Selasa, April 07, 2009

Soloman

Seorang staf sokongan di pejabat berkata kepada aku. Lone ranger duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Orang handsome duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Aku rasa dia tidak cucuk bodek.

Jadi lone ranger. Bukan mudah. Perlu kental. Dalam masa yang sama berkawan dengan ramai orang. Dan ada beberapa orang kawan baik yang boleh dipercayai. Kawan baik yang tak boleh dipercayai tak payah cari. Kalau dia datang pun, halau saja. Ha ha.

Lone ranger. Kena buat banyak perkara secara solo. Perkara asas dalam hidup. Contohnya makan. Sesiapa yang tak pernah makan secara solo, bolehlah cuba. Satu contoh lagi, buang air. Ha ha. Ini memang kena buat solo. Tapi bagi pasangan suami isteri mungkin ada pengecualian. Peredaran zaman juga telah merubah manusia. Satu lagi contoh aktiviti solo adalah masturbasi. Baiklah, kita langkau ke perenggan seterusnya.

Jadi lone ranger kena sedar dan ingat satu perkara. Perkara ini paling penting. Iaitu. Kita tidak boleh hidup seorang diri sepanjang masa. Kita masih perlukan bantuan orang lain. Di saat kita memerlukan. Kuncinya adalah keseimbangan.

Bagi lone ranger. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Menggerakkan plot hidup secara kemas walaupun berat. Berdiri di atas kaki sendiri sudah pasti lebih mendekatkan diri dengan diri sendiri dan Pencipta. Cukup dekat. Terlalu dekat.

Lone ranger berhak memperoleh kebahagiaan hidup secara solo. Dengan adanya kunci keseimbangan, rasa sunyi tidak menghantui, sebaliknya memberi ruang yang lebih untuk diri memerhati, berfikir dan merasai.

1 ulasan:

  1. aku rasa aku lone ranger gak. tp kalau bab makan kat cafe, aku takleh sorang2. kena ada teman utk borak. why? kadang2 aku rasa diperhati dan membuat aku tak selesa. lebih baik kita amik jalan selamat. dan ada tapi lg, kalau takde orang teman, gi bungkus makan kat bilik, pasang movie. hahaha.

    aku miss makan2 kat kafe ngn my osmet dulu2.

    BalasPadam