Selasa, September 11, 2007

Suara Akin II - Episod 22 : +2 -2 +7 +2

Saya sudah serik!

Jumaat yang lepas saya berjaya pulang ke kampung halaman.
Ada rezeki nampaknya dari sini ke KL kemudian terus menaiki bas yang lain ke BP dan tiba pada pukul 1 pagi lebih hari Sabtu.
Macam biasa, bila sudah lama sedikit tidak menjenguk kampung, agak banyak yang telah berubah dan terasa aura kelainannya.
Begitu pun, apa yang saya dapat lihat, Sri Gading hangat menyambut Merdeka 50 dengan bendera-bendera Malaysia dari yang kecil hingga besar, dihebatkan pula dengan terdirinya gah pintu-pintu gerbang di hadapan simpang masuk beberapa buah kampung yang agak terkenal dalam lingkungan terdekat.
Tak ketinggalan juga banner-banner yang dicetak khas terpapar cantik potret kelima-lima Perdana Menteri Malaysia dari yang awal hingga terkini.
Hebat!
Tapi saya tidak rasa boleh dibanggakan.
Jika hanya luaran sahaja yang hebat bagus baik mantap dan segala macam terma perkataan mengagungkan sesuatu.

Di rumah tidak banyak yang sempat saya lakukan.
Boleh dikatakan saya pulang ke kampung hanya untuk merehatkan keseluruhan jasad dan minda.
Tidak juga sempat untuk meronda-ronda kampung.
Maklumlah, bukan cuti panjang.
Ahadnya saya sudah kena pulang semula ke UTP.
Perjalanan balik saya kurang baik sedikit rezekinya.
Tetapi saya tetap redha menghadapi.
Lagipun macam sudah biasa dengan kesusahan dalam perjalanan pergi-balik jarak jauh menaiki bas.
Macam-macam hal pernah dilalui.

Ramadhan tiba lagi.
Bersyukur kita semua hambaNYA jikalau diizinkan bertemu dengan bulan kemuliaan bulan keberkatan ini.
Bulan inilah yang dinanti-nanti dalam setahun.
Tetapi di sebalik penantian Ramadhan, ada juga sesetengah yang menanti-nanti akan Syawal.
Yalah, manusia pelbagai citarasa.
Semuanya bergantung pada iman.
Tepuk dada, tanya iman.

+2 jam perjalanan ke Johor Bahru
-2 jam perjalanan dari JB ke Ayer Hitam semula
+7 jam perjalanan ke Sitiawan
+2 jam perjalanan balik ke UTP

Lakukan kiraan, 9 jam perjalanan total dari JB ke UTP.

Salam dari kampung.
Salam bendera bergerbang hebat.
Salam Johor Bahru.
Salam Sitiawan.
Salam uncle teksi caj tambang jauh lebih murah.
Salam bas haram.
Salam Larkin.
Salam Bandar Baru Uda.
Salam 9 jam.
Salam Ramadhan.
Salam iman.
Salam Sabtu 21 buat diri saya pada 3 Ramadhan 1428.

1 ulasan: