Rabu, Jun 10, 2009

Isu Panas di Perak

Fuh! Dah lama gila babi gua tak conteng arang di sini. Ini pun gua terpaksa sebab tulisan gua yang panas-panas ni takkan lah mahu letak di ruang minimalis?

Jadi, gua rasa ramai yang dah tahu (buat-buat tahu sudah lah) yang team teater gua masuk bertanding dalam Festival (Pertandingan) Teater Perak 2009 dan berjaya menang ....... [usha link ni untuk tahu keputusannya]


Isu 1:

Tok Janggut disqualified sebab membawa banyak watak dan bukan dikategorikan dalam 'monolog', tetapi 'monodrama'. Walaupun dalam monodrama itu sendiri ada monolog. Namun begitu, Issandra dan Petalawati Diri juga turut membawa banyak watak. Dan di Festival Negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur, monodrama layak dipertandingkan dalam kategori monolog. Malah, skrip sudah dihantar awal-awal lagi sebelum pertandingan bermula, kalau benar skrip Tok Janggut tidak layak kenapa tidak beritahu awal-awal? Siapa nak jawab?

ps: Ada juga pegawai kebudayaan sana kata Tok Janggut kena disqualify sebab pakai mask performance!


Isu 2:

Perempuan Itu Bernama Barabah (UPSI) menggunakan ruang penonton. Ini jelas sekali melanggar peraturan seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat dan peraturan pertandingan. Isu ini juga sama seperti kemenangan Tragedi Tanjung Puteri (UPSI) bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Si Bongkok pada FTP 2007.
Jika juri (atau pihak penganjur?) benar-benar mahu ikut peraturan, mahu disqualify sebab itu sebab ini, kenapa kumpulan lain yang telah jelas melanggar peraturan tidak kena disqualify? Ada sesiapa yang nak beri penjelasan?

ps: Tiada kebebasan berkarya.


Gua tak kisah kalau sesebuah kumpulan itu menang sebab persembahan yang mantap dan tidak ada melanggar peraturan yang dinyatakan. Tapi gua kisah sebab ada 'peraturan' yang direka-reka selepas habis pertandingan, sewaktu keputusan diumumkan tatkala ada pihak yang buat pertikaian, 'Kenapa kena disqualify?'.


Konklusi: Perak memang sentiasa ada isu.

5 ulasan:

  1. Memang bikin panas lepas baca apa yang jadi.

    BalasPadam
  2. teringat pulak bila TTS dikritik kerana selalu kalah disebabkan membawa skrip sendiri berbanding skrip sasterawan.. tapi tahun nih da terbukti, bukan tts kalah disebabkan skrip.. tapi disebabkan ..... (sila isi tempat kosong, tidak lebih dari 50 patah perkataan. hadiah menarik menemui anda~)

    BalasPadam
  3. saya antara mangsa dari kekejaman ini...pasal isu no 2 tu....

    BalasPadam
  4. Saya hendak menjawab kepada persoalan saudara mengenai pertikaian menggunakan ruang penonton kepada Kumpulan Teater PIBB dari FSM UPSI. Adakah saudara benar2 faham akan konsep prosenium? Yang kedua, PIBB secara jelas tidak langsung menggunakan ruang penonton semasa teater berjalan. Persembahan keroncong permulaan adalah satu persembahan selingan utk dinikmati oleh penonton. Saudara boleh email saya utk keterangan lanjut. isyhar@yahoo.com

    BalasPadam
  5. isyhar,

    saya sudah dijelaskan hal sebenar oleh salah seorang pelakon PIBB yang menggunakan ruang penonton hanya pemuzik. saya tidak hadir waktu itu jadi saya hanya dapat input dari rakan-rakan saya yang lain.

    maaf jika tersalah kata. hehe.

    BalasPadam