Isnin, Jun 22, 2009

(Cubalah) Berlari ke Langit (kalau sampai)


Hujung minggu lepas gua layan filem Melayu agak lama.
Oh ya gua memang rakyat Malaysia yang sapot filem Malaysia.
Dan gua respek sama orang lain yang sapot filem Malaysia, macam misi gua.
Yang tak sapot filem Malaysia atas alasan filem Malaysia tak berkualiti, gua tak peduli.
Gua pula bila layan, bila filem sucks, gua kutuk. Filem best, gua thumbs up.

Gua layan sentuhan sutradara Bade Hj Azmi, Berlari ke Langit.
Rosyam Nor dan Fasha Sanda (gua pernah nampak dia masuk Toy 'R Us KLCC dengan dua orang budak kecik terus gua usha, gua rasa artis wanita perlu tonjolkan natural beauty lebih daripada betis, peha, cleavage, pusat dan dot dot dot) peneraju utama.
Gua konfiden mesti ramai tak tahu yang filem ini wujud di alam fana' ni.
Tak apa tak apa sekarang lu orang dah tahu.

Ada satu babak dalam filem ini yang menarik hati dan minda gua.
Ya ya gua tahu filem-filem Bade bosan-bosan belaka (haha maaf bro Bade, gua saja mahu propa). Tapi babak yang gua nak quote balik dialog dia ni memang serius shit menarik sanubari gua:


Yasmin (Fasha Sanda) dan Indra (Rosyam Nor) duduk di atas batu di sebuah bukit di pesisir pantai.

Bukhari (Hasnul Rahmat) bersama sahabat-sahabat seperjuangannya lengkap berjubah berserban datang menegur Yasmin dan Indra.


Yasmin:
Assalamualaikum

Bukhari:
Waalaikumussalam. Inikah yang dinamakan cinta? Seorang gadis yang bergelar guru dianggap mulia dari segi agama berdua-duaan bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya di tempat yang tiada manusia lain.

Yasmin:
Mungkin tempat indah ini dicipta Tuhan untuk insan seperti kami yang tahu mengguna ke arah kebaikan.

Bukhari:
Apa yang anti boleh dapat di sini melainkan membuat keburukan?

Indra:
Apa benda yang kami buat?

Bukhari:
Apa lagi kalau bukan dua orang yang-

Yasmin:
-dua orang yang berjiwa halus, tahu menghargai ciptaan Tuhannya. Tengok kecantikan sekeliling kamu ni. Apa yang kamu nampak?

Bukhari:
Anti tak perlu mengajar ana. Haram tetap haram.

Yasmin:
Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak jatuhkan hukum itu?

Bukhari:
Anti tahu apa yang anti cakap? Tahu?

Yasmin:
Ayah saya seorang guru agama di universiti Islam di Madinah dan saya mempunyai ijazah dari UIA. Saya faham sangat hal-hal hukum hakam Islam ni. Tapi kalau kamu semua bersusah-payah panjat bukit ni semata-mata nak menjatuhkan maruah kami, terserlah. Sebab tiada yang jahat yang kami lakukan di sini selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Dan Indra pun telah melamar saya, dan saya menerimanya.

Adik Indra:
Kak Yasmin, kak, marilah tengok ni. Marilah tengok. Cantik!


Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar.


Yasmin:
Bukhari, boleh senyum sikit? Senyum satu ubat percuma anugerah Tuhan. Sia-sia kalau tak gunakannya.


Bukhari senyum tak ikhlas. Bukhari dan sahabatnya yang lain beredar terus.



Oh ya, Yasmin tidak bertudung. Indra pula seorang nelayan yang buta huruf dan pernah terkandas di lautan selama sebulan dan putus cinta pada kekasihnya dulu yang sudah bertunang dengan Bukhari sewaktu dia pulang ke darat.

Babak ini memuatkan paparan terhadap realiti cara pendakwah (Bukhari) terhadap orang yang tidak tahu agama secara mendalam (Indra) dan seorang lagi yang belajar agama tetapi tidak mengamalkannya sebagai cara hidup tetapi masih percaya pada Tuhan (Yasmin).

Pada sudut pandangan gua, babak ini juga memaparkan sifat manusia yang pasti ada kekurangan. Tiada manusia yang sempurna. Manusia, ada kelebihan dan ada kekurangan pada setiap seorang. Bukhari seorang yang kuat agamanya tetapi kurang dari segi cara penyampaian dakwahnya dan pandangannya terhadap orang yang tidak kuat agama. Indra seorang yang tabah dan disenangi oleh orang-orang kampung tetapi buta huruf dan tidak mampu menuntut ilmu. Yasmin pula seorang guru yang belajar agama tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya (tidak mengamalkan agama secara menyeluruh).

Seperti biasa yang gua sampaikan dari dulu sampai sekarang, hakikatnya tetap satu dan hakikat yang satu itu adalah hakikat yang perlu dicari oleh setiap manusia yang diberi ruang untuk hidup.

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim. (Eh, gua rasa dah masuk ruang minimalis ni)
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.

DIA ada (eh, terparodi black komedi karya SEFA) sejak azali dan akan terus ada abadi. DIA adalah Maha Esa, Maha Kuasa.

Segala keseronokan dunia hanya sementara.
Misalnya sangat dekat dengan diri kita.
Seronok berteater, manisnya hanya sementara. Manisnya pula perlu dijaga. Manis dunia boleh jadi racun hati. Pahit dunia boleh jadi penawar.
Seronok bercinta, indahnya hanya sementara. Indahnya pula perlu dijaga. Indah dunia boleh jadi kesusahan di sana. Kesusahan dunia boleh jadi keindahan di sana.
Seronok menang anugerah Teater Terbaik dan Segala-Macam-Mak-Nenek-Anugerah Terbaik hanya sementara.
(Kenapa gua ada bau-bau unsur menyindir ni?)

Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Setelah tiada lagi ruang, tiadalah jirim, tiadalah jisim. Tiadalah kita, tiadalah manusia dan makhluk ciptaanNYA yang lain. Yang hanya yang ada hanyalah DIA.
Selagi ada ruang, ada masa, ada peluang, ada rezeki, ada keizinan, berbuatlah baik pada diri sendiri, pada diri orang lain dan pada DIA.
Selagi ada ruang, ada jirim, adalah jisim.
Ruang milikNYA, jirim milikNYA, jisim milikNYA.



ps: Inilah jadinya bila darah AB mengalir dalam tubuh gua. Sah-sah split personality telah berlaku dalam satu entri! (Sebenarnya gua baru discover yang gua ni split personality tahun lepas...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan