Khamis, April 30, 2009

INT & EXT: I Love You Too

oleh Akin M.

Internal dan external. Pinjam Bahasa Omputih sekejap. Orang kata, Bahasa Omputih ni canggih. Moden. Ada kelas. Kalau orang-orang kat bandar sana tu, bila berborak cakap guna Bahasa Omputih ni lah. Aku dengar diaorang bual-bual, ternganga juga lah aku. Bukan apa, aku kagum. Kagum dengan orang sebangsa dengan aku, fasih cakap bahasa asing. Aku pun tak adalah reti sangat cakap Omputih ni.. Setakat Yes, No, Thank You, Okay tu aku retilah. Itu pun loghat tak betul. Pening lidah aku. Nak sebut Thank you pun ada mahrajnya. Ada tajwidnya. Ibarat sajalah. Tajwid ni masa nak baca al-Quran. Kita suci kita. Sebut pasal Quran ni, aku nak tanya kat kau orang semua, kau orang baca Quran tak? Eh, eh.. Kena baca.. Kena! Mana boleh tak baca. Nak tak nak kena baca. Ha, dah baca tu kenalah faham. Aku tahu, bukan senang nak faham Bahasa Arab. Bahasa Omputih pun susah, nak kena belajar bahasa Arab pula. Eh, aku kan Melayu. Buat apa aku kisah nak belajar cakap bahasa lain? Jadi, susah-susah, aku cakap sajalah bahasa Melayu ya. Atau pun aku rojak sedikit bahasa Omputih.

Dalaman dan luaran. Aku berdiri depan cermin satah. Cermin satah panjang. Boleh nampak satu badan aku. Dari atas sampai bawah. Dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Aku berdiri depan cermin tu tengok diri aku. Selalu aku tengok cermin. Lepas mandi, aku tanggalkan tuala dan berdiri menghadap cermin tu. Aku nampak diri aku yang natural. Dalam keadaan baru lahir. Suci. Macam bayi. Bayi comel. Jadi bila aku tengok diri aku tu, aku rasa aku comel. Aku tengok lama-lama diri aku dalam cermin tu. Aku tengok diri aku yang sebenar sekejap, kemudian aku tengok diri aku dalam cermin semula. Aku nak pastikan, yang diri aku dalam cermin sama dengan diri aku yang sebenar. Mana lah tahu, kot-kot tak sama ke..

Jadi lepas aku puas hati dengan diri aku dalam cermin dan diri aku yang sebenar tu, aku pun kenakanlah pakaian yang sesuai untuk aku. Aku suka pakai biasa-biasa saja. Aku pakai seluar dulu satu per satu. Seluar pun ada yang dalam, ada yang luar. Begitu juga dengan baju. Aku suka pakai baju T warna merah menyala macam saga ni. Aku suka sebab bila aku pakai, aku nampak menyerlah. Lagipun, aku tak perlu risau sebab di kampung aku ni tak ada lembu yang akan menanduk aku sebab pakai baju merah. Setakat ayam, itik, monyet tu ada lah. Oh ya, monyet kat kampung aku ni nakal-nakal. Pernah dulu ada seekor monyet masuk rumah aku ikut belakang dapur. Habis periuk-periuk disepahkannya. Kebetulan pula masa tu ada letak pisang kat meja makan. Memang tak tinggal hampas langsung. Disebat semua yang dia suka. Macam tu sekali monyet-monyet di kampung aku.

Dah siap pakai seluar dalam, seluar jeans, baju T merah. Aku tengok balik cermin. Hah! Nasib baik aku tengok cermin. Aku tak zip seluar aku rupanya. Dan nasib juga aku pakai seluar dalam. Kalau aku terus keluar rumah tadi tanpa pakai seluar dalam dan zip terbuka, habislah aku kemaluan besar nanti. Okay, aku dah zip kemas-kemas. Kemudian aku tengok rambut aku. Hmm.. Nak pakai krim minyak rambut atau gel? Ah, aku pun sapu sajalah gel pada rambut aku. Tahan lama sikit pakai gel ni. Boleh tahan sampai tengah malam. Aku pun sikatlah rambut aku. Aku tak pandai sangat menggayakan rambut aku. Rambut aku lurus dan belah tepi. Jadi, aku pun sikat belah tepi sajalah. Macam budak nerd pun ada aku tengok. Tapi, tak apalah. Awek aku tak kisah dan suka apa saja pada diri aku. Haa, aku siap-siap lawa-lawa ni sebab aku nak jumpa awek aku lah. Kami dah janji nak jumpa di KL Sentral. Kemudian naik teksi pergi Zoo. Aku dan dia pernah pergi sana dulu. Tapi masa tu tak sempat nak bergambar dengan gajah dan zirafah sebab bateri kamera dah habis. Jadi kali ini, kami nak pergi Zoo dan terus bergambar dengan gajah dan zirafah. Harap-harap gajah kat sana masih gemuk dan zirafah masih panjang lehernya.


(Bersambung..)



Asalnya, aku nak tulis entri pasal luahan perasaan sewaktu post-mortem latihan penuh Jebat tempoh hari. Ya, walaupun aku tiada di tempat kejadian, tetapi berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai (dan juga CCTV maya aku), aku sudah tahu apa yang telah berlaku.

Tetapi, sebaik saja aku taip ayat pertama.. Internal dan external.. tiba-tiba tangan aku terus laju menaip tanpa henti sehinggalah terhasil monolog dengan judul seperti yang tertera. Monolog ini hanya saja-saja dan suka-suka. Masih perlu dipanjangkan lagi sehingga wujud sebuah cerita. Cerita cinta. Kan dalam monolog ni dia nak jumpa awek dia. Dia tengah kemaruk bercinta!

Menulis monolog macam mudah, tetapi melakonkannya... Mencabar potensi pelakon. Lebih mencabar bila banyak watak wujud dalam cerita tersebut. Tak sabar rasanya aku hendak menonton Dr Shark berlakon dalam monolog Tok Janggutnya nanti. Ingin belajar macam mana dia membawa banyak watak sekaligus dalam sebuah monolog. Sebelum ini hanya menyaksikan dia berlakon dalam Terrorist in Custody. Satu watak saja. Watak Terrorist.

Apa pun, tentang luahan perasaan sewaktu post-mortem tersebut apa yang aku nak tekankan di sini adalah pengurusan masa. Memang aku akui tentang masalah yang dinyatakan. Dan semua orang hadapi masalah yang sama. Solusinya, pengurusan masa. Pengurusan masa ni kita kena belajar sendiri. Sebab kita sendiri yang tahu apa yang kita perlu uruskan dalam hidup seharian kita.

Aku yang dulu. Ada sama macam seseorang. Hampir samalah. Mula-mula masuk dan bergaul dengan senior-senior sangatlah malu-malu. Hanya menurut apa saja pendapat yang elok. Berlakon pun mengharapkan pengarah mengarahkan aku. Bukan setakat malu-malu. Takut-takut pun ada juga. First-timer yang memang betul-betul first-timer. Noob yang memang betul-betul noob. Budak baik, katakan. Eurgh. Nampak baik tak semestinya baik benar. Nampak jahat tak semestinya jahat benar. Nampak baik boleh jadi jahat benar. Nampak jahat boleh jadi baik benar.

Rabu, April 29, 2009

Mahsuri Bazir

Isnin, 27 April 2009, Malam
Panggung Sari, Istana Budaya



Mungkin ada yang perasan atau tidak, aku dah lama tak pergi menonton teater dan membuat sedikit ulasan seperti dulu dalam slot Singgah Sana Seni. Ya, memang aku sedang 'idle' buat sementara waktu daripada menonton sebarang pementasan di KL ini. Sebab? Sebab peribadi, barangkali. (Bini marah selalu balik lewat malam!) Namun, aku masih mengikuti perkembangan terkini teater.

Aku telah diajak dan dibelanja menonton teater terbaru di IB iaitu Mahsuri, arahan Fauziah Nawi. Pada asalnya aku memang tidak mahu menonton, tetapi apabila aku dibelanja sepenuhnya, aku rasa kurang wajar untuk menolak rezeki. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. (Nasib juga malam itu bini kerja shif malam!)

Sebelum masuk panggung, sebelum tirai dibuka, expectation aku hanya satu - lakonan yang mantap.









































Lebih kurang satu jam tiga puluh minit kemudian


Curtain call.

Sabera Shaik sebagai Wan Mahura menerima sorakan.
Begitu juga dengan Azizah Mahzan sebagai Wan Endah.
Dan, nak tak nak bagi jugalah sorakan pada Vanidah Imran, Mahsuri malam itu.

Skrip Mahsuri oleh Rahimidin Zahari. Boleh tahan juga pencapaiannya. Tapi aku baru kenal dia malam itu melalui buku program.

Eh, kejap. Aku tak ada nyatakan perkataan 'muzikal' ke?

Kecewa dengan Mahsuri. Seharusnya jadi lebih baik.




Pasca-entri:

Aku rasa watak utama harus UTAMA.

Aku rasa energi malam itu tidak cukup tinggi. Hanya meningkat di babak-babak terakhir.

Aku rasa penamat cerita sedikit tidak memuaskan hati penonton.

Aku rasa babak Mahsuri dipenjarakan itu cantik dan kemas.

Aku rasa kejahatan Wan Mahura (Sabera Shaik) dan kegersangan Wan Endah (Azizah Mahzan).

Aku tak dapat dengar dengan jelas lontaran vokal pelakon baru. Tak dapat dengar dengan jelas lagu yang dinyanyikan.

Haa Haa Haa Haa... (Menguap)

Koreografer silat Mohammad Poizi Nawi boleh koreografkan Jebat dan Tuah dalam JEBAT tak?



Bazir, bazir, bazir....

Teater Patut Pupus

Teater hanya untuk elit?

Itu adalah tajuk yang dibincangkan dalam rancangan Hujah di TV9 - Episod 11B.

Dan salah seorang panel pada malam itu Shanon Shah turut membuat ulasan di kolum Living Culture di dalam The Nut Graph.

http://www.thenutgraph.com/teater-hanya-untuk-elit


Boleh tonton siaran ulangannya di Catch-up TV9 dan berikut adalah komen-komen untuk episod tersebut setakat 11.30 pagi, 28 April 2009;


Comments
mohd2590 - 23/04/2009 3:32:28 AM
ape ni tetibe je lari tema hujah ni?erm ni ke perubahan politik pimpinan baru.jangan berubah lagi buruk dahler...

usop8604 - 22/04/2009 6:17:44 PM
content crite xdak..plakon mrapu n lgpon teater nk wat kne wat kat pntas2 bsaq ngan PA system n set2 yg smart.cm2 baru bkesan.braper bnyak ajerla dewan2 yang ader kmampuan nk host teater?? kalu wat pon xdak kualiti bek dok umah tgk tv xpon bace buku..

ahkiet99 - 22/04/2009 1:15:46 PM
Boring .......

cemara - 22/04/2009 11:53:12 AM
teater patut pupus

jejakahencem - 22/04/2009 3:11:27 AM
Apa kejadah semuanya nie!!! Madahnya...

yatibangi - 22/04/2009 2:36:13 AM
Boringnya tajuk malam ini? Apa yang dibincangkan langsung tak menarik. Ahli panel dan perantara lebih kurang sama sahaja--syok-syok sendiri. Huhu

zolkaya - 22/04/2009 2:24:59 AM
la ape pulak hujah bercerita psl seni,ceta la psl nape BN terlalu pengecut mahu bertanding di penanti kerana nk berjimat jawab soalan anwar psl komisen 510 juta kepada perimekar



Berdasarkan komen yang diberikan, ha ha,

memang aku sudah tahu dan tak dapat menafikan lagi
orang Malaysia tak lah ramai yang minat seni
namun penonton rancangan tersebut barangkali pada hemah aku adalah orang yang minat politik sahaja
memang ada orang yang minat politik semata-mata
ada juga orang yang peduli politik dan menjadikannya isu dalam teater (siapa ya? ha ha)
dan bla bla bla

jadi di sini aku pandang secara positif
hidup duniawi memang banyak perkara
politik, agama, ekonomi, sains, teknologi, seni dan macam-macam
apa yang penting adalah perkara duniawi ini haruslah semuanya berjalan selari dan menuju ke satu destinasi terakhir yang sama - AKHIRAT.

sebagai peringatan kepada semua

dah lama aku tulis blog
namun pengisiannya dari dulu sampai sekarang masih tetap sama
(sisi-sisi hitam sudah pasti ada kerana aku manusia biasa)
masih ingat lagi akan HAKIKAT YANG SATU?
dalam blog lama aku
aku kerap menekankan tentang HAKIKAT YANG SATU itu.

apakah HAKIKAT YANG SATU itu?


ps: "teater patut pupus.." -yang ni buat aku tergelak! Ha ha

Selasa, April 28, 2009

KUBUR TAHI

Sebuah sketsa pendek tanpa dialog.
Idea asal Akin M, Faisal Aziz & Dr Shark.


GELAP.
HUJAN LEBAT.
BUNYI GURUH.


SEKUJUR JASAD YANG MATI DILITUPI KAIN KAPAN.

PENGGALI KUBUR ADALAH SEORANG IMAM KAMPUNG MALAPETAKA.

BEBERAPA ORANG KAMPUNG YANG LAIN MEMBANTU.

PAK IMAM MULA MENGGALI.

DAN TERUS MENGGALI.

SEDALAM ENAM KAKI.

SEMASA MENGGALI PAK IMAM TERJUMPA BEBERAPA BENDA.

BOTOL ARAK.

G-STRING WANITA. (Kena mention sebab G-string lelaki pun ada)

KONDOM VIBRATING. (Berjenama Durex, barangkali)

KITAB BIBLE.

DACING YANG BERAT SEBELAH.

KAIN PUTIH DENGAN TITISAN DARAH MERAH (Kena mention warna darah sebab darah pun ada banyak warna, misalnya putih! Ha ha)

DAN AKHIR SEKALI, PAK IMAM TERGALI TAHI YANG SUDAH KERAS. TAHI ITU HITAM, AMAT BUSUK.

PAK IMAM TERUS MENGGALI SEHINGGA TAHI-TAHI DI DALAM KUBUR ITU SEMAKIN BANYAK.
DAN AKHIRNYA TERPALIT DI JUBAH DAN SERBAN PAK IMAM.


ALLAHUAKBAR.

Isnin, April 27, 2009

Betina Keparat

AMARAN: Orang baik tak boleh baca.


Berdasarkan kisah benar.

Kali ini aku nak kutuk Orang Kaya atau Orang Kurap, aku gelar.
Eh bukan bukan bukan. Orang Kemut, aku gelar. Bukan lucah tu.
Orang Kedekut maknanya.
Orang Kerek. Orang Kotor. Orang Keparat. Orang K**** (Yang ini benar lucah)
Orang Kacak? Boleh pergi mampus.
Apa pun, semuanya OK.
OK ke?

Baik. Tak semua OK itu OK yang aku gelar.
Ada OK yang OK. Ada OK yang tak OK.
Dan ada OK yang OKU.

OK punya anak - tak kira jantan atau betina - ada yang macam sial.
Eh silap silap silap. Bukan MACAM sial. Tapi MEMANG sial.

Begini.

Betina keparat (BK) menceritakan kekayaannya kepada wanita dan perempuan yang tak kaya.
Malah BK sampai hati untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang tiada berwang dan anak yatim. Sial punya BK.
BK cerita lebih-lebih. Kononnya ada dua unit rumah mewah berharga RM 350K setiap satu di Terengganu. Ya, negeri yang aku anggap didiami ramai orang yang baik, jika nak dibanding dengan orang-orang Johor. Dan banyak juga dilihat di IPT-IPT, misalnya.. tak perlu misalan.
BK akan pergi UMRAH. Malah, BK sudah banyak kali pergi UMRAH. Aku pun pelik juga.
Kenapa tak tunaikan HAJI dulu jika sudah mampu tunaikan UMRAH banyak kali?
Begitulah OK.
Oh ya...... BK pergi UMRAH sebab nak tunjuk-tunjuk. BK tak berani buat HAJI. Eh eh eh bukan bukan bukan... BK belum sampai seru nak buat HAJI. Ah, BULLSHIT itu!
Sama macam bos besar di pejabat. Sudah pergi memancing banyak ikan besar. Sudah punya motosikal berkuasa tinggi. Tapi belum pergi tunaikan HAJI.
Bukankah itu semua BULLSHIT? Ya, BULLSHIT bukan? Ya...
(Oh, kau ingat kau seorang saja yang boleh mencarut-carut di dalam pejabat? Ha ha)

Balik kepada BK.

BK tak boleh tengok orang yang tidak kaya lebih daripada dia.
Misalnya, tak boleh tengok orang lain pakai benda yang berjenama mahal.
Produk kecantikan muka dia pakai Felisa ja. Sekali tengok orang sebelah bilik dia pakai CLINIQUE! Berbulu BK. Tak tahulah dia ada bulu ke tak? Cukur bulu ke tak? Euw.

BK ada satu perangai buruk yang memang sial.
BK suka mengumpat orang.
Misalnya, kalau dia tengok teman lelaki orang tu tak handsome ke, pakai tak kena ke apa ke
mulalah mulut dia tu menjana tahi-tahi.
Well, nasib baik gua handsome dan bakal engineer. Gua rasa dia tak sanggup nak mengumpat pasal gua sebab teman lelaki dia tua, tak handsome dan sucker.
Ha ha ha.

Baiklah.

Kesimpulannya, BK:

- kurang ajar
- tak tahu malu
- berlagak kaya saja
- pembohong
- sucker
- f*cker
- dan motherf*cker


ps: Gua dah bagi amaran awal-awal. Orang baik tak boleh baca.

Jumaat, April 24, 2009

Krohhh-no-logik

Bunuh Aku Untuk Syahid (Ha Ha Ha)

Tekanan Super Pada Kepala Otak (Super Duper)

Tekanan Pada Kepala Otak

Macam Sial Punya





OK Aku Tepuk Kali Ini (Dan Kali Ini Sahaja)

Call I OK? (Panggil Saya Orang Kurap)

Pak Cik dan Mak Cik Berkendongan Itu Dari Sekolah Mana?

- (Tiada)


Krohhh.... No.... Logik.




23 April 2009
Malam
Stor Teater



ps: Bukan salah aku! Depa kata masuk percuma! Depa kata.

Rabu, April 22, 2009

Lapalapula

Dalam kata ada kata, dalam kata ada kata yang lain.
Dalam kata ada irama, dalam kata ada irama yang lain.


Lapalapula
Brani
Song Sung
Ah Singh
Duit
Cho Lee
Qi Pas
Peace Toll


Semua di atas boleh disatukan.
Atau boleh jadi frakmen.

Apa yang aku cuba sampaikan dalam TIANG ada beberapa;
Pertama, tentang kewajipan solat.
Kedua, tentang semangat bersatu.
Ketiga, tentang hak.
Keempat dan seterusnya, tunggu hingga karya ini siap.

Yang ketiga itu. Yang hak tetap jadi hak.
Keseluruhan teater ini banyak menunjukkan imej songsang. Inversion.
Misalnya, satu entiti itu aku beri warna Putih. Tetapi imejnya hitam.
Kemudian, ada bahagian cubaan menafikan kebenaran.
Aku gagalkan cubaan itu untuk menunjukkan, apa yang sudah hak itu tetap hak.
Dan orang yang gagal itu orang yang bodoh.

Macam Ah Singh. Aku wujudkan isu perkauman.
Sengaja aku cipta bunyinya seakan-akan "Asing".

Peace Toll pula. Nak aman, kena ada 'tol'nya pula. "Tol Keamanan".
Lagi sekali, sengaja aku cipta bunyinya menyerupai "Pistol".
Dua-dua tak boleh pakai.
Masih adakah 'keamanan'?

Dan zaman sekarang pun, dah banyak perkara yang songsang.


Pening.. Pening.. Pening..
FYPs pun tak berminat, pelakon pun tak berminat. Tapi semua nak A. Nak rasa cambest berlakon.

Eh. Sengaja, aku TERQUOTE seseorang.

Melayu (Buat yang bernama Melayu)

Melayu
(Buat yang bernama Melayu)

Oleh: Eirma Fatima
Ditaip bulat-bulat daripada buku program Muzikal Sirah Junjungan - Tahajud Cinta



MELAYU!
Melayu yang berilmu,
Melayu yang berteknologi,
Melayu yang merdeka,
Melayu yang berwawasan,
Melayu yang berkepimpinan,
ITU KAH MELAYU?

MELAYU!
KENALKAH KAU PADA MELAYU?

MELAYU YANG BERILMU,
MELAYU YANG BERTEKNOLOGI,
MELAYU YANG MERDEKA?
MELAYU YANG BERWAWASAN,
MELAYU YANG BERKEPIMPINAN,
MELAYU! MELAYU! MELAYU!

APA ITUKAH MELAYU?
APAKAH ITU WAWASAN MELAYU?
APAKAH ITU SAJA PERJUANGAN MELAYU?
APAKAH ITU PIMPINAN MELAYU?

Mim.. Lamalif.. Ya.. Wau...
Mim itu Muhammad,
Rasul yang makrifat, Roh pada hakikat,
Nabi yang memandu umat pada Tarikat,
Maka kita yang berbangsa dibumi ini memimpin umat dengan syariat.

Lamalif itu LAILAHAILLALLAH..
Kalimat tayibah penentu akidah,
Dilambang ia seperti layar agar kita semua dapat dibawa belayar.

Ya.. itu lambang makam!
Menandakan alam,
Alam ini kita selam jangan sampai kita karam,
Alam akhirat kita idam,
Pada Tuhan kitalah khadam.

Wau itu kekudusan kemudi-kemudi yang membawa
kita belayar kearah tempat yang penuh kesucian.

Jadi apakah itu Melayu?

Cukupkah kita dengan ilmu?

Cukupkah kita dengan wawasan?

Cukupkah kita dengan teknologi?

Cukupkah kita mendabik dada menjadi melayu hanya kerana
bumi yang kita pijak sudah merdeka?

Melayu!
Jadilah kita mim..lamalif..ya..wau...
Jangan dibuang Mim nya maka layulah kita

Melayu!
Jadilah kita Mim lamalif ya wau,
Bangsa yang berilmu tarikat dan
membangunkan syariat dengan sirah
Muhammad Rasulullah, menuju ke jalan
Ashhaduallailahaillallah..waashhaduannamuhammadarrasulullah..

Selasa, April 21, 2009

Pattern Hidup

Ada satu pattern yang significant dalam hidup aku.
Dan ia konsisten. Mungkin sebab tu aku kata ia pattern.
Dari segi nombor.
Banyak kali. Hampir setiap hari.
Tiap kali tengok jam.
Pattern begini terpapar.

01:01
02:02
03:03
04:04
05:05
06:06
07:07
08:08
09:09
10:10
11:11
12:12
13:13
14:14
15:15
16:16
17:17
18:18
19:19
20:20
21:21
22:22
23:23
24:24

Melalui observation. Manusia akan jadi lebih peka.
Memang itu salah satu cara tajamkan deria.
Namun begitu. Kadang-kala bila ada orang bertanya pada aku. Respon aku boleh jadi delayed. Bukan tidak peka. Bukan tidak dengar. Tetapi waktu delay itu merupakan waktu aku memproses (dan menapis) kata-kata yang akan dikeluarkan secara verbal. Andai kata bunyi 'Hm.' saja yang keluar. Itu tandanya ada sesuatu yang misteri.

'Hm.' itu cukup misteri.

Barangkali membongkar misteri hidup sendiri lebih bermakna daripada jaga tepi kain orang?

HA HA!

Pattern nombor itu masih misteri.

Isnin, April 20, 2009

Tingkat 7

Untuk pembaca matang.

Aku sudah saksikan macam-macam variasi teater. Dari yang betul-betul Islamik, rojak, dan yang ada adegan panas seperti berpelukan, bercumbuan, menyelak kain baju kurung, seks, dan pelakon yang hanya memakai seluar dalam, DAN tak kurang juga yang nampak cleavage dan seluar dalam wanita. Setakat ini belum lagi aku menonton teater yang ada pelakon bogel. Di luar negara mungkin lebih mudah untuk aku menyaksikannya.

Itu baru saksikan sahaja. Pengalaman dan pendedahan belum cukup. Perlu melibatkan sendiri dengan macam-macam variasi teater. Di tahap tu, baru aku tak kisah kalau kau orang rasa BEST. Macam dalam bahasa Inggeris, ada tiga tahap dalam pembandingan - GOOD, BETTER, BEST. Macam biasa, kita nak sesuatu yang baik dengan cepat. Jadi kita cepat rasa BEST terus tanpa perlu rasa GOOD dan BETTER terlebih dahulu. Malah untuk merasa GOOD perlu melalui tiga tahap pembandingan yang berlawanan - BAD, WORSE, WORST. Jadi untuk sampai ke tahap BEST, perlu melalui WORST, WORSE, BAD, GOOD, BETTER kemudian barulah BEST.

Tak faham apa yang aku cuba sampaikan?

Untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, tiada jalan mudah. Mungkin ada jalan singkat itu pun kena pandai dan berani. Ini secara amnya.

Nak jadi artis begitulah.
Nak jadi pelakon begitulah.
Tiada jalan mudah. Tapi mungkin ada jalan singkat kalau pandai cari dan berani untuk melaluinya.


Cukup bermotivasi?

Tak cukup tak mengapa kerana manusia memang sentiasa perlukan motivasi dengan maksud manusia memang tak akan pernah sempurna.


Tak cukup mengerti?

Tak cukup tak mengapa kerana hanya beberapa orang sahaja yang mampu memahami tulisan aku ni.

Lagi sekali, ingat ya:

WORST, WORSE, BAD, GOOD, BETTER, BEST!

Naik tangga atau naik lif untuk ke Tingkat 6?
Dan adakah mustahil untuk kita naik ke Tingkat 7?
Tingkat 7, satu lagi misteri yang aku cuba wujudkan.


Lagi sekali, ingat ya:

WORST, WORSE, BAD, GOOD, BETTER, BEST!

Nak aku ulang lagi?
Oh, tak payah lah ya. Kau orang boleh ulang sendiri dengan maksud rasai sendiri.



Sampai di sini siri motibasi Akin Muhammad.

Jumaat, April 17, 2009

Lelaki (Kuat) Main

Wah!

3S tergendala lagi nampaknya. Baru selesai layout baru blog TTS. Seperkara lagi iaitu kandungan blog itu sendiri sudah cukup memeningkan kepala aku. Nak makan gaji buta tiap hari aku tak mampu. Kita buat sedikit-sedikit biar lama-lama jadi bukit-bukit dan satu batang.

Terlalu banyak idea telah terselirat dalam kepala otak. Idea seni lah apa lagi. Berselirat macam kabel-kabel komputer tu. Tapi zaman sekarang dah canggih. Wayarles. Aku berharap suatu hari nanti ada teknologi yang boleh memindahkan idea-idea yang terlintas dalam kepala otak ke dalam fail digital misalnya, Microsoft Word, atau Notepad kalau mahu kurangkan bajet. Maklumlah, sekarang ini kita kena pandai-pandai main bajet. Misalnya, kita cadang nak bagi RM500 untuk kumpulan teater buat persembahan dan gimik di sebuah majlis makan malam. Dan kita kena pandai-pandai nego-nego dengan kumpulan tu dengan harga paling rendah sekali iaitu RM-KOSONG. Misalnya.

Malam ini aku balik Kampung Parit Samijan. Walaupun nama kampung aku ni memang kampung, tapi itulah kampung kan. Ada Kampung. Ada Parit (Jangan fikir yang bukan-bukan!). Ada Sami & Jan. Sami & Jan tu mat rempit dan mat gian popular di kampung...

Baru saja tadi aku dapat tahu Festival Drama 10 Minit akan diadakan di Stor Teater DBP pada 21-25 April 2009 ini. Terlepas nampaknya. Lambat dapat informasi. Kalau tidak Tok Janggut, Akirosawa, mungkin akan beraksi di stor itu. Tiada rezeki.

Catatan-catatan pendek ini harus berakhir dengan kata-kata pujangga:

"Aku nak jadi seorang playboy sampai bulan tujuh ni. Jadi sesiapa yang kenal sisi alim dan baik aku, janganlah pandang serong ya kalau aku selalu sebut-sebut pasal seks, wanita dan seumpamanya. Sampai bulan tujuh ja. Tak lama. Perdana Menteri pun tak panas punggung lagi duduk di kerusi barunya."

Bye!!!

Eh, Assalamualaikum.........................

Eh oh eh, ada lagi aku nak cakap.

Kepada Tuah dan Sultan, jumpa di Mahkamah ya!

Selasa, April 14, 2009

BIDA DADA DARI

BIDADARI
Kompilasi Lagu-lagu Cinta


Track 01 - KRU - Apa Saja
Track 02 - Rossa - Ayat-ayat Cinta
Track 03 - Ruffedge - Bila Rindu
Track 04 - Dafi - Bila Terasa Rindu
Track 05 - Yuna - Dan Sebenarnya
Track 06 - Innuendo - Istimewa
Track 07 - In-Team - Kasihku Abadi
Track 08 - Man Bai - Kau Ilhamku
Track 09 - Devotees - Kekasih
Track 10 - In-Team (ft. Mestica) - Kerana Cinta
Track 11 - Vince - Keranamu Kekasih
Track 12 - V.E - Kerna Sayang
Track 13 - Kopratasa - Permata Untuk Isteri
Track 14 - Kopratasa - Pesanan Buat Kekasih
Track 15 - Spoon - Rindu Serindu Rindunya
Track 16 - KRU - Sampai
Track 17 - Archies - Sugar, Sugar
Track 18 - Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir


Reka bentuk kulit CD akan datang.


Akan datang: Antalogi Puisi BIDADARI


ps: Tengah demam BIDADARI sekarang ni, jadi jangan jelek ye..... Hahaha

Isnin, April 13, 2009

Kupasan Eksklusif Mampukah TTS Merangkul Gelaran Juara FTP '09?

oleh Akin Muhammad


Bermula dengan menyertai Pekan Teater Perak pada tahun 2003, Tronoh Theatre Shop (TTS) telah menonjolkan potensi yang tinggi dengan merangkul Anugerah Naib Juara dan Teknikal Terbaik melalui persembahan teater "ASYLUM", karya sulung Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty atau lebih dikenali sebagai Dr Shark. Kejayaan yang diraih oleh kumpulan yang baru ditubuhkan itu telah mendorong dan menaikkan semangat mereka untuk menyertai Pekan Teater Perak pada tahun berikutnya. TTS telah menunjukkan prestasi yang konsisten setelah mementaskan karya Dr Shark berjudul "Miao Miao Sang Arnab" dan memenangi tempat Naib Juara buat kali kedua serta Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang disandang oleh Haryanni Masarip. Kejayaan mereka tidak berhenti di situ. Pada tahun 2005, TTS mempertaruhkan karya Dr Shark "Hmm..Begitu Panasnya!!" dan akhirnya mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2003, iaitu Naib Juara dan Teknikal Terbaik di dalam Manifestasi Teater Perak. Mulai tahun 2007, Festival Teater Perak diadakan setiap dua tahun sekali. TTS lagi sekali membawa karya "ASYLUM" ke atas pentas Taman Budaya Perak, tetapi telah diberikan nafas baru dan menamakannya sebagai "ASYLUM 50" sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia pada tahun tersebut. Keputusannya, TTS jatuh satu anak tangga dari tempat Kedua ke tempat Ketiga. Namun begitu, kejatuhan tersebut terubat apabila Ainifadhilah Mahayudin telah berjaya membawa pulang Anugerah Pelakon Harapan Wanita.

Tahun 2009, TTS akan kembali beraksi di pentas Taman Budaya Perak. Kali ini, Dr Shark tidak membawa karyanya sendiri, tetapi karya sasterawan negara iaitu "JEBAT" oleh Hatta Azad Khan. Persoalannya, apakah TTS akan berjaya menjejakkan kaki di tangga Juara lantas memenangi lain-lain anugerah kerana kebiasaannya, kumpulan yang menjadi juara turut memenangi beberapa anugerah lain seperti Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan lain-lain.

Ada beberapa faktor yang saya akan kupas di sini.

Pertama, latihan. TTS sudah memulakan latihan secara berperingkat sejak sebulan yang lalu dan sudah memasuki fasa latihan intensif mulai bulan April ini. Pada firasat saya, TTS terpaksa memperlahankan sedikit proses latihan kerana bulan Mei merupakan bulan peperiksaan akhir semester di UTP. Dan seperti yang baru sahaja ditetapkan, tarikh Festival Teater Perak 2009 jatuh pada 29 Mei hingga 8 Jun 2009. Apa yang dikhuatirkan adalah sekiranya slot pementasan TTS jatuh pada hujung Mei tersebut dan ada pelakon atau krew produksi yang akan menduduki peperiksaan. Nampaknya, TTS harus berdoa agar mereka akan dapat slot pada awal Jun atau lebih baik lagi pada 8 Jun yang merupakan Malam Penganugerahan.
Semakin lama proses latihan, semakin berkualiti sesebuah persembahan. Latihan yang dijalankan amat berkait rapat dengan faktor-faktor berikutnya.

Komitmen merupakan satu faktor yang amat memberi impak yang besar pada sesebuah produksi. Apa gunanya pengarah yang hebat, pelakon yang bagus, krew produksi yang berkemahiran tinggi apabila tiada komitmen yang diberikan oleh setiap pihak? Tiada gunanya. Malah bagi diri saya secara personal, komitmen adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah produksi teater. Selepas itu barulah saya akan melihat pada bakat dan kemampuan seseorang.
Bagi produksi JEBAT oleh TTS kali ini, komitmen yang diharapkan adalah dari para pelajar UTP sendiri yang mana perlu membahagikan masa mereka dengan akademik. Sememangnya TTS tidak akan memaksa pelajar memonteng kelas atau ujian atau mengekang masa pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka. Oleh sebab itulah, organisasi baru TTS telah memudahkan kerja para pelakon dengan menyediakan jadual latihan yang tidak memerlukan semua pelakon hadir dalam sesi latihan. Saya masih ingat lagi sewaktu TTS tiada organisasi mahupun kumpulan pengurusan, semua pelakon mesti hadir tanpa mengira sama ada pelakon tersebut ada babak yang memerlukannya atau tidak. Bila mana ada sesi latihan, setiap pelakon yang terlibat mestilah hadir.
Komitmen yang tidak konsisten adalah satu masalah yang sering dihadapi oleh produksi teater kita di Malaysia. Namun begitu, saya baru mendapat tahu bahawa kenyataan saya ini tidak tepat. Buktinya di sini [Klik]
Ya, kumpulan produksi berbangsa bukan Melayu tersebut telah membuktikan ketidaksahihan kenyataan saya itu. Bukan hendak merendahkan bangsa sendiri, tetapi untuk memberikan tauladan kepada semua.
Persoalannya sekarang, adakah pelakon dan krew produksi JEBAT-FTP09 ini mampu memberikan komitmen yang mampu melepasi 'benchmark' yang telah ditunjukkan oleh produksi ASYLUM50-FTP07? Dr Shark berkata, "Team Asylum (Asylum 50-FTP07) kali ini adalah team yang paling bagus dari segi TEAM WORK."

Kemampuan para pelakon juga adalah satu perkara yang penting. Berikut disenaraikan watak-watak dan para pelakon yang membawanya:

Jebat - Fauzan
Tuah - Ermie
Sultan - Nizam
Narator (Dang Anum) - Ainifadhilah
Dato' Bendahara - Anwar
Datuk - Khairil
Orang-orang Kaya - Firdaus, Din, Azizi
Dang Wangi - Tasha
Pemuda-pemuda - Izzi, Asyraf
Pengamuk - Syafiq

Pelakon dibarisi oleh muka-muka lama dan baru. Watak utama Jebat dipegang oleh Fauzan buat kali kedua. Watak Narator, Dato' Bendahara, Datuk, dan Pengamuk juga masih dipegang oleh orang yang sama. Cabaran yang sebenar adalah pada watak Tuah dan Sultan yang dipegang oleh pelakon baru yang masih mentah tetapi berpotensi. Watak Tuah diberikan kepada Ermie adalah satu pemilihan yang tepat. Jika saya yang melakukan casting pun, saya akan pilih dia untuk pegang watak tersebut. Ini kerana, pada pandangan saya, dia mempunyai karisma yang sesuai untuk menjadi Tuah. Aspek luaran sudah cukup, maka aspek dalaman perlu diberikan perhatian oleh Ermie. Begitu juga dengan watak Sultan yang dipegang oleh Nizam. Bila ditanya kepada Dr Shark, kenapa memilih first-timer untuk pegang watak utama? Jawabnya, 'He's got a charm' yang mana pada pandangan saya membawa maksud karisma yang ditunjukkan. Pengarah perlu ada kualiti ini. Pengarah perlu tahu apa watak yang patut diberikan kepada seseorang pelakon. Sekiranya watak yang kurang sesuai diberikan kepada pelakon yang bagus sekalipun, maka akan nampak sedikit kekurangan di situ. Dan kekurangan adalah satu perkara yang perlu dikurangkan bagi sesebuah produksi teater.

Faktor skrip. Skrip juga menjadi salah satu faktor kalah-menang dalam Festival Teater. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa karya sendiri kurang wajar dipentaskan untuk Festival Teater dan ada juga yang menggalakkan karya-karya baru untuk dibawa masuk ke panggung. Pada hemah saya, kedua-dua pandangan harus diambil kira. Karya sasterawan negara sudah pasti diiktiraf dan ia seharusnya dipentaskan dari semasa ke semasa supaya para penggiat teater boleh belajar sesuatu daripada karya sasterawan negara tersebut. Dalam masa yang sama, pengkarya baru harus dilahirkan dan diberikan sokongan supaya idea-idea baru dapat menjadi lebih matang dan berkembang sehinggalah menjadi karya-karya yang bermutu tinggi dan diiktiraf. Kesimpulannya, kedua karya sasterawan negara dan karya baru ciptaan sendiri wajar ditonjolkan sewaktu Festival Teater di setiap negeri. Selari dengan namanya 'festival', disitulah ruang dan peluang bagi setiap aktivis teater berkumpul dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain. Saya selalu juga berhadapan dengan orang-orang yang mengatakan skrip seseorang itu tidak bagus lantas mengaitkannya dengan kekalahan dalam sebuah pertandingan. Ternyata ini tidak benar. Skrip tidak ada yang tidak bagus, tetapi skrip ada tahap mutu dan kualitinya. Tinggi rendah mutu skrip bergantung juga kepada idea, imaginasi dan pengalaman penulis itu. Dalam hal ini, TTS mengubah citarasa. Sudah empat kali menyertai Festival Teater dengan mengangkat karya sendiri, kali ini TTS mahu membuktikan bahawa mereka mampu mengangkat sebuah karya sasterawan negara yang saban tahun dipertandingkan untuk meraih gelaran Juara. Jika kita lihat senarai karya yang sudah menjadi Juara Festival Teater Malaysia yang sudah tidak boleh dipertandingkan, karya-karya Hatta Azad Khan telah mendominasi senarai tersebut. Apakah TTS mampu memasukkan JEBAT ke dalam senarai 'Karya Yang Tidak Boleh dipertandingkan' itu?

Faktor berikutnya, 'Faktor-X'. Dalam sesebuah pementasan, faktor-X ini adalah sesuatu yang unik yang tiada pada persembahan kumpulan lain. Ia sesuatu yang boleh membuat penonton kagum dan terpukau dan boleh mengingatinya selepas keluar dari panggung. Ia boleh jadi suatu aksi, boleh jadi juga seorang karakter yang membuatkan penonton bersorak semasa curtain call. Dalam hal ini, TTS amat bertuah kerana dipimpin oleh seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang teater iaitu Dr Shark. Pengalamannya terlibat dengan pelbagai kumpulan produksi telah membentuk pemikirannya menjadi kreatif dan menarik apabila mementaskan sebuah teater. Ditambah lagi dengan pengetahuan dan kemahirannya di dalam persembahan 'mime', TTS memang sangat beruntung. Saya akuinya sendiri kerana apabila TTS sedang menjalani latihan, idea-idea baru akan sentiasa ada untuk ditambah ke dalam persembahan yang mana saya sendiri pun tidak terfikir (kerana hanya memikirkan tentang lakonan semata-mata).
TTS sudah ada faktor-X. Namun, faktor-X ini perlu direalisasikan selari dengan faktor latihan dan komitmen itu sendiri. Barulah persembahan itu boleh dikatakan sebagai 'a great show'.

Faktor seterusnya, 'politik teater Melayu' di Perak? Oppsss!

Jumaat, April 10, 2009

Seni Persembahan (Drama & Teater)

BIDADARI

DONUT

PSYCHICK

SANG KAKALA

MUZIKAL CHENTA

TIANG RETAK 1000



Penat sedap tapi aku pertaruhkan BIDADARI sebagai sebuah drama yang kuat.

SANG KAKALA pula cubaan seram pertama aku.

Begitu juga dengan PSYCHICK cubaan aksi pertama aku.

Dan begitu juga dengan MUZIKAL CHENTA cubaan muzikal pertama aku.

TIANG RETAK 1000 pula sebuah drama yang perlu dipertimbangkan. Sepertimana drama-drama lain.

Eh, tertinggal. DONUT terinspirasi oleh nama gelaran seorang rakan sekerja sekompeni lalu dijadikan cerita. Kemudian, DONUT tiba-tiba dilihat sebagai DO NUT.



Terkini;

The Qum Actors (TQA) akan (seharusnya) bergerak secara profesional dalam bidang teater. Ini akan dilaksanakan.

Tronoh Theatre Shop (TTS) akan mementaskan;

Pertama:
Teater JEBAT (Pra-tonton Festival Teater Perak)
Karya HATTA AZAD KHAN
Arahan DR SHARK

Kedua:
Monolog TOK JANGGUT (Pra-tonton Festival Teater Perak)
Karya DR SHARK & (KAKAK SEFA)
Arahan DR SHARK


Kedua-duanya;

Tarikh 3 MEI 2009
Masa 8.30 MALAM
Tempat DEWAN SERBAGUNA UTP

Khamis, April 09, 2009

Tak Ada Otak

Ah, otak otak otak otak otak otak otak otak
Oh, tak tak tak tak tak tak tak

Sel-sel neuron aku berserabut. Berselirat. Berbelit-belit. Tapi tak putus-putus. Itu yang payah tu.
Idea sana idea sini idea situ.
Idea atas idea bawah idea depan idea belakang.
Titik! Noktah! Berhenti penuh!
Sekejap.

Syyyyy....

Dengar...

Ada orang sedang berbisik-bisik.

Syyyyyyyyyyyy....

Dia sedang cucuk apa tu?

Lihat...

Apa?!

Ah, tak tak tak tak tak tak tak oh, tak tak tak tak tak
otak tak ada otak tak ada otak tak ada otak

Budak-budak, tu, tengah bodek, mak-mak, dan bapak, mereka.

Syyyyyy....

Rabu, April 08, 2009

Quman

Tiga minggu Quman ini tidak balik ke tempat asalnya.
Kau dah lupa asal-usul kau, Quman?


Tidak, Quman. Tidak.
Kau memang degil, Quman. Kau keras. Keras kepala. Keras hati. Dan macam-macam lagi yang keras.
Quman, kau parasit. Kau kuman.


Quman, dah lupa bidadari syurga?
Kau yang tinggalkan dia, Quman.
Kau tinggalkan sekali Cahya, Bakr, Ifaniti dan Antasha.
Dan juga Melanus dan Tansi yang sudah masuk syurga di hari pertama.


BIDADARI
Sebuah karya neraca hidup kisah benar.
Akan datang (Macam biasa. Mungkin tahun depan. Haha)

Maz, Quman tidak pernah lahir. Tidak pernah wujud.
Di sebalik skandal Zul dan Rika.

Selasa, April 07, 2009

Soloman

Seorang staf sokongan di pejabat berkata kepada aku. Lone ranger duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Orang handsome duduk kat mana-mana pun boleh hidup. Aku rasa dia tidak cucuk bodek.

Jadi lone ranger. Bukan mudah. Perlu kental. Dalam masa yang sama berkawan dengan ramai orang. Dan ada beberapa orang kawan baik yang boleh dipercayai. Kawan baik yang tak boleh dipercayai tak payah cari. Kalau dia datang pun, halau saja. Ha ha.

Lone ranger. Kena buat banyak perkara secara solo. Perkara asas dalam hidup. Contohnya makan. Sesiapa yang tak pernah makan secara solo, bolehlah cuba. Satu contoh lagi, buang air. Ha ha. Ini memang kena buat solo. Tapi bagi pasangan suami isteri mungkin ada pengecualian. Peredaran zaman juga telah merubah manusia. Satu lagi contoh aktiviti solo adalah masturbasi. Baiklah, kita langkau ke perenggan seterusnya.

Jadi lone ranger kena sedar dan ingat satu perkara. Perkara ini paling penting. Iaitu. Kita tidak boleh hidup seorang diri sepanjang masa. Kita masih perlukan bantuan orang lain. Di saat kita memerlukan. Kuncinya adalah keseimbangan.

Bagi lone ranger. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Menggerakkan plot hidup secara kemas walaupun berat. Berdiri di atas kaki sendiri sudah pasti lebih mendekatkan diri dengan diri sendiri dan Pencipta. Cukup dekat. Terlalu dekat.

Lone ranger berhak memperoleh kebahagiaan hidup secara solo. Dengan adanya kunci keseimbangan, rasa sunyi tidak menghantui, sebaliknya memberi ruang yang lebih untuk diri memerhati, berfikir dan merasai.

Dialog Myth & Anti-Myth

Myth: Orang seni berambut panjang.

Anti-Myth: Orang seni tak semua berambut panjang.

Myth: Orang seni lucah.

Anti-Myth: Orang seni tak semua lucah. Ada yang kuat agama juga. Dan ada juga yang seolah-olah lucah tapi kuat agama. Ha ha. Ada ke?

Myth: Orang seni sosial.

Anti-Myth: Habis tu orang tak seni tak sosial ke? Ha ha.

Myth: Orang seni susah nak faham.

Anti-Myth: Orang matematik dan sains pun susah nak faham. Ha ha.

Myth: Orang seni pelik.

Anti-Myth: Orang seni pelik orang kata dia pelik. Walhal biasa-biasa saja.

Myth: Orang seni berjiwa sensitif.

Anti-Myth: Orang seni memang kena pandai main emosi. Kena emosional. Atas pentas lah.

Myth: Orang seni handsome, cool dan macho.

Anti-Myth: Ya! Ha ha. Ya! Ya! Ha ha ha!

Myth: Orang seni suka cakap pasal seks.

Anti-Myth: Siapa yang tak suka seks? Ha ha.

Isnin, April 06, 2009

Perkataan Rambang Bonjolan Rasa-rasa

Kelapa sawit

Kunci

Kerusi

Dua bulan sabit membentuk mata

Kepala harimau

Jam loceng

Basikal

Dacing

Payung (versi penganggur)

Buku nota (kot?)

Ayam

Bas

Ikan

Telefon

Kapal terbang



Hujung minggu yang lalu. Aku berikan makna secara maksimum dalam perjalanan hidup seharian. Aku suntik adrenalin. Aku sedut kasih sayang. Aku hirup manis insan. Aku hidu nyaman hidupan.

Itu makna-makna cinta. Sengaja-sengaja sahaja aku provok manusia dengan kata-kata cinta. Kononnya. Secara ilusi. Dalam realiti. Tapi ia membalikkan proses normal. Jadi abnormal. Susah jadi senang. Senang jadi susah.

Jumaat. Dan Sabtu. Berjumpa dengan kedua orang tua. Bukan aku yang pulang ke kampung. Tetapi orang tua yang berziarah ke kota. Seperti aku katakan tadi. Pembalikan proses normal hidupan. Dan ya. Dalam realiti. Secara ilusi.

Sering kali orang pandang apa yang mereka pandang. Seharus orang rasa apa yang mereka pandang. Kerana rasa itu suatu elemen alam yang cukup kuat dan berpengaruh. Rasa juga meluas. Lihat sahaja diri kita. Lidah sahaja sudah punya banyak deria rasa.

Malah seluruh tubuh kita yang dilapisi dengan kulit ini boleh merasa dan dirasa. Itu baru luaran. Dalaman? Sudah pasti ia lebih kompleks. Jauh lebih kompleks daripada menginterpretasi apa yang terkandung di dalam suatu reservoir jauh di dalam tanah bumi.

Ahad menyuntik suatu perasaan yang lebih eksplisit dan berbunga. Sekali lagi, pembalikan proses normal. Atau inversi. Begitu memberi impak pada diri dalam rasa manusia. Ya aku ulangi, diri dalam rasa.

Kata-kata rambang di atas hanya bonjolan imej-imej rasa yang dicipta untuk manusia. Sudah tentunya, rasa itu dicipta untuk manusia. Letakkan diri dalam rasa. Kerana rasa dicipta untuk manusia. Jika diri diletak dalam rasa, maka jadilah kita manusia yang manusia.


Untuk orang-orang yang teknikal atau objektif:
Secara ringkas, hujung minggu yang lalu aku berjumpa dengan mak dan ayah dan juga keluar bersiar-siar bersama teman wanita.


HA HA!

Khamis, April 02, 2009

3S Kembali Biasa Daripada Biasa

Oh hei, dah kembali?

(Clear throats)

Cukup sudah satu minggu aku rasa menjadi orang biasa.
Ya, orang biasa, orang biasa-biasa, biasa-biasa saja, tiada apa yang istimewa.
Orang biasa. Yang tonton AF. Yang kerja makan gaji. Yang pergi kerja awal pagi. Yang balik kerja duduk rumah tonton TV. Yang tonton berita di TV. Yang tonton drama TV selepas berita. Yang tidur selepas tonton drama TV.
Dan ya, aku telah menjadi orang biasa selama seminggu.
Tidak memikirkan dunia lain. Aku dengan dunia aku. Engkau dengan dunia engkau. Di tempat kerja buat kerja (sedikit). Balik kerja tak fikir apa-apa. Tidak fikir tentang dunia, tentang manusia. Tidak fikir tentang seni. Tidak fikir tentang teater. Tidak tonton teater. Tidak tulis blog.

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Malah biasa itu elok.
Akan tetapi jika manusia sudah terlalu biasa...

Dalam biasa ada satu.
Dalam satu itu ada dua.
Dalam biasa ada satu. Ada dua.
Yang mana satu dua, dan yang mana daripada dua itu satu?

Dalam biasa ada bias.
Dalam bias ada ia.
Dalam ia ada aku dan engkau. Ada saya dan awak.
Yang mana satu bias, dan yang mana satu biasa?

Tidak ada masalah menjadi biasa.
Alah bisa tegal biasa.
Alah gigitan serangga itu aku tak biasa.

HA!
RANCANGAN AKAN KEMBALI KEUDARA TIDAK LAMA LAGI