Khamis, Jun 11, 2009

Isu Lebih Panas & Hangat Hanya di Perak Darul Kontroversi

Public Service Announcement

F*ck this warning: Dear all f*cking readers, please f*cking imagine your-f*cking-selves as you are in motherf*cker's country. Let's have f*cking fun and enjoy f*cking your eyes reading this motherf*cking post.

Okay okay.
Bunyi ekstrim gila babi.
Babi tak gila. Tapi orang macam babi yang gila.
Sahabat-sahabat gua yang baik, alim ulama', nerd, boleh abaikan kewujudan gua di dunia fana ni buat beberapa minit membaca entri ni.
Tapi gua rasa lu orang pun tahu kan gua ada dua personaliti.
Sebab kali ni gua nak kutuk pasal Festival Teater Perak 2009.
Gua ulang, gua nak KUTUK. Bukan komen atau kritik secara membina.

Lu orang nak komen, bagi nasihat atau seumpamanya boleh bagi terus di sini. Gua terima dengan sebaik-baiknya.
Lu orang boleh anggap gua kutuk tanpa menurut akal, mengikut emosi semata-mata. Gua terima apa saja lu orang nak kata kat gua.
Tapi pastikan, lu orang ada pengalaman berteater.
Kalau lu orang tak ada pengalaman berteater tapi nak komen atau bagi nasihat kat gua yang gua tak baik mencarut atau mengutuk orang lain, gua terima juga.
Tapi ingat, gua memang ada dua personaliti.
Dan kedua-duanya wujud dan muncul ikut masa.
Dan masa selepas keputusan Festival Teater Perak 2009 adalah masa personaliti kuat carut gua muncul.

Okay okay, gua tukar mode.
Takut takut ustaz dari celah mana masuk dan baca blog gua ni, mampus gua kena gam!

Pertama sekali, aku tidak menonton persembahan teater kumpulan lain. Hanya kumpulan "Jebat" sahaja. Jadi, awal-awal lagi aku bagi tahu yang aku tidak ada bukti/fakta kukuh dan hanya mendapat input daripada rakan-rakan yang ada menonton. Tambahan, entri ini juga hanyalah pendapat aku semata-mata. Dan mungkin ada yang berpendapat bahawa kalah menang adat pertandingan. Buat makluman, TTS telah menyertai FTP sejak ENAM (6) tahun yang lalu dan memenangi tempat kedua dan ketiga sepanjang penglibatannya. TTS konsisten dan TTS sedar dan tahu apa (politik teater Melayu di Perak, ya, bukan takat politik BN-PR saja) yang berlaku sejak dari dulu hingga sekarang.

Senarai teater yang dipertandingkan (baca: pertandingan) dan
Keputusan Rasmi Festival Teater Perak 2009 [Klik]



Komen ketua juri, En Hassan Jali:

"Mutu dan kualiti persembahan sederhana"

Akin M sambung: "... dan hanya satu kumpulan sahaja yang dapat mementaskan teater dengan berkualiti secara ensemble"

"Pelakon tidak menggunakan ruang pentas sepenuhnya"

Akin M sambung: "... sebaliknya ada kumpulan yang menggunakan ruang penonton. Ruang pentas tidak dimanfaatkan."

"Skrip yang dibawa adalah skrip lama dalam 10-20 tahun yang lalu"

Akin M sambung: "... kerana para peserta sedar kalau bawa karya baru, dikatakan sebagai kabur dari segi pengisiannya berdasarkan sejarah FTP sebelum ini yang mana karya baru/sendiri tidak dapat diangkat menjadi juara. Jadi semua memilih untuk membawa karya sasterawan negara yang lama-lama yang diiktiraf dan ada potensi untuk menang. Dah nama pun pertandingan, mestilah setiap kumpulan ada hasrat nak menang wei!"



Komen:

Pemilihan bagi anugerah-anugerah oleh juri-juri nampak seperti dibahagi-bahagikan ikut suka hati sendiri (atau hasil perbincangan?) terhadap kumpulan yang menang persembahan terbaik dari tempat ketiga, kedua dan pertama. Lihat di bawah, apa yang meragukan apabila "Imbas" yang memenangi tempat pertama hanya berjaya meraih Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Manakala "PIBB" meraih Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.

Set Terbaik - “Jebat”
Set Jebat adalah minimal. Apakah benar para juri 'suka' akan konsep set minimal? Kalau ikutkan adat para juri sebelum ni, mereka akan pilih set terbaik yang cantik-cantik, contohnya Set Terbaik FTP 2007 (Syajar - pokok yang besar dan sukar dibuat). Apa pun, Akin M. memandang positif perkara ini yang mana para juri memahami bahawa Set Terbaik dinilai berdasarkan penggunaan set yang tepat oleh para pelakon.

Pelakon Harapan Wanita Terbaik - ("Malam Jahanam")
Akin M. boleh bersetuju dengan pemilihan juri bagi anugerah ini kerana UiTM baru pertama kali menyertai FTP. Dan khabarnya, persembahannya juga tidak begitu mengecewakan dan memang layak meraih satu anugerah sebegini. Teruskan usaha UiTM untuk FTP akan datang!

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Jebat ("Jebat")
Mungkin pada pandangan juri, pemilihan anugerah Pelakon Harapan ini adalah subjektif, tidak perlu mengikut fakta bahawa watak Jebat adalah WATAK UTAMA. Mungkin saja. Apa kata juri? Juri dah tak berkata apa selepas tamatnya FTP... Mungkin dah TAK TERKATA.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Timah (”Imbas”)
Sayangnya, aku tidak menonton. Kalau tidak dapat aku komen apa yang patut.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Busu (”Penunggu Pusaka”)
Tiba-tiba, "Penunggu Pusaka" dapat anugerah yang agak tinggi. Mungkin, macam aku katakan tadi, pemilihan anugerah pelakon pada pandangan juri adalah subjektif. Kalau ikut definisi watak berdasarkan skrip yang asal, watak Busu adalah adik kepada Alang, berusia 17 tahun, berperangai gila-gila bahasa. Senang cerita, watak Busu ini kelakar lah. Mungkin juri lebih memandang aktor atau aktres yang dapat mewujudkan suasana. Mungkin saja sebab aku tak tak tonton (Ah, sayangnya kalau tidak tulisan aku ini lebih tepat dengan fakta).
Bagi aku, aktor/aktres harus dinilai berdasarkan aspek-aspek penting lakonan:
1. Emosi - Aktor/aktres yang berjaya menunjukkan beberapa emosi berbeza dalam karakternya adalah yang baik
2. Ekspresi
3. Natural (Sangat penting dalam teater realism, pada pendapat aku lah..)

Pelakon Wanita Terbaik - Zaiton (“Perempuan Itu Bernama Barabah”)

Pelakon Lelaki Terbaik - Banio (”Perempuan itu Bernama Barabah”)

Pengarah Terbaik - "Imbas"
Oh, ada kumpulan peserta yang lain mengatakan si Pengarah Imbas ini berjumpa dengan juri tiap malam! Bersungguh-sungguh nampaknya dia hendak 'berteater'. Lagipun, pelik, ganjil sedikit bila "Imbas" hanya menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.. tetapi tiba-tiba Pengarah Terbaik lantas menjadi Juara.

Kalau ikut adat festival teater sebelum ni, kumpulan yang juara akan meraih anugerah (1) Pengarah Terbaik dan (2) Pelakon Wanita/Lelaki Terbaik. Ini boleh dikatakan sebagai 'wajib menang' oleh Juara. Tetapi, tidak pada FTP 2009 kali ini. Yang menang Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik dua-duanya dari PIBB. Dan PIBB pula ada isu lain.


"PIBB" sepatutnya kena disqualify (kalau juri benar-benar ikut peraturan yang dinyatakan secara jelas dalam syarat-syarat dan peraturan pertandingan) sebab:

1. Menggunakan ruang penonton

Mengikut BUKU PERATURAN DAN SYARAT (PERTANDINGAN TEATER) KUMPULAN NGO/IPT, FASAL 4: DISIPLIN PENTAS (4.2) - Ruang Lakon hanyalah DIBATASKAN kepada pentas prosinium sahaja. Lakonan di ruang duduk penonton adalah DILARANG.

2. Melebihi masa persembahan maksimum (sebab ini tidak kena disqualify tapi berapa banyak sahaja markah yang dipotong? Huh, format pengadilan pun hanya juri dan penganjur saja tahu!)

FASAL 5 : MASA PERSEMBAHAN
5.1 Masa persembahan setiap kumpulan mestilah dalam tempoh 45 Minit dan TIDAK MELEBIHI 90 Minit (1 Jam 30 Minit). Persembahan yang kurang atau lebih dari masa yang ditetapkan akan dipotong markah.


Dan mana-mana kumpulan yang ada memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dailog atau kostum yang dipakai atau unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia (contoh, Issandra):

FASAL 4.5 Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dailog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

(Nak tengok itu semua, pergi layan porno dalam internet lah wei. Berlambak ada!)

Aku ada ajukan satu persoalan terbuka kepada warga TTS yang harus difikirkan oleh semua.
(Walaupun tak ramai lagi yang respon)

Antara redha dan berjuang.

Mungkin ada setengah daripada kita (TTS) yang redha dan terima kekalahan (ketidakadilan) ini. Namun begitu, isu sebegini adalah isu yang sama sejak 6 tahun yang lalu.

Persoalannya, wajarkah TTS dengan erti kata perjuangannya redha dengan kekalahan, atau haruskah TTS atas dasar perjuangannya memperjuang haknya untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan?


Secara keseluruhannya,
"Jebat" membawa pulang TIGA (3) anugerah
"PIBB" membawa pulang TIGA (3) anugerah
"Imbas" membawa pulang TIGA (3) anugerah

Jadi, siapa yang layak jadi JUARA seterusnya ke Festival Teater Malaysia 2010?

Apa pun, kita tunggu dan lihat perjuangan yang masih diteruskan. Perjuangan sebenar Jebat dan Tok Janggut yang tidak akan mati. Perjuangan yang sebenar, yang tidak bersempadankan 'pertandingan'.

6 ulasan:

  1. tggu 2 tahun lagi baru ko post ko nih kene hentam.. hahahahaha

    BalasPadam
  2. Kenapa terlalu marah?.. Saudari dambakan kemenangan? Saya masuk dan menyertai festival ini bukan sebab nak menang. Nak jadi juara. Nak dapat anugerah. Malahan hari pengumuman keputusan pun saya dah pulang ke johor bahru. Mungkin apa yang saudari katakan ada betul mungkin juga salah. Pada saya, niat.. Adakah iklas sesuatu yang kita lakukan atau ingin mendapatkan pengiktirafan? Jadi jangan la kita bergaduh bermasam muka. Ambilah kembali anugerah itu kalau saudari rasa dari pelakon produksi saudari yang layak. Saya turut serta hanya sekadar belajar dan menimba pengalaman.

    BalasPadam
  3. Opss.. Maaf saya fikirkan anda perempuan. Bukan menghina atau apa.. memang betul2 tersilap. maaf 1000x

    BalasPadam
  4. terima kasih saudara sebab sudi singgah dan memberi komen. apa pun, saya tidak menyertai kali ini, hanya menonton kerana sedang sibuk praktikal di KL. namun, emosi yang dilahirkan oleh ahli2 lain yang menyertai telah mengalir ke diri saya juga. jadi, saya minta maaf jika saya terkasar bahasa. apa pun, teruskan usaha dan perjuangan anda dalam bidang ini.

    ps: memang nama samaran saya ramai yang anggap sebagai perempuan! hehe. dan lagi satu, isu-isu sebenarnya ditujukan kepada pihak penganjur yang memberi alasan yang direka2 kenapa kena disqualify.

    BalasPadam
  5. Oh.. Salam perkenalan.. Akin.. nama saya E.D..
    Kami faham.. Sebab kami pun mengalami masalah semasa FTP tempoh hari. Dengan orang teknikal yang sombong dan berlagak. Kami hampir putus asa. Kami agak baru dalam FTP ini dan sudah sedia maklum tentang kreadibility TTS. Memang penganjur agak pincang dalam segi pengurusan. Lihat saja promosi yang dilakukan. Bagaikan hanya orang golongan teater saje yng mengetahui tentang FTP ini. Tapi itu bukan soalnya. Biarlah mereka dengan kerja mereka kita dengan cara kita dan FTP bukanla satu2 nya medium utk berteater.

    Mungkin apa yang dikatakan oleh anda ada betulnya. Tapi ada beberapa info yang boleh saya perjelaskan. tentang lakon di tempat penonton. Mungkin kawan2 anda tidak tahu semua itu bukan lah pelakon. hanyalah pemuzik iringan dan bukan pelakon. Extra turn sahaja. Perempuan Itu bernama Barabah hanya mnggunakan 4 orang pelakon. Bayangkan hanya 4 orang dengan skrip yang panjang dan berat dan perlu disampaikan dalam dialek indon. Juga membuatkan ia terlalu berat kerana kami sudah diberi tahu bahawa semua juri memegang skrip kami maknanya kami tidak boleh lari walaupun sedikit dari skrip. (Mungkin semua orang tahu.. Aku je tak tau sebab 1st timer. haha.) Dan juga tentang karya ini, pada pendapat saya ia bukan lah karya percisan. Walaupun ianya realisme dalam komedi ianya sarat dengan sindiran masyarat. Ianya banyak menggunakan sub-text yang perlu di dalami dengan mata hati. Tapi apapun teater sangat subjektif kerana ianya bergantung pada taste juri. Tiada satu skema jawapan yang tepat dan boleh diguna pakai. Pada saya kita semua adalah pemenang kerana berjaya mementaskan produksi masing2. Itu yang lagi penting. Proses latihan, persiapan, kerjasama, sabar, komitmen dan lain2 adalah anugerah yang lebih berharga. Itu sudah cukup membuat kita rasa berjaya.

    Saya ada membaca blog2 saudara tentang teater. waa mungkin satu hari nanti saudara akan menjadi aktivis teater yang terkenal di malaysia. Syabas atas usaha dan komitment yang dicurahkan. Mungkin saudara sudi berkongsi dengan saya tentang aktiviti2 yang anda semua lakukan dalam scene teater ini. cheers!

    BalasPadam
  6. terima kasih E.D sebab sudi memberi penjelasan lanjut. saya juga dah difahamkan yang menggunakan ruang penonton tersebut adalah pemain muzik. seperti yang saya sebut, saya hanya dapat info dari rakan-rakan saya yang hadir menonton. dan saya memang dah tahu kebiasaannya pemain muzik memang akan duduk di bahagian bawah. jadi, saya tidak ada masalah dengan perkara tersebut. mungkin ada rakan saya juga yang tidak biasa melihat teater yang ada pemain muzik, jadi wujud rasa tidak puas hati.

    yang penting kita lakukan yang terbaik untuk penonton dan diri kita sendiri. cuma, kami hampir tidak tahan akan 'permainan' politik teater yang ada. hal yang sama juga berlaku di Selangor. saudara boleh tanya advisor saya Dr Shark yang banyak pengalaman di KL, Selangor sebelum ke Perak.

    apa pun, salam perkenalan! =)

    ps: abaikan tulisan saya yang 'ekstrim' sikit ni. saja nak bagi panas. hehehe

    BalasPadam