Rabu, April 22, 2009

Melayu (Buat yang bernama Melayu)

Melayu
(Buat yang bernama Melayu)

Oleh: Eirma Fatima
Ditaip bulat-bulat daripada buku program Muzikal Sirah Junjungan - Tahajud Cinta



MELAYU!
Melayu yang berilmu,
Melayu yang berteknologi,
Melayu yang merdeka,
Melayu yang berwawasan,
Melayu yang berkepimpinan,
ITU KAH MELAYU?

MELAYU!
KENALKAH KAU PADA MELAYU?

MELAYU YANG BERILMU,
MELAYU YANG BERTEKNOLOGI,
MELAYU YANG MERDEKA?
MELAYU YANG BERWAWASAN,
MELAYU YANG BERKEPIMPINAN,
MELAYU! MELAYU! MELAYU!

APA ITUKAH MELAYU?
APAKAH ITU WAWASAN MELAYU?
APAKAH ITU SAJA PERJUANGAN MELAYU?
APAKAH ITU PIMPINAN MELAYU?

Mim.. Lamalif.. Ya.. Wau...
Mim itu Muhammad,
Rasul yang makrifat, Roh pada hakikat,
Nabi yang memandu umat pada Tarikat,
Maka kita yang berbangsa dibumi ini memimpin umat dengan syariat.

Lamalif itu LAILAHAILLALLAH..
Kalimat tayibah penentu akidah,
Dilambang ia seperti layar agar kita semua dapat dibawa belayar.

Ya.. itu lambang makam!
Menandakan alam,
Alam ini kita selam jangan sampai kita karam,
Alam akhirat kita idam,
Pada Tuhan kitalah khadam.

Wau itu kekudusan kemudi-kemudi yang membawa
kita belayar kearah tempat yang penuh kesucian.

Jadi apakah itu Melayu?

Cukupkah kita dengan ilmu?

Cukupkah kita dengan wawasan?

Cukupkah kita dengan teknologi?

Cukupkah kita mendabik dada menjadi melayu hanya kerana
bumi yang kita pijak sudah merdeka?

Melayu!
Jadilah kita mim..lamalif..ya..wau...
Jangan dibuang Mim nya maka layulah kita

Melayu!
Jadilah kita Mim lamalif ya wau,
Bangsa yang berilmu tarikat dan
membangunkan syariat dengan sirah
Muhammad Rasulullah, menuju ke jalan
Ashhaduallailahaillallah..waashhaduannamuhammadarrasulullah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan