Selasa, September 18, 2007

Suara Akin II - Episod 25 - Hobi Observasi

Saya ada satu hobi.
Memerhati.

Observasi, istilah setelah modenisasi.
Memerhati alam ciptaan Tuhan.
Sambil menikmatinya.
Memerhati makhluk ciptaanNYA.
Sambil memikirkan pelbagai ragamnya.
Mungkin asal saya pendiam mencederungkan saya ke arah observasi.
Asal saya yang agak lama untuk saya atasi, setapak demi setapak, selangkah demi selangkah menjadi lebih baik dan maju.
Sehinggalah saya menjadi apa yang saya jadi sekarang.
Dahulu hitam itu cukup pekat komposisinya.
Fraksi kehitaman dalam campuran sifat dan sikap cukup melemahkan jiwa mata dan hati.
Jika tidak berpaksikan aqidah, tauhid pada Yang Esa.
Dahulu hitam itu terlalu sukar untuk diputihkan.
Yalah, mana mungkin mudah manusia melunturkan hitam menjadi putih?
Tetapi boleh dan mungkin jadinya apabila semuanya ditegakkan pada dasar keyakinan yang teguh kukuh.
Akhirnya, kejayaan dicapai dengan izin rahmatNYA pada segi putihnya hitam dari kepekatan tegar.

Saya ada menghadiri sebuah program Neuro-LingusiticProgram pada pertengahan tahun 2007 ini.
Dari program tersebut, ada satu bahagian yang menggalakkan kita untuk menajamkan deria.
Kalau mahu tajamkan deria melihat, kita peka akan perubahan pada sekeliling kita dari segi visual lah.
Kalau hendak tajamkan deria mendengar pula, peka pada setiap bunyi pada suatu masa (atau setiap masa?). Jika pada suatu ketika itu banyak bunyi yang terhasil di atmosfera, kita dengar semuanya dan kenal pasti.
Jika hendak tajamkan deria rasa, kita hayati apa yang kita sentuh, apa yang kita rasa seperti makan atau minum; bila makan kita hayati dan nikmati, bila kita memegang sesuatu kita betul-betul memahami akan zahirnya.
Itulah beberapa contoh.
Saya pun pernah mencuba.
Tetapi masih belum dapat melakukan dengan konsisten.

Observasi salah satu hobi terpencil saya.
Observasi dengan niat penajaman deria.

Salam observasi.
Salam hobi.

Ramadhan al-Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan