Sabtu, September 15, 2007

Suara Akin II - Episod 24 - Ralat Sintaks

Ops! Maaf. Ada ralat. Ralat sintaks.
Seperti kebiasaan orang tersilap operasi kalkulasi lantas terpapar di kalkulator.
Tapi kalau orang bisa ralat sintaks di mulut, tidak ada amaran, tidak ada mesej kesilapan.
Hanya impak pada diri orang lain, diri sendiri; hati orang lain, hati kita sendiri.
Ralat sintaks mulut, ralat sintaks hati jiwa.

Semalam yang murni juga saya telah membawa balik sebuah novel Faisal Tehrani yang terbaru berjudul Tuhan Manusia dan sebuah lagi yang agak nipis bertajuk Nama Beta Sultan Alauddin.
Selain itu dua set cakera kompak video (VCD) cerita lama iaitu Mr Os dan Tuah lakonan Jamal Abdillah juga telah berjaya saya masukkan dalam koleksi saya.
Nampaknya saya makin gemar menonton cerita-cerita lama.
Juga membaca karya-karya sastera penuh makna.
Ternyata sudah jiwa seni saya tidak dapat diselindung lagi.

Saya suka melakukan perkara yang orang tak biasa lakukan.
Perkara yang pelik pada pandangan orang biasa.
Contohnya, mengambil masa purata seseorang itu untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Saya dapati bahawa seseorang yang tidak terganggu konsentrasinya, tidak ada berbual-bual dan seumpamanya dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM dalam masa 30-40 saat.
Yang terpantas saya pernah lakukan adalah dalam masa 30 saat.
Itu tidak termasuk mengambil resit yang saya tidak mahukan.

Itulah, satu contoh perbuatan yang tidak memberi sebarang makna pada orang lain, tetapi sudah pasti apa yang saya lakukan, saya tahu apa yang saya mahukan dari segi maksud.

Semalam saya berpeluang berbuka puasa di atmosfera kampung.
Di rumah nenek rakan serumah saya.
Di Ipoh juga.
Apa yang saya paling sukai pada waktu berbuka puasa mahupun bersahur adalah air teh panas.
Dan juga kuih-muih.
Seperti di kampung saya juga.

Sesungguhnya atmosfera kampung tidak dapat ditandingi oleh UTP akan keharmoniannya.
UTP hanya gah di mata dunia dari segi arkitektur.
Tetapi saya tidak mahu berkata tentang masyarakat UTP, amnya.

Ingat semua, ralat sintaks yang saya katakan cukup merbahaya jika tidak berhati-hati.
Jadi, berwaspadalah.

Salam Ramadhan Mubarak.
Salam waspada anggota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan