Isnin, Jun 22, 2009

Misi Seorang Misi

Hujung minggu lepas. Aktiviti biasa gua, jalan-jalan dengan misi gua. Kasihan juga gua kat misi gua sebab jarang dapat cuti hari Sabtu atau Ahad (Kasihan juga kat diri gua sendiri bila dah hidup bersama nanti ha ha). Jadi kalau dapat jalan-jalan pun hanya sekejap dan natijahnya sudah pasti keletihan melampau. Tiba-tiba gua rasa orang yang kerja guna fizikal sama saja keringatnya dengan orang kerja guna mental. Ke, tak sama? Sebab pada pandangan gua, mental berkait rapat dengan fizikal, fizikal berhubung rapat dengan mental. Apakah ada persamaan atau ketaksamaan antara mental dan fizikal? Hmmmm.... Kemudian, ada pula elemen spiritual! Tiba-tiba lagi gua terbayang ESQ yang mahal nak mampus. Haha!

Misi gua kerja dalam wad yang meletakkan pesakit-pesakit kronik seperti strok, dan erm.. dan ada lagi lah gua pun tak dapat ingat dengan baik sekarang ni. Hehehe. Tapi yang penting pesakit dalam wad tu semua stail yang tak boleh gerak dan kena pakaikan pampers, kena dimandikan oleh misi-misi (nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan). Jadi misi gua ni sudah banyak kali juga hadapi pesakit kronik yang mati. Gua repeat, mati.

Terbaru yang mati, okay okay gua tukar, terbaru yang meninggal dunia adalah kanak-kanak baru berusia 13 tahun. Eh, kejap kanak-kanak ke remaja? Ah, tak kisahlah. Jadi misi gua dan rakan-rakan misi yang lain berusaha yang terbaik melaksanakan CPR bergilir-gilir (lagi sekali, nasib baik gua bukan jenis yang cemburu buta kan) tatkala darah terus mengalir keluar dari hidungnya dan kakinya sudah terjulur lurus menandakan Izrail sudah memanggilnya berjumpa dengan Tuhan. Innalillah.

(Menjerit mak budak tu)

Doktor sahkan, virus JE (masih ingat JE?) sudah merebak ke seluruh sistem tubuh budak tu.
Lihat, babi. Babi juga salah kan. Isk isk. Bukan bukan tak boleh salahkan babi. Tak boleh double standardkan babi. Babi juga kan ciptaan Tuhan?

Jadi, sentiasalah mengingati mati.
Okay okay, gua tambah. Ini juga pesanan untuk diri sendiri.

Dan, yes yes yes gua dah boleh menulis balik!
(Lagipun flu flu ini sudah berkurang dan hampir sembuh nampaknya)
Syukur.

Nyata, flu flu ini menjerat hidung gua.
Tidaklah sampai sesak nafas.
Sumbat-sumbat saja. Hidu bau wangi tak masuk.
Hidu bau busuk tak masuk.
Tapi gua memang respek sama Raja Buah, bau dia memang tahap dewa menusuk hidung flu flu walaupun tersumbat.
(Sekarang musim ke?)
Kuman flu ini melekat pada darah seni aku.
Komputer minda lagging. Selalu hang.
Papan kekunci lidah pula tertanggal aksara-aksara, karakter-karakter, simbol-simbol, alfabet-alfabet. Kebanyakannya sukar ditekan. Tekan sikit tiada output. Tekan kuat-kuat baru ada output. Ciplak ke? Made in mana ni? Made in Taiwan? Made in China? Bangladesh? Tapi ada baju T ZARA lelaki Made In Bangladesh!

Jaga jaga flu flu ini impak dia maksima
Jaga jaga flu flu babi
Babi babi ni jangan buat main-main.
Babi punya hal lagi. Isk isk. Tak boleh tak boleh salahkan babi. Babi kan ciptaan Tuhan juga?

Habis tu, nak salahkan SIAPA?

Babi? Atau.. 'babi'? (Kalau lu tahu apa maksud gua lah... Haha)

Perlukah kita menghaiwankan babi? Atau.. memanusiakan 'babi'?

Aktivis teater sekalian, selain memanusiakan manusia, manusiakan pula 'babi' okay?


ps: Tiga Es memang tidak minimal. Dan adakalanya normal adakalanya abnormal. Kalau adakalanya paranormal, gua bukak parachute terbang jauh dari alam ghaib.

2 ulasan: