Selasa, September 04, 2007

Suara Akin II - Episod 20 - Sinopsis

Macam tak ada kerja saja dua entri sekaligus satu malam.
Padahal simulasi kitar kuasa kombinasi gas-stim belum siap sepenuhnya.
Masih separuh jalan.
Itu pun sebab ada beberapa konfusi dalam solusi.
Tidak mengapa, entri ini hanya mengambil masa yang sekejap saja.

Suka saya siarkan sinopsis dua karya saya dalam bentuk skrip.
Kedua-duanya tidak siap 100%! (dalam erti kata jalan cerita yang memuaskan).
Tapi di sini saya sudah sinopsiskan.

Pertama:

Sketch: "Just Like Malaysia".

Two brothers from Australia are visiting Malaysia. One got lost. They are separated. The story focuses on the younger brother, who tries very hard to find his elder brother. Many 'obstacles' are being faced--he has to face through 'weird' things happen in Malaysia.

Sebenarnya skrip ini saya sediakan atas desakan (atau arahan? I think it's more to 'desakan') oleh person-in-charge persembahan teater/sketsa sempena Freshies' Talent Night (FTN) Minggu Aluan Siswa (MAS) Jan 2007.
Waktu itu, kampung saya sedang dilanda banjir (musim Johor banjir teruk sebab bala'/musibah - wallahualam...) dan saya pun menaip skrip tersebut ketika rumah sedang dimasuki air banjir yang begitu 'menyeronokkan'.
Sepatutnya saya sendiri yang disuruh mengarah skrip tersebut tetapi memandangkan kampung banjir, patutkah saya meninggalkan kampung dan balik ke UTP sedikit awal hanya kerana mengarah sebuah skrip murahan (yang terdesak) itu?
Saya sendiri pun mengutuk skrip saya murahan kerana memang cerita itu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan, kecuali ia merupakan skrip sketsa Inggeris pertama saya yang pernah dipentaskan.
Selain daripada itu, saya rasa tidak selesa melihat skrip sebegitu rupa dipentaskan oleh budak-budak junior.
Tetapi ada juga yang terhibur.
Tak tahulah saya bahagian mana yang menarik???
Itulah yang saya katakan.. "Student UTP ni kalau tengok teater/sketsa pelik! Yang serius depa dok gelak! Aduhai...."
Tapi, tidak kisahlah.
Sebab bukan saya yang arahkan skrip tersebut.
Saya fikir hendak buat musikal. Tetapi mungkin tidak ada penyanyi.
Saya juga ada selitkan musikal rap. Tetapi mungkin tidak ada rapper.
Oh ya, sebenarnya saya dikehendaki menghasilkan satu cerita bertemakan Visit Malaysia 2007, tetapi nampaknya orang tak faham dengan tema di sebalik cerita saya itu.
Mungkin masa itu saya masih kuat berkias dan berlapis berlapik dalam pengkaryaan.
Macam biasa, banyak juga yang saya sindirkan di sebalik mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007.
Sindiran itulah yang saya selitkan dalam perkara-perkara pelik yang dua orang adik-beradik Australia itu hadapi di Malaysia.
Ada juga beberapa bahagian yang diubahsuai oleh si pengarah.
Dan ada juga kesalahan tatabahasa Inggeris yang telah dibetulkan oleh junior sendiri.
Huhu.. Tak apalah. Tak sempat nak semak tatabahasa.
Terlalu desperado dalam pembikinan skrip!!!

Tetapi saya masih ingat, pelakon utama yang membawa watak Ah Chong ada bakat.
Suara pun kuat. Satu MAIN HALL dengar tu...
Dan saya lihat dia lah yang telah menghidupkan cerita saya itu.
Bila ada pelakon lain yang bersuara perlahan..................... Aduhai.........
Penonton pun tak dengar, jadi tak sampailah mesej sindiran yang saya nak sampaikan.
Tetapi tak mengapalah, itu cubaan pertama saya dan juga pengarah.

Kedua:

Teater: "Sang Pari-pari"

Ya... seperti yang saya pernah katakan dalam entri sebelum ini, saya akan siarkan sinopsis teater cubaan saya yang pertama iaitu Sang Pari-pari.

Pari-pari tidak tahu asal-usulnya. Dia sendiri tiada nama, tiada identiti sebenar. Tetapi dia tahu tugasnya memerhati dan seterusnya menjaga keamanan di dunia manusia dengan kuasa jelmaan dan ajaibnya.

Namun usahanya banyak yang tidak berjaya. Malah dia makin kerap menyaksikan kerosakan di dunia. Pari-pari kemudian bertemu dengan Ahli Nujum bernama Serman, yang kononnya menemani pari-pari untuk kembali bangkit dan bersama-sama berjuang untuk keamanan. Namun, Serman merupakan gunting dalam lipatan, telah memperdaya pari-pari atas arahan Sang Darujana. Serman dan Pari-pari berentap setelah Pari-pari sedar akan helah dan tipu daya Serman.

Adakah Pari-pari akan mati di tangan Serman? Bagaimana pula dengan perjuangan keamanan Sang Pari-pari?


Saya berharap skrip ini akan dipentaskan suatu hari nanti.
Tidak lama lagi pula TTS akan mengadakan Pertandingan Monolog & 'Mime' pada bulan Oktober nanti, iaitu selepas cuti hari raya puasa.
Setiap pelakon TTS akan membuat persembahan secara solo sama ada MONOLOG atau MIME.
Dan saya pula telah diarahkan untuk bermonolog "TUAH".
Jadi, pelajar UTP sekalian, bolehlah menyaksikan para pelakon TTS (terkini seramai 17 orang yang berstatuskan pelajar UTP, kalau tidak silap saya lah & mana tahu barangkali yang sudah bekerja akan turut sama sertai? Hehe..).

Salam sinopsis.
Salam sketsa.
Salam teater.
Salam karya.
Salam monolog.
Salam mime.
Salam pari-pari.

PEACE!

2 ulasan:

  1. uish... mcm menarik jek pari2 ni... ingin pula sy memegang watak serman...

    BalasPadam
  2. huhu.. boleh saja abg lut. watak serman watak ahli nujum/bomoh. memang sesuai nak jampi sana jampi sini.. kroohh.. krruhhhh... kikukokokut~

    BalasPadam