Selasa, Januari 04, 2011

PRA 21 - Nasi Lemak Itu Apa Sebenarnya?

Skrip penuh Nasi Lemak Seposen (NLS) aku baru selesai melalui fasa penapisan oleh Lembaga Penapisan Teater Jerung. Sebelum selesai penapisan aku ditemuduga dengan satu soalan yang aku sendiri yang buat soalan tu dalam skrip aku tu. "Nasi lemak itu simbolik untuk apa?" Jawapan aku mudah hanya satu perkataan sahaja. Tapi aku tak nak dedahkannya lagi pada orang ramai. Biar yang datang menonton menjawabnya sendiri nanti.

Babak pertama sememangnya babak yang perlu jadi paling kuat, paling menarik, paling best, paling power sebab nak tarik perhatian penonton supaya tengok sampai habis. Lebih kurang konsep 10-minit terawal dalam filem lah. Babak pertama dalam teater NLS itu sengaja aku judulkan "Nasi Lemak Itu Apa Sebenarnya?".

Nasi lemak, pada pandangan aku, dan juga mungkin pada pandangan Namewee adalah suatu makanan yang diterimamakan oleh semua rakyat Malaysia. Jadi, karya NLS aku ini sememangnya khusus untuk rakyat Malaysia. Lagipun sebuah karya itu seharusnya mesra dan dekat dengan masyarakat (walaupun pengkaryanya tak mesra rakyat pun ha ha).

Komen Lembaga Penapisan Teater Jerung memberikan aku idea tambahan untuk menguatkan lagi intipati teater ini. Nak tahu apa dia? Kenalah tunggu dan tonton teater aku ini. Tidak akan dipentaskan di Kuala Lumpur sebelum Festival Teater Kuala Lumpur selesai tahun ini. Hanya akan dipentaskan di luar kawasan KL. Rancangan yang terdekat adalah di UTP. Tak payah susah-susah nak tarik crowd. Student memang ramai saja yang datang tonton.

Sebolehnya aku nak campurkan sebanyak mana elemen seni yang boleh dalam teater NLS aku ni (Nasi Campur). Aku tak guna teknik atau konsep sistem Stanilavski atau Artaud "theatre of tragedy" atau Bretch "epic theatre" atau Grotowski "experimental theatre" dan "poor theatre". Tapi aku guna teknik "Shark's Acting Method".(Okaylah, mungkin aku guna sedikit sistem Stanilavski tu.. dan juga Grotowski sedikit. Tapi sebab aku bukannya belajar pun menatang tu semua, yang aku belajar Shark's Acting Method, jadi aku gunapakai apa yang aku belajar saja lah. Nanti kalau aku cakap aku guna teknik-teknik yang dah terkemuka tu nanti aku dikata tak layak pula sebab aku bukan belajar teater pun...)

Shark's Acting Method lebih menjurus kepada people-oriented theatre atau "theatre to people". Idea utamanya adalah untuk menyampaikan mesej tersirat supaya penonton dapat mengambil iktibar dalam bentuk komedi dan menghiburkan. Shark's Acting Method (SAM) ini mengambil pendekatan yang dekat dengan penonton. Hasil lakonan kebanyakannya ditekankan dan dihadapkan kepada penonton, tidak hanya kepada watak yang lain di atas pentas. SAM jgua menekankan konsep di mana sesebuah teater itu hanya berkesan apabila ianya dapat didengari dan dilihat oleh penonton.

Apa pun aku kena edit skrip NLS tu lagi. Dan lepas tu baru aku mula sesi scriptreading dan interpretation dengan para pelakon. Kali ini aku ada buat sesi interpretation. Bagi pelakon faham siap-siap apa yang aku fikir tentang "Nasi Lemak Itu Apa Sebenarnya?". Kalau kau orang fikirkan sesuatu yang lucah, itu sangat jauh sekali daripada fikiran aku. Ia lebih mendalam daripada apa yang ramai orang akan fikirkan tentang kelucahan itu. HA HA! Kelucahan itu kan sesuatu yang klise. Ia diterima oleh semua orang yang ber-

Itu hint.

Dan oleh sebab aku jenis yang tak keluar ilham waktu latihan (keluar ilham waktu sedang bersendiri saja), haruslah aku design sedikit stage play aku tu nanti. Jangan fikir engineering saja ada detailed design.


p/s: Tengah cari krew belakang tabir yang power-power. Stage Manager macam dah ada. :P 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan