Khamis, April 02, 2009

3S Kembali Biasa Daripada Biasa

Oh hei, dah kembali?

(Clear throats)

Cukup sudah satu minggu aku rasa menjadi orang biasa.
Ya, orang biasa, orang biasa-biasa, biasa-biasa saja, tiada apa yang istimewa.
Orang biasa. Yang tonton AF. Yang kerja makan gaji. Yang pergi kerja awal pagi. Yang balik kerja duduk rumah tonton TV. Yang tonton berita di TV. Yang tonton drama TV selepas berita. Yang tidur selepas tonton drama TV.
Dan ya, aku telah menjadi orang biasa selama seminggu.
Tidak memikirkan dunia lain. Aku dengan dunia aku. Engkau dengan dunia engkau. Di tempat kerja buat kerja (sedikit). Balik kerja tak fikir apa-apa. Tidak fikir tentang dunia, tentang manusia. Tidak fikir tentang seni. Tidak fikir tentang teater. Tidak tonton teater. Tidak tulis blog.

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Malah biasa itu elok.
Akan tetapi jika manusia sudah terlalu biasa...

Dalam biasa ada satu.
Dalam satu itu ada dua.
Dalam biasa ada satu. Ada dua.
Yang mana satu dua, dan yang mana daripada dua itu satu?

Dalam biasa ada bias.
Dalam bias ada ia.
Dalam ia ada aku dan engkau. Ada saya dan awak.
Yang mana satu bias, dan yang mana satu biasa?

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Alah bisa tegal biasa.
Alah gigitan serangga itu aku tak biasa.

HA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan