Jumaat, Jun 19, 2009

Input Salah = Output Salah

Sebelum ni gua ada tulis pasal isu-isu teater di Perak.
Dan sudah ada orang-orang luar TTS yang memberi komen baik di blog gua atau blog TTS (hasil usaha gua bikin) kalau ada yang tak tahu lagi, kenapa alamat blog tersebut tak sama dengan nama TTS http://tronohtheatershop.blogspot.com seharusnya http://tronohtheatreshop.blogspot.com sebabnya gua dulu-dulu dah lama buat blog TTS senyap-senyap cuma gua tak siarkan kat khalayak.

Apa yang gua nak tulis kali ni adalah perihal penggunaan ruang penonton oleh salah sebuah kumpulan yang bertanding.
Pada mulanya, gua ingat yang guna ruang penonton tu adalah pelakon. Tetapi rupa-rupanya hanya pemuzik. Maka, salah faham telah wujud ditambah lagi dengan peraturan yang tidak dijelaskan.
Umumnya, pemuzik tidak akan duduk di ruang pentas. Kalau kau orang pernah tengok teater-teater yang ada pakai pemuzik, kau orang tahu lah. Sebab tu lah, gua sarankan kat kau orang semua, cuba nonton show orang lain. Memang kau orang akan kecewa kebanyakan masa tetapi kau orang akan lebih terdedah dengan pelbagai variasi teater yang dipersembahkan. Ada peluang nak nonton teater luar, ambil peluang tersebut.

Gua dapat input kurang tepat, tulisan gua pun jadi kurang tepat, orang-orang luar ramai baca blog gua ni last-last gua jugak yang kena.

Gua minta maaf secara terbuka kalau gua tersalah fakta.

Tapi yang faktanya, watak Si Bongkok dalam Tragedi Tanjung Puteri (FTP 2007) memang jelas menggunakan ruang penonton tapi tetap menang Pelakon Lelaki Terbaik! Yang ni gua yakin.

Kalau ada yang tak setuju, kau orang tikam gua balik. Ini hanya pendapat gua saja.

Satu lagi cadangan yang gua dah lama keutarakan, akan datang jemputlah mana-mana aktivis untuk nonton show kita dan boleh dapatkan feedback orang luar terhadap show kita. Setakat mengharap penonton budak UTP bagi komen tak berapa berkesan gua rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan