Rabu, Januari 05, 2011

PRA 22 - 10 Bulan Sebelum Pasca

kadang kala teringin juga nak tulis sesuatu fasal persiapan perkahwinan aku. kalau orang perempuan yang tulis blog ramai sahaja yang rajin kemaskini perkembangan persiapan perkahwinan mereka. ya lah, orang perempuan katakan. orang lelaki? entahlah. mungkin sebab ego lelaki itu sendiri yang merasakan dia tak perlu tunjuk keterujaan dia dan ceritakan pada orang awam. ya lah, lelaki kan banyak sahaja egonya. jadi sebagai salah satu langkah kecil bagi aku untuk mengawal tahap ego lelaki, jadi aku nak cerita sedikit juga lah fasal persediaan perkahwinan aku. aku tak mahu cerita tentang pelbagai pendapat tentang persediaan perkahwinan. ya lah, ada yang berpendapat nak kahwin kena buat majlis besar-besaran sebab sekali sahaja. dan ada juga yang merasakan majlis besar-besaran itu tidak perlu, yang lebih penting adalah urusan pernikahan itu. aku tak mahu cerita sangat fasal perkara tu sebab tujuan aku tulis kali ini adalah untuk kongsi persediaan perkahwinan aku nanti. yang nak kahwin bukannya orang lain, diri kita sendiri juga dengan pasangan kita. tapi biasanya yang lebih sibuk-sibuk orang lain. tak mengapalah, itu namanya keterujaan yang cemerlang.

kami telah merancang tarikh pernikahan kami pada 11 November 2011. hari Jumaat. memang sengaja pun nak buat pada tarikh tersebut. dari waktu tunang lagi dah angan-angan nak buat pada tarikh tersebut. tak kisahlah kalau ada yang berpendapat tarikh cantik tak penting sebab memang tak penting pun. yang penting kami akan selamat halal nanti. kendurinya pula pada 12 November 2011 di bukit beruntung, rawang, selangor, insyaAllah. itu belah perempuannya lah. belah lelakinya pula pada 19 November 2011 di parit raja, batu pahat, johor. jadi sesiapa yang rasa nak datang bolehlah catit tarikh-tarikh tu di kalendar masing-masing. buat masa ini itulah tarikh-tarikhnya. apa-apa perubahan nanti tunggulah kad jemputan yang rasmi.

11 NOVEMBER 2011 - Majlis Akad Nikah

12 NOVEMBER 2011 - Walimatul Urus (Belah Perempuan)

19 NOVEMBER 2011 - Walimatul Urus (Belah Lelaki)

nampak macam lama lagi tapi sekarang ni masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. jadi aku rasa tak lama lagi kami dah kena mula buat persiapan apa-apa yang patut disiapkan. sebenarnya tak mula apa-apa lagi pun. baru fikir-fikir saja apa yang perlu dibuat. aku buat entri ini pun sebab nak ingatkan kat diri sendiri juga yang aku tak boleh berkhayal lagi. kena berpijak di bumi yang nyata.
  1. Urusan rasmi pernikahan - Jabatan Agama Islam. Ini macam biasalah, urusan borang-borang apa semua.
  2. Kursus kahwin - dah lama buat dah. haha
  3. Katering dan makanan
  4. Kanopi dan set-set meja kerusinya
  5. Kad dan cetakan - mungkin aku nak design sendiri he he
  6. Hantaran dan cenderamata tetamu. - Hantaran kali ini dah tak banyak dah. Waktu tunang hari tu dah banyak sangat dah. Warna tema kali ini cadang aku hitam-emas dan biru gelap-silver. Tapi tengok juga citarasa perempuannya. Lelaki tak kisah sangat rasanya. Ikut sahaja. He he.
  7. Butik dan busana. - Tak ada idea pun nak pakai baju pelik-pelik atau lain daripada lain. Pakai yang macam biasa sahajalah. Yang penting aku dapat pegang keris tiruan tu LAGI. (Teringat waktu jadi Sultan bangsawan...)
  8. Pelamin dan hiasan. Kat kampung aku tak nak buat (ya lah tu), jadi kalau nak tengok, datanglah di majlis pihak perempuan.
  9. Solekan dan andaman.
  10. Fotografi dan videografi. Ni antara yang terpenting jugak ni.
  11. Persembahan? Teater / mime lah apa lagi! Itu pun kalau diaorang nak buat free.
rasanya okaylah ni. harap-harap dipermudahkan segala urusan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan