Isnin, Jun 29, 2009

Sepagi Bersama Isteri

Hujung minggu yang lalu aku sempat berbual-bual sewaktu bersarapan pagi bersama isteri tentang satu perkara yang cukup tipikal - DUIT. Berhidangkan nasi lemak telur dadar comel berserta secebis ikan masin, kuih karipap, air milo dan nescafe ais. Pagi-pagi sudah minum ais. Seorang pak cik pernah pesan pada aku dulu-dulu, tidak elok orang laki minum ais pagi-pagi.

Duit itu penting dalam hidup manusia. Tak ada duit, tak ada hidup.
Tidak benar 100% jika seseorang itu menyatakan bahawa duit tidak penting.
Namun, kita, mesti kena ada senarai keutamaan/kepentingan atau dalam bahasa penjajah, Priority List.
Bilangan perkara dalam senarai tersebut boleh jadi banyak, boleh jadi sikit bergantung kepada cara dan gaya hidup serta matlamat hidup seseorang itu.

Akhir zaman ini memang bahaya dan mencabar. Duit menjadi matlamat nombor satu dalam hidup. Duit adalah satu-satu benda yang dikejarnya, yang ingin diperolehinya, sehingga satu tahap yang paling membahayakan - duit dikejar tanpa mengira cara baik atau jahat, halal atau haram.

Isteri aku berkongsi kisah benar tentang seorang jururawat yang betul-betul jenis inginkan duit. Di wad tempat isteri aku bekerja, kalau seorang jururawat itu tak dapat bekerja pada shif yang telah ditetapkan kerana ada hal penting, dia boleh mengupah jururawat dalam satu wad yang sama (yang tidak bekerja pada shif yang ditetapkan itu) untuk bekerja untuknya. Satu jam RM10. Jadi, satu shif biasa adalah selama 7 jam. Jadi, boleh dapat RM 70 upah kerja untuk orang lain.

Jadi pada satu shif malam (shif malam adalah selama 10 jam), hari itu adalah hari private nurse di sebuah wad private. Private nurse ini ditentukan oleh seorang sister. Kebetulan isteri aku bekerja pada shif malam tersebut bersama dengan seorang lagi nurse senior. Kebiasaannya, kerja nurse pada shif malam tidak begitu sibuk. Hanya feeding (bagi makan/minum) pada pesakit-pesakit ikut jadual yang dah ditetapkan. Jadi, boleh tidur dalam sela masa jadual feeding tersebut. Jadi isteri aku tidur. Nurse senior itu pun tidur. Tapi, isteri aku tidak tahu menahu tentang hari private nurse tersebut dan siapa yang sepatutnya ditugaskan sebagai private nurse di wad private tersebut. Nurse senior itu yang sebenarnya bertanggungjawab sebagai private nurse tetapi dia telah tidur sepanjang malam tanpa buat kerja. Yang buat kerja, siapa lagi, sudah tentu isteri aku (yang secara noobnya tidak tahu menahu tentang hari private nurse itu).

Jadi, nurse senior itu dapat duit RM 100 setelah tidur sepanjang malam.

Kadang-kadang kita patut bertanya pada diri kita sendiri:

"Gaji fresh grad RM 3500. Belum campur elaun lagi. Duduk bujang. Awek tak ada. Tapi duit tak cukup jugak. Menyimpan pun tak ada. Kenapa duit asyik tak cukup tiap bulan ni?"

"Aku grad CGPA aku bagus, 3.50 lebih. Aktiviti ko-kurikulum aku pun banyak. Tapi kenapa susah nak dapat kerja?"

*"Kita juara masa di Festival Teater Perak, tapi kenapa kita tak pernah layak masuk peringkat kebangsaan?"

Ini semua kerana BERKAT.

Mungkin, mungkin saja:

Duit gaji kita tidak berkat. Kita ada ponteng kerja. Kita malas buat kerja. Kita cari macam-macam alasan pada bos kita, pada rakan sekerja kita. Pendek kata, kita tidak jujur dalam kerja kita. Boleh jadi sebab itu, duit gaji banyak mana pun, kita akan sentiasa rasa tidak cukup kerana duit itu tidak berkat. Dan, boleh jadi juga rezeki kita dapat tidak melalui cara yang halal. Macam dalam kisah benar nurse senior yang aku ceritakan tadi. Banyak lagi contoh yang kita dapat lihat. Berniaga menipu pelanggan, sudah pasti tidak berkat. Berlakon atau bekerja dalam sebuah produksi filem/teater dengan pelakon memegang tubuh yang bukan muhrim, ini juga tidak berkat. Untung atas angin, tidak buat apa-apa tapi dapat duit. Ini pun sama.

Mungkin ijazah (ilmu) yang kita peroleh itu tidak berkat. Kita ponteng kelas. Kita malas buat assignment. Kita tiru assignment. Tiru dalam ujian, peperiksaan. Tidak hormat pensyarah. Dan macam-macam lagi. Kita tanya pada diri kita sendiri. Kadang kala, kita nak dapat kerja yang baik yang sesuai dengan kehendak kita. Kalau boleh lepas habis belajar boleh terus dapat tawaran bekerja di tempat yang kita inginkan dan sebagainya. Tetapi, kita sedar yang kita susah nak dapat kerja. Permohonan sana sini, temuduga situ sini. Tapi masih tidak ditawarkan bekerja. Dan akhirnya, kita bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan pun dengan ijazah yang kita peroleh. Kemudian, mereka yang dalam golongan begitu menyifatkan ijazah (ilmu) itu sebagai sesuatu yang 'wasted', iaitu membazir.

*Mungkin kemenangan di peringkat negeri itu tidak berkat. Sebab ketua kumpulan bodek-bodek pihak penganjur, pihak juri. Sebab pelakon yang bukan muhrim saling berpegang tangan, berpelukan atau seumpamanya. Mereka layak lepas di peringkat negeri saban tahun tetapi sejak sekian lama tidak layak masuk ke peringkat kebangsaan. Mungkin saja, kemenangan itu tidak berkat. Mereka tidak berlaku jujur dalam setiap tindakan mereka.


Apa yang aku nyatakan di sini hanya kemungkinan saja. Sebab yang menentukan sesuatu itu berkat atau tidak hanya Tuhan saja. Dia sajalah yang memberikan keberkatan.

Rezeki yang kita peroleh itu mestilah yang halal, dengan cara yang halal, dari sumber yang halal. Dan dibelanjakan/digunakan untuk tujuan yang halal.


Barulah ada KAF BA RA KAF TA ALI NUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan