Khamis, September 20, 2007

Suara Akin II - Episod 26 - Nama Hamba Tuah

"Nama hamba, Tuah. Hang Tuah."

"Siapakah yang benar? Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?" - Hang Tuah


Seorang lelaki berbaju Kesultanan Melayu purba telah menyelamatkan Datuk Shaari dan anaknya Shahira, daripada penjenayah. Oleh kerana orang itu cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah. Apabila jejaka itu sedar dia mengenalkan dirinya sebagai Hang Tuah pahlawan Melaka di abad ke-15. Semua orang berpendapat yang dia telah hilang ingatan, namun Shahira mula percaya dengan cerita Tuah. Seorang pesilat terkemuka mencabar Tuah bertarung. Semasa bersiar-siar ke Melaka dia ternampak sebuah potret Sultan Anuar Alauddin Shah. Tuah menyatakan bahawa wajahnya mirip Jebat. Menurut cerita, Jebat mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud setelah mengetahui Tuah dihukum bunuh dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan. Tuah menjadi marah lalu berusaha mencari jalan pulang ke zamannya untuk menyekat tindakan Jebat.


Ya.
Begitulah sinopsis filem "Tuah" yang baru saya tonton melalui cakera kompak video yang dibeli tempoh hari.
Filem tahun 1989 arahan Anwardi Jamil.
Untuk makluman lanjut filem ini dan banyak lagi filem tempatan klasik, boleh layari laman:
www.filemkita.com

Ada lagi beberapa filem yang mempamerkan watak Hang Tuah.
Umpamanya, Hang Tuah (1956) di mana watak Hang Tuah dilakonkan oleh Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee; Hang Jebat (1961) yang mana M. Amin sebagai Hang Tuah; Jalaluddin Hassan dalam filem Aziz M. Osman, XX Ray II (1995); Puteri Gunung Ledang (1961) dan Puteri Gunung Ledang (2004) dengan watak Laksamana Hang Tuah dipegang oleh M. Nasir.
Pada pandangan saya, antara watak Tuah dan Jebat yang paling saya suka ialah yang dibawa oleh P. Ramlee bersama Ahmad Mahmud (Hang Tuah), Jalaluddin Hassan dengan Razak Razman (XX Ray II).
Saya telah menonton semua filem yang disebut di atas kecuali Hang Jebat dan Puteri Gunung Ledang (1961).
PGL yang terbaru pula saya tonton secara perdana di pawagam.
Cerita memanglah hampir sama cuma gaya olahan berbeza.
Tetapi apa yang saya konsiderkan utamanya adalah bagaimana watak Hang Tuah dimainkan oleh seseorang pelakon.
Saya mahu melihat lebih banyak lagi pelakon lain membawa watak Tuah.

Hmm.. cukup banyak saya coretkan tentang Tuah.
Memanglah Tuah tidak dapat menolong manusia (sepenuhnya) (seperti di dalam ujian, kuiz atau peperiksaan akhir semester), akan tetapi jikalau ada Tuah (ada rezeki) (dan diizinkan Illahi), sudah semestinya sedikit sebanyak manusia merasai nikmat kurniaan.
Bak kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?"

Saya juga gemar dan kagum dengan motivator tempatan, Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Tuah lagi nampaknya.
Banyak juga buku hasil karangan (setelah kajian) beliau saya beli dan membacanya.
Dan pernah juga berasa obses.
Sehingga saya suka berkongsi pendapat dan pemikiran beliau pada rakan-rakan karib saya pada waktu sekolah menengah dahulu.
Sehingga saya menjadikan beliau sebagai idola saya dalam bidang penulisan.
Hinggakan saya pernah terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya penulisannya.
Dan sekarang saya sudah ada gaya penulisan tersendiri (saya rasa dan fikir).
Sedikit demi sedikit lah kita bergerak ke hadapan.
Macam dalam iklan televisyen PETRONAS tahun ini, "berjalan mesti ke hadapan, jangan ke belakang."
Lebih kurang macam itu lah bunyinya.

Sebut pasal PETRONAS, teringat pula pada malam tadi ada Majlis Berbuka Puasa Bersama PETRONAS.
Macam biasalah, setiap tahun ada.
Makan pun hebat lah.
3 Pusingan.
Berbuka, selepas Maghrib dan selepas tarawih.
Namun saya tidak mengambil peluang menerima rezeki tersebut.
Sebaliknya, saya berbuka puasa bersama-sama dengan rakan teater saya di gerai makan di luar.
PETRONAS nak buat majlis, TTS pun buat majlis.
Tak sangka (dan terlupa juga) sebenarnya saing pula dengan majlis buka puasa PETRONAS.
Tetapi saya tidak kisah sangat.
Nak kurangkan makan jugalah Ramadhan ini.
Sebelum ini saya agak kuat makan.

Senarai Impian/Harapan (Wish List): Semua VCD filem Melayu lama.
Yang original. Sebab boleh tahan murah VCD lama ni. Hehe..
Filem baru saya boleh tonton di pawagam atau melalui perkongsian fail (file-sharing) di kampus.


Salam tuah.
Salam filem klasik tempatan.
Salam berbuka puasa PETRONAS.

1 ulasan: