau. Tapi kau tahu sajalah, nak karang puisi ni kena masuk jamban baru senang ilham muncul. haha.
Tapi, aku nak ucapkan:

Terima kasih atas jasa dan sumbangan kau terhadap TTS.

Terima kasih atas ilmu dan kemahiran yang telah kau kongsi dengan aku.

Semoga kau dapat kerjaya yang sesuai buat diri kau.

Semoga kau dapat menjalani hidup kau dengan bahagia dan diberkati oleh Allah.

Selamat balik ke kampung halaman, Mekot.

Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah..


Yang menghargai,

Akin M.
M Yusuf Amat.
Tronoh Theatre Shop,
Chemical Engineering,
Universiti Teknologi PETRONAS.


catatan pada 12.24 PM, 26 Mei 2009, Selasa.


[Gambar kenangan Mekot (berbaju T merah) bersama Akin M. sewaktu produksi KERUSI 2008]

Isnin, Mei 25, 2009

Cinta Hakikat

Usikan menjadi didikan
Didesaskan menjadi hasutan
Didesuskan menjadi permainan
Jadian pernah selautan
Pusaran bergelombang
Bak bencana menguli alam

Usikan kejadian emosi
Kesian penat melarat fungsi
spiritual fizikal mentaliti menguji
kan punah panahan dingin berapi
dek lekangnya turutan
tuntutan dan perasaan

Cinta akan hakikat
Hakiki kian abadi
Kecintaan sama kewujudan
Kenang diri bertafakur
memandang insan
tak kian kufur

Akin Percik Api Emosi

Mak dan ayah aku nak datang menziarahi anak-anak dan cucu-cucu di Kuala Lumpur.
Awal Jun. 4 hari bulan enam. Hari Khamis. Hingga hujung minggu itu. Itu aktiviti bulanan mak ayah aku - pergi Kuala Lumpur - jalan-jalan lah kiranya (makan nasi kandar Pelita dekat-dekat KLCC). Biasalah, atok nenek mana yang tak rindu cucu yang duduk jauh. Mak aku sudah berhenti kerja jadi pembantu di PASTI al-Ghazali. Kerja pun sebab kawan minta tolong. Tak dapat nak kawal ramai sangat murid dengan hanya 3 orang cikgu. Mana nak mengajar lagi, nak menjaga budak-budak lagi. Kan.

Jadi aku pun sudah bagi tahu mak ayah aku yang aku mahu tonton teater di Ipoh hari Jumaat itu. Kalau PETRONAS tak isytihar cuti hari itu, aku isytihar cuti sendiri secara tidak formal. Aku sempat tonton JEBAT sajalah nampaknya. Pagi enam hari bulan balik KL untuk jumpa mak ayah. Tidak sempat tonton TOK JANGGUT. Lagipun, Ahad malam. Kalau tengok pun, kena isytihar cuti peristiwa pada hari Isnin. Lagi.

Selamat berjayalah aku ucapkan pada JEBAT dan TOK JANGGUT. Aku dapat mimpi kau orang menang. Mimpi sajalah. Mimpi ni pun rekaan. Maknanya aku tak mimpi lah. Saja nak cipta-cipta mimpi.

Awal Jun ini juga keluarga Najwa pergi bercuti makan angin di Cherating. Maklumlah, sudah cuti sekolah. Aku sudah pasti tidak dapat turut serta. Kerja. Cuti sudah habis. Duh. Kalau tidak dapat aku bercuti bersama keluarganya. Eh, tapi keluarga aku pun nak datang KL. OK lah tu. Sama-sama menghabiskan masa bersama keluarga.

Eh, sejak kebelakangan ni aku kerap cakap pasal keluarga. Kan. Dah nampak sangat nak berkeluarga. Eh, memang aku dah berkeluarga pun. Kan. Mak ayah abang-abang tu keluarga lah tu. Oh bukan, maksud aku hendak bina keluarga sendiri. Hehehehe.

Mungkin ada yang perasan yang aku betul-betul maksudkan aku ingin berhenti berlakon. Sebenarnya, tidak. Percaya sangatlah kat aku ni kan. Jangan percaya pada pelakon. Aku selalu pesan pada kawan-kawan aku, jangan percaya sangat pada aku. Haha. Tapi, memang betul pun aku pesan macam tu. Kan kawan-kawan.

Sebab-sebab aku keluar dari produksi Miao Miao Sang Arnab:

  1. Tarikh show tidak mengizinkan. Semester baru sudah bermula. Walaupun baru dua hari, aku khuatir akan ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.
  2. Tidak dapat datang latihan pada hujung minggu. Kebiasaannya, hujung minggu aku akan berjimat atau berbelanja. Berjimat, maknanya aku akan duduk di rumah sahaja atau balik kampung. Duit elaun praktikal pun bukan banyak mana. Nak simpan untuk perkahwinan lagi. Bayar sewa rumah. Makan dengan cukup (tidak mengikat perut). Kalau ikat perut nanti sah-sah kena leter dengan bini. Berbelanja, maknanya aku akan keluar bersiar-siar bersama dengan siapa-lagi-takkan-tak-tahu dan Malaysia ini sungguh indah dengan SALE yang hampir sepanjang tahun ada.
  3. Masalah karaktor (karaktor sendiri dan karaktor yang perlu dilakonkan). Haha. Ada-ada saja aku ni. Kan. Macam-macam saja. Aku rasa bukan aku seorang yang ada masalah karaktor yang aku maksudkan tu. Hehehehe.


Tapi, apa pun, aku akan masih berlakon sewaktu di UTP nanti. Tengoklah. Kalau ada orang asyik suruh buat itu buat ini, mungkin boleh menganggu gugat pertimbangan aku. Haha!

Apa pun, bak kata SEFA, manusia ada batasannya, kalau seseorang itu sudah sampai batasannya, jangan salahkan dia kerana dia hanya menjadi seorang manusia. Terima kasihlah. Tulisan itu menyejukkan hati aku. Tindakan yang bijak. Api tak boleh padam dengan api. Kan?

Api emosi lah... apa lagi? Alah, itu pun nak aku terangkan ke? Haha.

Aku minta maaf secara terbuka kepada sesiapa yang terkena percikan api emosi aku tempoh hari. Mungkin sebab kata-kata suruhan yang secara langsung itu telah meng-trigger bom jangka ini. Kena pada waktu yang salah, tempat yang salah. Dan perkara itu berlaku.

Dengan ini, secara rasminya aku kembali menyelaras blog rasmi TTS (eh, bila masa aku kata aku mogok?).

Sama-sama kita ambil iktibar. Aku harap kita dapat sama-sama sumbang terhadap blog kita itu. Tidak semestinya mengharap pada orang tertentu saja. Kita sama-sama. Ya?

Terimalah pantun sekerat aku.

Percikan api emosi membahayakan diri.

Jumaat, Mei 22, 2009

Pelangi

Sehalus butiran sezarah
itunya pasir emas bersinaran gembira
sukanya di tepian dinginnya pantai
dipukul ombak ghairah
dirembat ia bah durjana

Lalu pelangi menghampar
membentang sebidangnya
sepermaidaninya
laluan bercahaya
berlipat-lipat, terkerat tujuh
berlapis-lapis, tercantum tujuh
penuh seri, penuh warna
merasakan dikelilingi
aura tujuhnya
sekitarannya tubuh hamba
sepi hamba bahagia
semesta ceria alam kembali

Ketujunya ke laluan warna dan warni
terpesong salahnya
jua lalu cabang neraka
jahanamnya ketunggalan hanya keseorangan
keunikan asingnya musuh kedustaan
cabangan kemanusiaan insani
hakiki peribadi keadaban
duniawi kini kata-kata berucap sapa
hamba jatuh ke lembahan bumi
pandangan mata merayap ke terasnya
akan ditabik kezuhudan
ditabik pencipta kerohanian

Hutang

Bapak gua pernah pesan,
kalau tak cukup duit,
tak payah nak hutang kat kawan,
mintak ja dari bapak.
Ini prolog.


Nak berhutang senang.
Mintak dari orang yang punya air muka baik.
Air muka orang yang suka bantu orang.
Dan, kerja bergaji boleh tahan.
Di syarikat minyak dan gas, misalnya.

Biasanya bila duduk bujang di rumah sewa.
Akan ada kes hutang.
Semua abang gua dulu masa bujang. Housemate mesti ada yang pinjam duit. Hutang.
Dan yang kaki pinjam duit itu merokok, ada makwe, ada motosikal dan kerja gomen. Tapi gatal nak pasang ASTRO dekat rumah, gatal nak pakai kamera Panasonic Lumix.
Sekarang gua pula yang tempuh.
Tak apa, bila sudah tidak bujang, tak ada housemate, maka tak ada housemate yang akan pinjam duit. Hutang.

Berhutang paling payah bila nak bayar balik.

Gua masih ingat lagi masa belajar ilmu agama dengan Ustazah Hasanah di bangku sekolah menengah.
Secara benarnya, kalau nak berhutang kena ada pemberi hutang, penerima hutang dan penulis hutang.

HAH!

Sememangnya, gua masa bujang dulu tidak kawal cash flow. Tidak ada bajet kewangan.
Nak beli ini, sauk. Nak beli itu, sauk.
Nak makan ini, bedal. Nak makan itu, balun.
Ikut nafsu jugalah maknanya. Walaupun nafsu lelaki ni kuat pada wanita. Tapi nafsu makan tu kuat juga. Tapi bukan gua lah. Gua sedang-sedang saja orangnya.
Eh, tapi ramai orang cakap gua sudah buncit. Buncit sebab lain kot...

Orang laki kena pandai kawal cash flow. Nak-nak bila dah beristeri.
Kalau boleh naik bas pergi kerja, tak payah naik tren atau naik motosikal.
Kalau boleh makan nasi waktu lunch, tak payah makan nasi lagi waktu dinner. Makan roti pun sudah cukup kenyang. Tengok jenis roti jugak lah. Makan lah roti yang mengenyangkan.
Kalau tengah kemaruk bercinta, jumpalah dua kali sebulan. Atau sekali sebulan. Tak payah jumpa tiap-tiap minggu.
Dapat calon isteri jenis yang suka memakai, kaki shopping... Hmmmm...

Jangan jadi bujang lapok sudah lah... Tapi jangan risau, tiada jodoh di dunia, insyaAllah ada jodoh selepas di dunia. Itu pun, kalau.....


Zaman sekarang ni, zaman 'bahaya'.
Ini epilog.

Khamis, Mei 21, 2009

Cerpen Pelek

Gua suka buat benda yang pelik-pelik.
Pelik. Tak ajaib.
Ini prolog.

Masa hari pertama gua nak lapor kerja, gua datang awal.
Sebelum pukul tujuh pagi gua dah terpacak depan menara berkembar kebanggaan rakyat Malaysia tu yang bentuknya seperti huruf H. H1N1 sekarang ni musim.
Abang sulong gua pun memberi respon 'FUYYOO' bila dia tahu aku pergi kerja awal gila influenza A H1N1.
Abang nombor dua gua pula tak tanya pukul berapa gua sampai tempat kerja, tapi dia tanya macam mana kerja.
Fuh, gila concern abang-abang gua ni.
Tak pernah-pernah kan.

Gua punya adik-beradik semua jantan.
Gua pun jantan. Cuma gua ada lubang tindik di telinga, lesung pipit dan kulit yang halus, rambut yang lurus dan lembut, serta bulu mata yang melentik.
Kisahnya, bonda gua idamkan anak perempuan. Dan tiga anak lelaki, mintak-mintak dapatlah anak keempatnya tu dari kaum Hawa.
Tapi, keluar dari perut mak, batang juga yang nampak.
Tapi bonda gua memang seorang yang tak kisah. Dia terima rezeki anak, kurniaan dari Illahi.

Masa gua kecik, gua paling rapat dengan abang gua yang nombor dua.
Gua masih ingat lagi, dia bawak gua jalan-jalan naik motor keliling kampung.
Kemudian, lepak di taman permainan kanak-kanak.
Gua rasa, itu kali pertama gua main gelungsur dan jongkang-jongket.
Dan itu juga kali terakhir, gua main gelungsur dan jongkang-jongket dengan abang gua.

Gua kurang rapat dengan abang sulong gua sebab dia selalu marah gua kalau gua rosakkan barang-barang dia.
Gua masih ingat lagi, gua kena marah masa Walkman SONY dia rosak kena tibai dengan gua.
Memori itu semua masih jelas dan segar lagi dalam ingatan gua.
Cuma, gua masa tu tak terniat nak catatkan tarikhnya berapa hari bulan.

Tapi sekarang ni semuanya dah besar dan dewasa.
Gua pun dah dewasa. Maklumlah, bila orang lelaki sudah merancang untuk berkeluarga, gua rasa dah cukup matang dan dewasa.
Orang laki ni kalau nak kahwin kena yakin. Tak boleh ragu-ragu. Kena konfiden.
Yakin yang kita boleh menjadi seorang suami dan ayah.
Yakin dengan ilmu agama, kita boleh jadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Kalau lu orang tanya pada gua, gua boleh jawab dengan yakin, gua sudah bersedia hendak menjadi suami dan ayah.

Oh ya, abang gua yang nombor tiga kerja di kampung.
Bagus juga, dapat juga teman mak dan ayah gua. Kalau tidak, sudah pasti mereka merasa sedikit sunyi.
Sebab tu masa gua masih dekat dengan kampung ni, gua kena selalu balik.
Bini gua pun selalu suruh gua balik jumpa mak ayah.
Bini gua pun selalu balik jumpa maknya.
Akhirnya, gua korbankan minat gua yang mendalam demi kasih sayang dan cinta pada keluarga.
Dan bukan sebab passion yang kurang atau niat yang kurang betul. (Hehehehe)


Pagi ini. Hari ini.
21 Mei 2009. Hari Khamis.
Gua masuk pejabat yang masih gelap. Lampu belum dipasang.
Gua masuk terasa ada 'feel' sebagai seorang perompak.
Jam menunjukkan pukul 6.50 PAGI.
Gua rasa gua nak bagitahu abang sulong gua, gua sampai pejabat 6.50 PAGI! Ha ha.

Gua sengaja. Makin nak habis praktikal. Gua akan datang makin awal.
Gua harap, hari terakhir, gua dapat jadi orang pertama yang masuk menara KLCC.
Ini epilog.

Tulus

Mencengkam salur-salur budiman,
Mencekek leher-leher rupawan,
Kini menggaru kebiruan satria megah,
Merobek ego melarat gagah,
Tika hadirnya sekeping hati tulus.

Tiada perkataan keras
gurindam berlaraskan perasa onak,
Tiada tabiat khianat
tingkah pencabar menjunamkan ke dasar,
Tika semadinya ketulusan abadi .

Impian si dusta kan jahanam
Melebur hancur kan sepi mati
Tika mekarnya jambangan
Bunga keikhlasan,
Bunga ketulusan,
Bunga kejujuran.

Karya Muda-muda

Kepada pembaca (yang sudah pasti pembaca senyap),

Mulai hari ini, 3S akan menyajikan puisi, sajak, madah, pujangga dan seumpamanya.

Semua puisi, sajak, madah, pujangga adalah hasil karya Akin Muhammad sewaktu di bangku sekolah dulu-dulu.

Mungkin ada yang tidak matang, ada yang terlebih matang.

Selamat membaca (yang sudah pasti secara senyap).


pesanan singkat: Hidup ini singkat (amat singkat), sia-sialah hidup manusia di dunia jika hanya lalai dan alpa.

Rabu, Mei 20, 2009

Tentang emosi.
Emosi nurani akal budi bicara hati fikiran duniawi
ikut hati mati ikut rasa binasa
ikut hati (sangat) mati, ikut rasa (sangat) binasa
binasa jiwa binasakan hati binasakan akal kecewakan ramai
musnah berkecai retak kaca-kaca jika diibaratkan
mengalir air mata dari rekahan
kerana emosi tidak berakal


Sedikit pujangga di pagi ini.


Petang semalam.
Tak pernah-pernah gua terlajak balik rumah.
Emo punya pasal.
Biasa gua akan tidur dalam bas dan set minda untuk bangun bila sudah dekat sampai rumah.

Gua sakit kepala.
Ingat nak balik awal dan berehat.
Sekali sudah terlajak.
Senja juga baru gua sampai.

Masa gua telan nasi goreng cili padi yang tak berapa cili padi.
Gua layan tonton drama di Astro Prima di kedai mamak bawah apartmen tu.


Isteri: Abang, jom kita keluar jalan-jalan. Sayang nak shopping barang-barang dapur.

Suami: Nanti lah ya. Abang tengah nak siapkan SKRIP ni.

Isteri: Abang ni, bila saya ajak abang keluar, mesti ada saja alasan.

Suami: Sayang, abang kan tengah ada kerja ni. Lagipun, SKRIP ni kena siapkan hari ni. Kita kan dah lama kahwin, tak kan lah tak faham lagi.

Isteri: Eish, suka hati abang lah nak buat apa.


Isteri merajuk.
Bila merajuk, suami kena pujuk.


Suami: Sayang, jom kita keluar sekarang.

Isteri: Tak nak.

Suami: Ala, jangan la merajuk. Buruk tau.

Isteri: Tak nak. Saya dah tak ada mood dah nak pergi.

Suami: Sayang.. abang minta maaf OK? Jom lah kita keluar jalan-jalan.


Suami senyum dan pandang ke muka isteri sambil memegang tangan isteri.
Isteri pun tersenyum.

Telefon bimbit suami berbunyi.


Suami: Eh, kejap ya. Hello. Ya, Adam. Macam mana?


Isteri buat muka balik.



Akhir sekali,


Isteri: Dengan kawan ada masa?



Terasa gila gua.


Bini gua pernah kata.
"Kadang-kadang kita kena korbankan minat kita. Kerana keadaan tak mengizinkan."



Sebab itu, aku sudah tidak pergi nonton teater di KL.
Aku juga ada berniat hendak berehat dari berlakon. Mungkin hanya menulis skrip.

Tarikh Festival Teater KL tidak begitu mengizinkan aku untuk berlakon.
21 Julai 2009. Selasa. Ulang tahun kelahiran (Masihi) bini aku.
20 Julai pula bump-in. Hari pertama kuliah.
19 Julai aku sudah patut berada di UTP.

Haih.

Aku mencadangkan supaya tarikh show diawalkan.
Tapi disuruh juga aku teruskan berlakon pada tarikh tersebut.

Aku harap, tarikh show akan berubah-ubah. Ke tarikh yang lebih awal.

Kalau tak, aku tak akan susahkan diri pergi balik KL-UTP. Aku juga hiraukan hal ehwal akademik aku.

Selama ni aku kemudiankan soal belajar. Aku utamakan soal teater. Tapi kali ni, aku tak mahu begitu. Akan datang adalah tahun akhir aku di UTP.

Maknanya, aku tak akan komited selagi tarikh show tidak mengizinkan aku.

Kalau tarikh tidak mengizinkan, sudah pasti mak, ayah dan isteri aku juga tidak mengizinkan.


Mood masih jatuh.

Aku ada satu sifat yang pelik.
Aku juga ada datang bulan. Cuma tidak keluar darah lah.
Bila aku datang bulan, macam ini lah jadinya. Mood tak tentu.
Cukup 7 hari 7 malam. OK semula.

Aku juga selalu mengidam. Macam orang mengandung.
Kebanyakan masa aku mengidam nak makan asam. Kadang-kadang, ngidam nak makan kacang. Kadang-kadang, sup.
Tak percaya? Tanya kawan-kawan praktikal yang selalu keluar lunch dengan aku.

Jangan sangka, lelaki tidak datang bulan atau tidak mengidam.


Aku harap budak-budak TTS khususnya faham.


Hidup aku pun perlukan ruang.


Dulu, bila aku disuruh buat itu buat ini, aku buat.
Aku ikut saja apa-apa yang disuruh.
Aku tak terasa terbeban atau kisah sebab aku suka buat.

Sekarang ni, keadaan sudah berbeza.

Nyata amat berbeza.

Dan aku sudah terasa seperti menjadi orang suruhan.

Itu bahaya.


Tolong. Tolong faham.

Aku ibarat bom jangka.
Pendiam.
Tetapi akan meletup juga satu masa nanti.
Sekarang, baru pra-letupan.

Tak lama lagi, aku akan meletup.

Dan waktu itu..

aku pun tak tahu apa yang boleh berlaku.


Noktah.

Selasa, Mei 19, 2009

Aku nak emo hari ni. Aku sakit kepala. Aku tak nak update blog TTS. Nak update tak ada menatang. Nak update bagi air liur ja. Aku tak nak datang training. Aku sakit kepala. Tiap-tiap hari sakit kepala. Aku pun manusia biasa juga. Aku berhak nak emo kat manusia lain. Aku sakit kepala. Aku pun manusia biasa. Ada batasan sabar aku. Dah lama dok pendam. Hari ni aku letuskan. Amek kau amek. Bila aku emo, mulalah ada orang cakap aku kurang ajar caci maki orang. Celaka.
Update blog itu lah

Update blog ini lah

Sakit kepala

Jangan harapkan pada aku saja

Aku selalu sakit kepala

Kadang kadang sampai turun ke hati
Cuti aku habis pasal teater

Nak cuti dengan keluarga pun tak menyempat

Sudah sampai masa aku mengundur diri
Dek orang psiko aku.

Aku malas dah nak berlakon.

Lebih baik aku jadi seperti dulu.

Tidak perlu dijaga akan tepi kain aku.

Kumpulan Drama Pentas Dulu-dulu

Petang semalam. Gua singgah di Kedai Buku Koperasi DBP. Asalnya, gua ada misi. Misi mencari naskhah Hatta Azad Khan berjudul "NASIB". Gua usha dawama.com ada dalam senarai. Tapi bila gua usha kat kedai buku tu, tak jumpa pula. Nak tanya pekerja kedai, gua konfiden, semua tak tahu. Mungkin naskhah tu nipis dan mungkin tiada di kedai buku tu, tetapi di kedai lain. Atau, mungkin naskhah tu dah 'hilang'.

Jadi, tak patut gua pulang dengan tangan kosong. Penat gua naik tren, turun tren, jalan kaki pergi, jalan kaki balik, naik tren, turun tren, naik bas, turun bas, naik lif, masuk rumah, bagi salam kat jin-jin 'Assalamualaikum...', masuk bilik, keluar bilik, masuk jamban, keluar jamban. Jadi, gua jalan-jalan dalam kedai buku tu (jangan fikir di Mid Valley saja boleh jalan-jalan) sambil usha-usha buku-buku yang jarang didapati di kedai buku MPH, Popular, Borders, apatah lagi Kinokuniya.

Hasil jalan-jalan serta usha-ushaan gua, gua keluar dari pintu kedai buku tu dengan rasa gembira dan berbaloi, setelah membayar RM 5.00 untuk 5 buah antalogi drama pentas berikut:


PERANTAU ZAMAN
Selenggaraan: Zakaria Ariffin
Cetakan Pertama 1986

Mengandungi:

LUDIN, Abdulaziz H.M.
PENJUAL BUNGA, A. Rahim Abdullah
PERANTAU ZAMAN, Abdul Talib Hassan
BAJU EMAS SANG MAHARAJA, Johan Jaafar
PENUNGGU PUSAKA, Zakaria Ariffin
CERITA ESAH, Wan Hanafi Su


CENDERAWASIH
S. M. Noor
Cetakan Pertama 1986

Mengandungi:

KOSONG
SAWO
CENDERAWASIH


AJONG
(Antalogi Drama Pemenang Pesta Drama Sabah)
Cetakan Pertama 1984

Mengandungi:

INJAP SEMBILU, Jamaluddin Haji Abdul Kadir
PAKAU, Marzuki Ali
KURSI, Marzuki Ali
AJONG, Osman Nasroh
PERMAKAMAN KADUK, Jamali Satari


ARAFAH
Atondra
Cetakan Pertama 1985

Mengandungi:

TALI
PERJALANAN MALAM
PENGEMBARA MALAM
ARAFAH
PADAH
DERITA HATI
BULAN MERAH


IMBAS
Hashim Yasin
Cetakan Pertama 1987

Mengandungi:

INFLAKASTA
SASAU
MISTERI
IMBAS


Dan, sebelum ni gua ada beli sebuah antalogi
Edisi Khas Sasterawan Negara, Drama-drama Pilihan Usman Awang.
Cetakan Pertama 1987

Mengandungi:

DEGUP JANTUNGNYA
DARI BINTANG KE BINTANG
GENDANG KOSONG
BETISNYA BUNTING PADI
MENJELANG TAKBIR
SERUNAI MALAM
MENYERAHNYA SEORANG PEREMPUAN
BULAN TETAP BERSINAR
MALAM KEMERDEKAAN
TAMU DI BUKIT KENNY
MATINYA SEORANG PAHLAWAN
UDA DAN DARA


Dan sebelum itu, gua ada beli sebuah buku drama karya A. Samad Said berjudul

WIRA BUKIT


Dan sebelumnya lagi, agak lama dahulu, gua ada beli dua buah novel drama Faisal Tehrani iaitu

BILA TUHAN BERBICARA, dan
KARBALA.


Selain itu, gua juga sedang mencari dan mengumpul majalah PENTAS yang ada mengandungi satu atau dua karya pada setiap isu. Antara karya yang telah ada:

TEATER NABI YUSUFF, Dinsman
LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN, Namron
REBAB BERBISIK, Rahimidin Zahari


Membaca kesemua naskhah tersebut mungkin satu angan-angan. (Kes P90, kemungkinan ia angan-angan adalah 90% - cilok istilah pro-influenza A, H1N1-lity kejap). Kalau best, gua baca sampai habis. Kalau bosan, gua tak baca.
Walaupun drama-drama pentas dulu-dulu terserlah akan keMelayuannya, gua tak kisah. Gua hanya nak tahu bagaimana karya-karya tersebut ditulis oleh sasterawan negara. Mungkin, nak jadi sasterawan negara kena jadi 'sastera' dan naskhah kita perlu 'sastera'? Tidak juga. Mungkin, perlu terserlah keMelayuannya? Entahlah. Itu yang gua tengah cari jawapan-jawapannya tu.

Dan, masa gua balik kampung tempoh hari, bonda gua sempat bertanya, "Pergi nonton teater di Shah Alam hari tu?" Gua tak tahu teater apa, sebab gua dah tak pergi nonton teater sekarang ni. Bonda gua kata, "Teater yang ada diiklankan di Harakah tu..". Lalu, gua pun terus mencari iklan tersebut dalam surat khabar Harakah. Oh, gua jumpa. Rupa-rupanya, teater karya Dinsman "Menunggu Kata Dari Tuhan". Lakonan solo Sabri Yunus. Kalau buat di KL, boleh juga gua layan teater Islamik sepam.


Gua dapat beg plastik biasa edisi istimewa DBP hasil pembelian buku-buku kumpulan drama pentas itu. Tidak secantik beg kertas Jakel, itu sudah nyata.

Isnin, Mei 18, 2009

Fashian With Passian

Begitulah tagline yang boleh dilihat pada beg kertas keras berwarna oren yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian pakej kain untuk majlis-majlis seperti majlis formal, majlis bertunang, akad nikah dan bersanding. Untuk majlis-majlis khas sebegitu, anda boleh pergi ke Tingkat 3, gedung kain JAKEL.


Kisah Kain Cinta

Akak tukang jahit baju mengukur lilit dada dan pinggang aku, lantas terus memerli dengan cara lembut, "Dada dengan pinggang sama saja, tak ada beza."
Dan sudah pasti, orang yang menemani aku sedang cuba menahan daripada tergelak terbahak-bahak.
Kain Cinta dengan warna tema merah hati dan merah jambu. Hati dan jambu. Sangat lah manis.
Maka, tahun ini aku akan memakai baju Melayu berwarna merah jambu, warna sejati (atau sebenar) seorang lelaki, orang kata. Tidak cukup dengan itu, ada sulaman kain lace berwarna merah hati dan emas, supaya tampak lebih sepadan dengan si perempuan.
Dia kata dia tak suka warna merah.
Aku pula kata aku suka warna merah. Merah menyala lagi lah aku suka.
Jadi, biarlah merah hati menjadi persetujuan kedua-dua belah pihak.


Kisah Cinta Bahasa

Tagline tersebut salah dari segi ejaannya. Sepatutnya "Fashion With Passion".
Tapi, aku rasa si tauke bukanlah kisah sangat pasal logo atau tagline gedung kainnya itu.
Yang dia kisah sudah pasti pasal kain.
Passion dia pada kain. Kisahkan pada kain. Benda lain tak payah kisah sangat.

Jadi, jikalau passion pada teater, kisah lah pada teater. Tak payah kisah benda lain? Boleh ke begitu? Ha ha
Tidak juga, sebab kain ramai orang beli dan pakai.
Teater, tak ramai yang suka layan dan tonton teater (walaupun percuma).
Lagi percuma, lagilah orang tak mahu tonton!


1 MalaySia, 2 MalaySiaSia, 3 MalaySiaSiaSia

Awal petang itu.
Aku imbas kembali tentang satu perkara.

1 Malaysia

Namun kelibat orang Malaysia telah didominasi oleh alien-alien

Populasi: 1,234,567,890

Mana orang Malaysia di ibu negara 1 Malaysia?

(Dan dalam masa yang sama, ada pertandingan mencipta lagu '1 Malaysia')

Lewat petang itu.

Petang itu gelap.
Gelap yang macam lain. Lain macam.
Aku jangkakan hujan akan rebah. Turun dengan lebat selebat rambut ****c yang tak reti-reti nak dicukur oleh empunya.
Gelap langit. Macam nak ribut taufan. Macam nak kiamat.
Bila kiamat? Esok? Lusa?
Di Mastika. 21-12-2012 tarikhnya. Jumaat.
Tuhan ke dia nak ramal-ramal tarikh?

Tuhan ke dia?

Beberapa hari selepas itu.

Angels & Demons.

Malaikat & Syaitan.

Paderi bertanya, "Do you believe in God?"

[Alih bahasa] "Kau percaya pada Tuhan?"

Kembali kepada asas-asas. [Alih bahasa] Back to the basics.

Aqidah.

Aku terimbas kembali tentang satu perkara.
Awal petang itu.

Khamis, Mei 14, 2009

2 Frakmen Bila Tuhan Berbicara

Semester depan aku nak pentaskan teater di UTP, macam biasa. Di tempat lain, kena pakai duit untuk sewa panggung itu ini. Di UTP, panggung kena tempah, turun naik masuk keluar pejabat tunggu tunggu untuk minta cop atau tanda tangan orang yang kadang kala menyebabkan tarikh show berubah-ubah dari masa ke semasa hingga dekat hujung-hujung semester, minggu belajar yang mana waktu itu pelajar-pelajar baru sibuk nak bukak buku atau pergi perpustakaan (untuk belajar bersama pasangan, kumpulan belajar sambil bergosip-gosip, bergurau senda atau bergelak ketawa tanpa menghiraukan papan tanda 'Sila Senyap' oh atau memang tiada papan tanda?) atau fotostat kertas peperiksaan semester lepas. Tapi, masih ada golongan pelajar yang bagus, berdisiplin, rajin dan berdedikasi.

Teater yang aku nak pentaskan tak perlukan ramai orang. Aku ambil skrip Faisal Tehrani (lagi). Kalau ada seorang Doktor ni suka guna skrip HAK, aku pula suka guna skrip FT. Kau orang yang lain suka guna skrip siapa? Skrip sendiri? Terpulanglah.

Aku ambil dari naskhah FT berjudul Bila Tuhan Berbicara. Ia sebuah novel drama. Jadi aku ambil satu-dua (atau mungkin tiga-empat) frakmen yang mampu berdiri sendiri menjadi sebuah cerita yang lengkap (atau mungkin separa lengkap). Setiap satu aku anggarkan dalam 10-15 minit.

Aku akan pilih bulu (50%) dan pilih kasih (25%) dan pilih bakat (25%) semasa casting.
Satu frakmen aku hanya perlukan 2 pemain. Atau paling maksimum, 3 pemain.

Frakmen yang telah aku pilih, baru dua setakat ini:

Frakmen 1:
Cerita tentang seorang vulkanologis yang ingin menjalani pembedahan jantina, tetapi keliru apabila dia merasakan bahawa dunia akan kiamat esok. Kekeliruannya didengari oleh doktornya yang bertanggungjawab dalam psikologinya, sama ada hendak meneruskan pembedahan atau pun tidak.

Cast:
Vulkanologis - Anwar
Doktor - Fauzan


Frakmen 2:
Cerita tentang pasangan suami isteri. Si isteri seorang muslimah yang memahami agama Islam dan menjadikannya sebagai panduan hidup. Si suami pula seorang Islam yang liberal, tidak solat, minum arak dan dayus dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri. Ibu bapa si suami juga tidak menyukai si isteri. Akhirnya, si isteri nekad mahu keluar dari rumah dan berpisah dengan suaminya tetapi suaminya menghalang.

Cast:
Isteri - Aini
Suami - SEFA


Kedua-duanya banyak menyentuh soal hukum-hakam dalam agama.

Aku harap aku dapat pentaskan teater ni.

Mei Mei Sang Pujangga

Minggu hadapan aku akan membentangkan sebuah model simulasi proses di pejabat (akhirnya..)

Sabtu minggu ini pula ada taklimat untuk peserta Festival Teater KL. Nak cabut undi agaknya. Tapi aku tidak dapat hadir kerana kalendar aku sudah diisi lebih awal dengan temu janji lain.

1 Mei adalah Hari Pekerja yang disambut satu dunia. Mungkin ada sesetengah negara yang menyambutnya bukan pada 1 Mei. 1 Mei itu juga adalah tarikh aku dilahirkan. Tapi tarikh pada tahun Masihi.

Aku adalah seorang yang tidak kisah akan tarikh lahir Masihi aku. Inikan pula hendak menyambutnya. Sebaliknya, aku lebih mengiktiraf tarikh lahir Hijrah aku iaitu pada 3 Ramadan 1407. Maka Ramadan 1430 ini usia aku genap 23 tahun. Sesiapa nak ucap selamat, ucapkan selamat kepada aku pada tarikh tersebut.

Selain Hari Pekerja, ada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Kanak-kanak, Hari Belia dan ada lagi hari sambutan khas yang diraikan pada bulan Mei.

31 Mei ini pula Tok Janggut bakal beraksi di Ipoh. Entah aku pun tak tahu sama ada dapat pergi atau tidak. 1 Jun itu nanti rakan sepraktikal sepejabat ada pembentangan terakhirnya. Memang bukan aku punya. Tapi kalau aku tak datang, sudah pasti supervisor, coach dan lecturer UTP yang datang akan bertanya. Mampus aku nak jawab apa, cuti aku sudah habis digunakan!

Atau.. aku patut DERHAKA pada SV aku?

HAH!

Selasa, Mei 12, 2009

Musim Derhaka II - Monolog Tok Janggut

Sebelum ini saya telah siarkan entri berjudul "Musim Derhaka" yang memuatkan reviu dan pandangan saya terhadap pementasan Jebat oleh Tronoh Theatre Shop (TTS). Tirai pentas Multipurpose Hall (MPH) UTP itu dibuka dengan persembahan monolog Tok Janggut yang merupakan karya asal Salju Putih (Norlina Alfan) dan telah diolah oleh Dr Shark sendiri.

Tentang karya.

Karya ini diambil dari sejarah Tok Janggut yang dilabel secara rasmi sebagai pejuang kemerdekaan, serta pembela agama. Namun, dia juga dikatakan sebagai penderhaka terhadap perintah Sultan.

Isu utama dalam karya ini sudah pasti isu yang menjadi perjuangan Tok Janggut itu. Tentang cukai. Cukai yang dikenakan oleh pihak British. Cukai kepala sebanyak RM 1.00 seorang setahun, cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun, cukai kelapa sebanyak 3 sen setandan dan cukai sireh sebanyak 5 sen sejunjung. Disebabkan cukai inilah, kekacauan bermula dan seterusnya menjadi prolog kisah perjuangan Tok Janggut.

Isu utama yang lain adalah jihad. Sewaktu Perang Dunia Pertama tercetus, fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Dek tersepit dengan perjanjian Inggeris-Kelantan 1910, Kerajaan Kelantan dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu. Sultan pula telah membuat keputusan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniyah. Oleh sebab itu, di dalam karya ini ada disebut berulang kali bahawa Tok Janggut bukan menderhaka pada Sultan, tetapi demi berjihad menentang British.

Tentang persembahan monolog ini.

Ingin saya ingatkan, komen yang saya siarkan di sini adalah berdasarkan apa yang dapat saya ingat sahaj. Persembahan monolog tersebut tidak dirakam, jadi saya tidak dapat memberi komen dengan terperinci.

Apa kata, saya mula dari belakang?

Penamat monolog ini tragis. Babak terakhir menunjukkan Tok Janggut sudah mati di tali gantung dan 'moment' yang diwujudkan hanya selama 2-3 saat. Asalnya, mayat Tok Janggut diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka. Tragedi ini hanya disebut oleh Tok Janggut yang telah mati secara bercerita, tidak ditunjukkan di atas pentas.
Pada hemah saya, babak terakhir tersebut harus dilakukan mengikut sejarah asal dan tidak diubah - digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah. Mungkin agak sukar hendak melakukannya, tetapi teknik boleh difikirkan. Malah, 'moment' yang hendak diwujudkan itu akan menjadi lebih berkesan terhadap penonton.
Kenapa terlalu terikat dengan sejarah? Ini kerana cerita Tok Janggut ini adalah berdasarkan sejarah secara keseluruhannya, jadi jika ada sedikit yang diubah, itu mungkin akan mendatangkan pendapat yang mengatakan kita telah mengubah sejarah. Kesnya berlainan jika Tok Janggut ini diadaptasikan menjadi sebuah cerita yang lain. Mengubah elemen cerita sudah pasti tidak menjadi masalah.
Untuk babak tersebut, 'moment' yang senyap tanpa sebarang audio sudah cukup berkesan. Lagipun, hanya beberapa saat sahaja.

Adegan perang, pasukan Tok Janggut bertempur dengan tentera Inggeris di Kampung Dalam Pupoh. Dalam pertempuran itulah Tok Janggut terbunuh. Adegan tersebut ditunjukkan secara mati dibunuh bergilir-gilir, setiap seorang menggunakan senjata berlainan (parang, kapak, keris) bagi membezakan antara setiap watak. Teknik menggunakan jalur kain berwarna merah untuk menunjukkan darah terpancut keluar dilakukan dengan kemas. Dan akhir sekali ketika Tok Janggut dibunuh, dia sempat menyebut yang dia bukan penderhaka terhadap Sultan yang mana mampu memberi impak pada klimaks cerita tersebut. Tambahan, Dr Shark memegang kain kuning ketika saat Tok Janggut mati merupakan simbolik 'tercemarnya' kedaulatan raja dengan darah merah. Audio bagi babak pertempuran itu bagi saya perlu diteliti lagi kesesuaiannya dengan emosi babak tersebut.

Babak sebelum pertempuran, Sultan Muhammad IV bersama Penasihat British Langham-Carter dan Datuk Bentara Setia bagi saya adalah faktor-X dalam monolog ini. Stail yang saya istilahkan sebagai '3 dalam 1' itu cukup unik dan menarik. Baik dari segi lakonan mahupun rekaan kostumnya, babak ini adalah satu babak di mana perkataan 'WOW' akan terkeluar dari mulut penonton.
Dari segi rekaan kostum, Sultan Muhammad IV adalah yang lebih utama. Topeng separuh muka berwarna kuning, tengkolok Sultan dan vest kuning dikenakan. Manakala bagi watak Langham-Carter, lengan kostum sebelah kanan berwarna hitam dengan topeng berwarna putih. Bagi watak Datuk Bentara Setia pula, lengan sebelah kiri berwarna merah dengan topeng berwarna merah juga. Kedua-dua belah lengan ini kemudiaannya dililit dengan rantai berwarna merah sedikit bebas kepada tubuh Sultan. Permainan simbolik cukup baik di sini.
Namun begitu, permainan lengan bagi kedua-dua belah Langham-Carter dan Datuk Bentara Setia kurang. Adakalanya saya melihat siapakah yang sedang bercakap? Sultan atau Datuk Bentara Setia? Mungkin bagi watak Langham-Carter tidak bermasalah kerana dimainkan dengan loghat orang putih cakap Melayu. Dr Shark memainkan watak Datuk Bentara Setia dengan menukar nada suara tetapi ada ketikanya kurang konsisten.
Namun, babak ini tetap menjadi pilihan saya sebagai babak terbaik dalam monolog ini. Bukan hanya kerana kostum '3 dalam 1' yang menarik itu, tetapi permainan karaktor tiga watak berbeza.
Sebelum mengenakan kostum tersebut, saya rasa lebih baik jika kostum itu ditutup dengan kain putih bagi mengelakkan penonton paling tepi dapat melihat kostum yang disorok di belakang platform pintu berkain hitam itu.

Babak Tok Janggut berkempen menentang cukai. Permainan dalam babak ini juga menarik. Ketika Tok Janggut memanggil dan menjemput masuk Pegawai British (kalau tidak silap saya) dari pintu belakang dewan, penonton benar-benar telah 'tertipu' dan ada sesetengah yang menoleh ke belakang, sama ada benar-benar ada orang akan masuk duduk di depan atau pun tidak. Apa yang bagus di sini adalah lakonan Dr Shark yang benar-benar percaya apa yang disebutnya, lantas turut memberikan kepercayaan kepada penonton.
Dalam babak ini juga, ada adegan Tok Janggut hendak ditangkap oleh Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman dan Dr Shark hanya bermain secara 'mime' sewaktu pistol diacu oleh Sarjan tersebut. Apa yang kurang jelas adakah Tok Janggut membunuh Sarjan tersebut atau Latiff, Pegawai Jajahan Pasir Puteh. Kerana apa yang dapat dilihat, pistol diacu di belah kanan pentas (Sarjan) dan Tok Janggut menghunus keris di belah kiri pentas. Mungkin, bahagian ini dapat dijelaskan lagi.
Apa pun, pengakhir babak ini yang berbunyi "Dasar tali barut British!" cukup berkesan.

Babak sebelum itu, perbincangan bersama Ungku Besar Jeram dan seorang lagi watak yang (Tok Nik Bas, kalau tidak silap saya) tentang bagaimana hendak menentang penindasan British mengutip cukai. Mesyuarat itu dibuat berikutan kekacauan yang berlaku apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil keranahanya ada seorang petugas sahaja hingga menyukarkan orang kampung.
Tiga bangku kecil diletak di sudut paling kiri pentas (dari pandangan penonton) dan pemain menukar-nukar watak dengan mengenakan props yang berbeza pada setiap bangku tersebut. Props bagi Tok Janggut adalah serban yang dililit pada kopiah, bagi Ungku Besar adalah kain serban yang dilepaskan, dan bagi Tok Nik Bas adalah rokok daun. Transition Dr Shark menukar watak dilakukan dengan 'go-through' tanpa ada gap dialog atau menggelapkan pentas, malah menyebut dialog watak yang berikut sambil mengenakan props bagi watak yang berikut itu. Transition sebegini selalu saya lihat bagi mana-mana persembahan monolog. Ini dapat mengelakkan penonton tertunggu-tunggu untuk babak seterusnya.
Sebut tentang transition dan gap ini, baru saya teringat ada dua kali transition di mana pentas digelapkan dan Dr Shark ad-lib dalam gelap sewaktu mengenakan kostum '3 dalam 1' dan menanggalkannya semula yang mana jika kita fikir secara logik memang perlukan masa yang agak lama. Jadi, pada saya ad-lib adalah teknik yang sesuai bagi mengisi gap yang ada. Namun ia agak berisiko kerana kemungkinan ada kesilapan teknikal sewaktu pentas gelap dan akan menyebabkan pemain tidak dapat ad-lib. Maka, penonton tertunggu-tunggu dan sudah pasti sebagai pemain pentas, kita tidak mahu penonton tertunggu-tunggu. Walaupun hanya 10 saat, namun 10 saat tersebut boleh dirasakan begitu lama bagi penonton. Lebih-lebih lagi bila cerita itu sudah bergerak dengan laju ke kemuncak, minat dan semangat penonton tidak boleh disia-siakan dek gap yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu. (Sebab itu lah, dalam teater Mahsuri yang lalu, keseluruhan persembahan membosankan. Dek banyak sangat gapnya walaupun diisi dengan menutup pentas dengan curtain, menggelapkan pentas dan memasang lagu pengisi. Tapi tetap bosan.)

Saya hampir terlupa tentang watak Pembaca Utusan. Pembaca Utusan akan memukul gendang ketika hendak membaca utusan dan selepas membacanya. Gendang itu jadi permainannya yang utama. Rasa seronok memukul gendang harus lebih ditunjukkan dan juga ketika membaca utusan, mengepit gendang di celah kelengkang. Selebihnya, tidak ada sangat yang dapat saya komen kerana watak Pembaca Utusan hanya keluar dua kali. Oh, mungkin mood dan emosi pada kali pertama dan kedua keluar boleh berbeza kerana utusan yang dibaca juga berbeza. Barangkali?

Babak sewaktu Tok Janggut mengajar budak-budak kampung mengaji Quran dan kemudian didatangi oleh orang-orang kampung. Babak ini yang saya rasa sesuai bila dilakonkan dengan humor berbanding babak-babak lain. Pada pandangan saya, adalah bagus bila penonton dapat bergelak ketawa habis-habisan pada awal cerita dan suspens pada klimaks cerita dan sedih dengan kematian Tok Janggut, pejuang agama dan bangsa. Saya sebagai penonton telah dapat merasa sebegitu, cuma kalau boleh Dr Shark dapat memberikan lebih lagi sewaktu Festival Teater Perak akan datang.

Intro monolog ini adalah syair. Saya rasa kurang sesuai. Jika hendak melambangkan kekuatan budaya Melayu di Kelantan, wayang kulit, mak yong atau menora boleh dipilih. Tetapi mungkin tidak relevan bila hanya dibuat di awal cerita dan hilang begitu saja. Jika ia dibuat untuk menceritakan Tok Janggut mungkin boleh dipertimbangkan. Tetapi masih kurang relevan bila cerita ini ditamatkan dengan Tok Janggut digantung dan pencerita tadi hilang begitu saja. Cerita boleh terus dimulakan dengan Tok Janggut memperkenalkan dirinya, tetapi saya rasa ia akan mengurangkan rempah dalam resipi monolog ini. Keseluruhan persembahan harus mencerminkan Kelantan; budayanya, rakyatnya, loghatnya, keagamaannya dan ini semua akan melengkapkan cerita Tok Janggut sebagai satu pakej teater monolog yang berpotensi tinggi.

Saya rasa sudah cukup saya memberi komen yang panjang lebar di sini. Secara keseluruhannya, pementasan pada malam pertama tempoh hari lebih bertenaga, beremosi dan 'enjoyable' berbanding malam kedua. Loghat Kelantan Dr Shark juga perlu lebih diperbaiki dan dihalusi setiap patah perkataan. Ada sesekali Dr Shark menggunakan perkataan yang bukan disebut oleh orang Kelantan. Mungkin boleh disemak satu persatu perkataan yang tidak tepat. Namun, sebutan masih perlu dijaga supaya dapat didengari dengan jelas.

Apa pun, saya mengharapkan persembahan yang lebih mantap daripada Dr Shark pada Festival Teater Perak dalam monolog Tok Janggut pada 31 Mei 2009 akan datang. InsyaAllah, saya akan hadir ke pementasan tersebut jika tiada aral melintang.

Isnin, Mei 11, 2009

Unity = 1

Unity = 1

Jebat.

Mesti Hatta Azad Khan (HAK) kembang hidungnya. Tiap kali festival teater, dia punya Jebat pasti ada.

Unity = 1

Jebat.

Bagus sangat kah HAK punya Jebat? Mungkin ada Unity = 1. Cerita Jebat ini semua orang Melayu mesti tahu. Orang bukan Melayu pun tahu. Malah, ada yang berlakon jadi Hang Tuah (kalau kau tahu siapa yang aku maksudkan).

Ambil satu contoh babak. Demonstrasi. Atau tunjuk perasaan seperti yang disebutkan dalam skrip. Dalam skrip tak ada sebut demonstrasi. Oh, pandai, pandai. Sebut tunjuk perasaan. Lebih berlapis-lapis maksudnya.

Demo. Pendemo iaitu orang kampung iaitu rakyat, meminta kebenaran Dato' untuk buat tunjuk perasaan. Baiknya rakyat, nak buat demo minta kebenaran dulu. Minta permisi dulu. Minta permit.

Permintaan pertama. Tak diterima. Runding lagi. Sampai akhirnya. Orang kampung (rakyat) buat demo tutup mulut, ikat tangan dan bawa sepanduk kosong. Nah, sekarang, tunjuk perasaan apa macam tu? Tunjuk perasaan dengan hati? Siapa yang boleh dengar suara hati?

Siapa yang bodoh? Rakyat, atau pemimpin (oh, atau aku perbetulkan, penguasa)?

Nah, baru satu babak. Banyak yang tersirat. Dari politik hinggalah ke agama. Sememangnya, semunya akan berkait dengan agama.

Unity = 1

Jebat.

Jebat boleh jadi ringan, boleh jadi berat malah sangat berat.
Jebat boleh jadi mudah, boleh jadi kompleks malah sangat kompleks.

Unity = 1

Jebat.

Menonton Jebat bukan sekadar ingin melihat watak Jebat menderhaka dan kemudian dibunuh. Bukan, bukan. Itu cerita lama-lama dulu pun dah ada.
Menonton Jebat karya HAK memerlukan kita (malah mengajak kita) berfikir dengan lebih banyak.
Tapi jangan ajak penonton fikir banyak sangat nanti tak terhibur pula.

Perlu seimbang. Lawak bodoh tidak harus ditokok tambah. Lawak pandai harus, barangkali.

Unity = 1

Saksi. Wangi Jadi Saksi. Jebat. Matinya Seorang Pahlawan. Dan banyak lagi yang aku tidak sebutkan.

Unity = 1

Jebat.

Makan Taik

Teh ais tak rasa teh, tak rasa susu, rasa ais
Nasi putih lembik, berketul-ketul
Ayam goreng kunyit bertulang-tulang isi sedikit
Tom yam daging yang masam dan masam

Hidangan yang macam taik
Oh patutlah sebelah tu ada parit

Semua nak bukak gerai
Semua nak niaga makanan
Semua nak niaga kuih-muih
Walaupun makanan macam taik

Oh tak lama lagi bulan Ramadan
Makan besarlah nampaknya kita ya, kata lalat-lalat dan kucing-kucing kurap

Khamis, Mei 07, 2009

Musim Derhaka

Aku tak pandai berlakon, mengarah, mengkritik, menulis.
Ada lagi orang yang pandai dan lebih layak.

Berikut hanya pandangan peribadi sebagai seorang penonton dan bekas pemegang watak Tuah dalam teater JEBAT ini.

Lagi sekali aku katakan, aku bukan sesiapa. Hanya seorang artist wannabe. Yang hanya harapan.

(Merendah diri gila babi. Maklumlah, sekarang musim selesema! Aku rasa aku perlu pakai inhaler)



Malam I
2 Mei 2009.

Babak pertama Pengamuk dan Tuah. Ada yang tak kena. Lebih-lebih lagi ketika Pengamuk menjemput Tuah ke istana untuk ditabalkan sebagai hulubalang. Ekspresi dan reaksi Tuah kurang.

Teknikal (pencahayaan) pada malam itu kurang kemas, terutamanya lampu profile yang perlu dikawal secara manual dari belakang pentas. Teknikal di control room pada aku telah melakukan kerja mereka dengan baik.

Posture dan gesture Anwar sebagai Dato Bendahara amat baik. Begitu juga dengan penghayatan watak, variation dialog, ekspresi muka serta reaksinya. Anwar adalah pelakon lelaki terbaik pada malam pertama ini. Begitu juga dengan Tasha. Pelakon wanita terbaik pada malam tersebut membawa watak Dang Wangi. Cuma perlu berhati-hati apabila ada sesetengah perkataan yang kurang jelas didengari. Aini sebagai peneraju utama teater ini kurang dari segi energi dan emosi, hanya baik ketika babak penghujung setelah Jebat mati. Adegan tersebut amat memberi kesan pada penonton. Aku sebagai penonton turut mengalirkan air mata.

Kebanyakan pelakon kurang memberikan perhatian terhadap punchline dialog masing-masing. Seperti contoh, Sultan ada menyebut 'Segera buangkan si Tuah' dan punchline 'buang' tidak ditekankan, hanya disebut begitu saja secara laju.

Jebat, ketika memanggil orang kampung untuk memberi habuan pada mereka tidak ada energi.

Koreografi Tuah sewaktu adegan seks (dayang-dayang disimbolikkan dengan kain-kain) sudah cantik, tetapi perlu disampaikan dengan lebih menarik lagi. Tuah perlu merasai sendiri seks dan tubuh dayang-dayang secara imaginari.

Orang Kaya (Daus) perlu berhati-hati dengan sebutan dialognya. Ada yang terlalu laju dan tidak dapat didengari.

Gerak tubuh Tuah harus lebih tegap lagi sebagai seorang pendekar. Karisma sudah ada. Suaranya pun sudah ada (cuma perlu lebih Melayu). Cuma perlu dilakonkan dengan lebih baik lagi.

Pencerita ketika babak Jebat hendak dibunuh perlu nampak lebih risau lagi.


Pelakon Lelaki Terbaik: Dato' Bendahara (Anwar)
Pelakon Wanita Terbaik: Dang Wangi (Tasha)


*************************


Malam II
3 Mei 2009.

Malam kedua, JEBAT lebih hebat. Perasaan menontonnya lain daripada semalam. Semalam bosan. Penonton yang datang pun ada cakap bosan.

Lakonan Fauzan sebagai doktor pada babak pertama adalah kekok. Aku tahu, idea dia (Jebat) menjadi doktor adalah idea minit terakhir.

Pencerita (Aini) pada malam ini lebih menyerlah serba-serbi.

Dang Wangi (Tasha) tidak perform seperti malam semalam.

Pengamuk (Nik) terlalu banyak memandang ke bawah. Mungkin itu gaya dia. Tapi penonton nak tengok muka dia. Pengamuk keluar mengamuk terlalu sekejap. Ibarat sekelip mata Pengamuk masuk, kemudian orang kampung terus masuk ke dalam pentas. Ia berlalu begitu saja.

Dalam babak Pengamuk dengan Tuah, Tuah boleh main lebih lagi dengan kapaknya itu. Kelihatan dia memegang kapak tersebut secara statik sampai habis babak.

Blocking sewaktu orang kampung meminta kebenaran Datuk untuk buat demo. Juga ada orang kampung yang 'rileks' (OFF character). Izzi, yang aku perasan.

Sultan tidak menjerit seperti semalam. Memvariasikan dialognya. Tetapi tidak cukup 'sultan' lagi.

Reaksi Tuah semasa berjalan dengan Pengamuk untuk pergi ditabalkan sebagai hulubalang adalah kurang. Seperti tiada perasaan.

Teknikal pada malam ini lebih baik.

Tuah OFF character sewaktu kain-kain yang dibuat main ada benang yang tersangkut. Totally OFF.

Daus sebagai Orang Kaya masih laju melontarkan dialognya.

Babak Jebat mengamuk dan membunuh orang kampung. Ada orang kampung yang menjerit terlalu dekat dengan mic menyebabkan kedengaran suaranya begitu kuat sekali. Kedengarannya sungguh awkward.

Seperti tahun 2007, babak Jebat-Tuah masih tidak berjaya memuaskan hati pengarah. Dalam babak tersebut juga, Jebat jadi lebih meleret malam ini berbanding semalam. Tetapi ada sesetengah point yang baik. Begitu juga dengan Tuah. Sekali lagi, seperti tahun 2007. Jebat dan Tuah dalam babak ini tidak konsisten.

Babak Jebat dibunuh tidak memberi kesan pada aku. Kejap sangat kot?

Dan akhirnya, setelah aku mendengar banyak perkataan KEMANUSIAAN yang disebut oleh Pencerita, aku terfikir untuk menggabungkan KERUSI dengan JEBAT. Jadilah KERUSI JEBAT.


Pelakon Lelaki Terbaik: Dato' Bendahara (Anwar)
Pelakon Wanita Terbaik: Pencerita (Aini)




ps: Eh, adakah aku terlupa nak komen Tok Janggut? Tidak, tidak. Tok Janggut mungkin akan dikomen di dalam satu entri yang lain.

Bila Jerung Berkata

Jerung: Jemput lah datang tengok teater

Aku 1: Ala, malam lah

Aku 2: Ala, lepas kerja nak kena ambil anak di sekolah

Aku 3: Ala, jauh lah

Aku 4: Ala, habis lewat sangat

Aku 5: (Bila buat di universiti) Ala, buat lah kat Ipoh

Aku 6: (Bila buat di Ipoh) Ala, buat lah kat universiti

Aku 7: Ala, hari tu cuti lah

Aku 8: (Kalau free) Mesti tak best kan

Aku 9: (Kalau ada tiket) Kenapa mahal sangat RM 5? Biasa RM 3 saja

Aku 10: (Bila kalah) Mesti tak best kan

Aku 11: (Bila menang) Ala, rugi lah tak tengok

Selasa, Mei 05, 2009

Selasa (Tak) Selesa

Selasa pada minggu ini. Satu titik kecil daripada diri aku telah berada betul-betul di bahagian bawah di pusat sebuah sfera.

Terjaga dari tidur mati pada bermulanya waktu pejabat. Pukul 8 pagi.
Masuk pejabat lewat satu jam setengah. Workstation diduduki staf baru dari Indonesia.
Sebagai trainee yang paling tidak diutamakan. Aku berpindah tempat buat kali ketiga.
Di workstation senior manager. Tetapi tiada apa yang boleh dibuat pagi itu kerana PC yang ada tiada kabel menghubungkan monitor dengan sistem unit. Kabel kena curi.
Sebagai trainee yang tidak begitu disedari akan kewujudannya. Aku keluar mencuri tulang dengan rasa sedikit bersalah. Aku masuk semula ke pejabat dan aku dapati sebuah komputer riba sudah disambungkan di tempat baru aku. Macam rezeki dari langit. Tetapi aku tahu itu realiti.

Kemudian ada seseorang mempertikaikan tentang split personality aku. Karakter aku sebagai orang teater dan karakter aku sebagai seorang yang low profile dan pendiam dipertikaikan. Dipertikaikannya, kenapa?

Aku mungkin seorang loser. Pendiam. Tak pandai bercakap. Dan memang aku dilahirkan sebegitu. Sejak dari kecil lagi aku begitu.
Aku mungkin seorang yang aktif di atas pentas. Dan pemalas di luar pentas.
Aku mungkin seorang loser. Tidak punya ramai kawan. Tidak pandai berkawan. Tidak pandai bersosial.
Aku mungkin seorang yang seni. Aku berjaya membuat orang pening membaca tulisan aku. Dan tulisan serta kata-kata aku hanya sekadar tulisan dan kata-kata. Tidak dapat dilisankan dengan baik.
Aku mungkin tidak dapat A untuk pelajaran aku. Aku mungkin seorang loser. Aku tidak dapat sebarang anugerah. Sebarang pengiktirafan. Aku tidak punya apa-apa.
Aku mungkin seorang loser.

Selesai waktu bekerja. Aku menjalani latihan teater di taman hadapan KLCC. Aku tidak selesa dari awal hari ini. Menjadikan aku tidak selesa sehingga pulang ke rumah.

Aku mungkin seorang loser. Tidak pandai berlakon. Tidak pandai bekerja.

Mungkin saja, aku seorang loser.

Tetapi sepertimana maksud mungkin itu, aku mungkin juga seorang yang cool.


HA HA! Tak akan Akin M. menjadi seorang loser!



ps: Aku masih malas hendak menulis reviu show Jebat dan Tok Janggut.