Khamis, Jun 25, 2009

(Kepupusan) Perempuan Melayu Terakhir

Kemaskini.
Sebuah filem Erma Fatima.



Itu dia. Sebuah lagi filem Melayu klasik yang baru gua layan beberapa hari yang lalu. Filem ini banyak mempersoalkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Di sini gua nak quote beberapa keratan dialog dalam filem ini. Untuk difikirkan oleh segenap pembaca sekalian. Terutamanya. Melayu. Islam.

Filem ini dimulakan dengan permainan wayang kulit. Cara tipikal untuk menggambarkan budaya Melayu. Kemudian, cerita bermula dengan sebuah teater. Skrip teater Inggeris tersebut oleh Hishammudin Rais. Berjudul "Umbrella" barangkali. Dan dalam panggung teater tersebut, digambarkan hanya beberapa orang saja yang nonton. Itu pun ada yang telefon bimbit berbunyi dan dijawabnya, ada yang sudah lentok terlena dan macam-macam lagi ragam audiens. Yang fokus nonton hanya pengarah dan ahli produksi yang lain.

Kemudian. Seperti biasa. Ada cast party. Semasa cast party, Haikal (John gelarannya) iaitu penggiat teater rasa tidak kena:

Keratan 1

"Hey, John. Why are you so depress? Relax. Takkan you tak tahu Malaysian audience. Mana diaorang tahu appreciate teater semua ni."

"Yeah, I mean John, especially English play. You know, c'mon. Don't put yourself on the same level with them. Isn't that right?"


Apabila Haikal berniat nak buat teater Melayu.

Keratan 2

"Aku nak jadi Shakespeare Melayu"

"Shakespeare tak ada Melayu, John."

"If you nak buat teater Melayu, you kena cari jiwa Melayu yang dah lama hilang dalam diri you tu."



Mustika seorang penari. Tunangnya Engku Leh, fundamentalis agama.

Keratan 3

Kamu dah sesat. Saya tak akan biarkan kamu terus sesat.

Bukti apa yang Abang Engku ada mengatakan yang saya sesat?

Kamu tanya diri kamu sendiri. Di mana kiblat kamu sekarang? Mana akidah kamu?

Apa saya perlu canang pada seluruh dunia memberitahu yang saya Islam?

Berkopiah, berjubah, bertudung litup. Apa itu baru Islam pada pandangan abang?

Saya mahu kamu jadi wanita solehah, Mustika. Bukan dengan pekerjaan maksiat tu.

Abang Engku tak ada hak mengatakan yang seni itu maksiat.

Soleh atau tidak saya sebagai perempuan adalah antara saya dengan Tuhan.

Baliklah ke pangkal jalan, Mustika.

Abang Engku yang patut balik ke pangkal jalan. Islam tidak pernah memaksa dan Islam tak mahu umatnya berpecah belah. Abang Engku tak ada hak untuk menghukum seseorang atau untuk meletakkan Islam atau tidak seseorang itu.


Engku Leh melaungkan azan.

Laungan azan jadi latar.
Voice over.

Keratan 4

Pak Engku:
Melayu itu bermula dari sumpah dan janji, dari kesetiaan dan ketaatan, dari rasa saling hormat menghormati.
Itulah bermulanya empayar melayu.
Maka itu, kita melayukan budaya pinjaman kita.
Kita lembutkan hati Sri Rama, kita sopankan Sita Dewi, kita lahirkan taat setia dalam diri Hanuman.
Lebih senang mengIslamkan Melayu.
Senang untuk Parameswara bangkit di suatu pagi dan menyahut seruan Islam.

Mustika:
Kita lihat saja sejarah melayu turun temurun.
Hanya kerana seorang wanita negeri sanggup diranapkan.
Mahsuri dilembing hingga mati.
Sang Sapurba sanggup berjanji jika dia menzalimi rakyatnya, maka takhtanya akan terbalik.
Dan janji itu semua hanya kerana mahu mengahwini Puteri Demang Lebar Daun.
Dan sampai saat ini semuanya boleh terjadi apa saja hanya kerana seorang wanita.

Pak Engku:
Kamu sebenarnya tidak pernah lupakan Melayu kamu.
Cuma mungkin kamu malu dengan Melayu, kamu rasa terhina jadi Melayu.
Kamu anggap falsafah Barat itu tulen.
Dahsyat orang putih ni ya.
Dia tak dapat jajah kita seperti dulu, dia jajah otak anak bangsa kita.

Engku Leh:
Apa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu?
Falsafah hidup bangsa Melayu kita dah semakin kabur.
Dan menghasilkan watak Melayu yang berdilema.
Kekeliruan tentang akar dan umbi tergantung-gantung di awangan.
Barat entah ke mana.
Timur entah ke mana.



Setelah Engku Leh sedar perbuatannya yang ekstrim menyerang Haikal dengan pedang.

Keratan 5

Engku Leh:
Manusia adalah pedang.
Tuhan pemain pedang tersebut.
Sedangkan dunia adalah batu tempat pengasah pedang itu.
Timur hanya melihat Tuhan.
Tidak lagi tampak olehnya dunia yang bagai batu pengasah.
Barat telah menembusi batu pengasah tadi tanpa menyedari Tuhan yang menggengam pedang itu.
Buka mata lebar-lebar kepada Tuhan.
Itulah agama.



Di tengah-tengah filem ini juga ada diselitkan tentang teater "Uda dan Dara" karya Usman Awang. Mustika dan Haikal dengan pendirian masing-masing berdialog berfalsafah tentang status dan pangkat. (Gua ada usaha nak baca karya itu tapi sangatlah panjang dan ia lirikal)

Di akhirnya filem ini pula, Haikal berjaya mementaskan teater "Perempuan Melayu Terakhir".

1 ulasan: