Rabu, Mac 31, 2010

Bangsawan THJ : 10 Hari Terakhir

10 hari terakhir persediaan sebelum show bangsawan THJ bermula.
Hari ini sudah masuk hari Rabu, 31 Mac 2010.
Pukul 3 pagi.

Hidup aku sudah jadi terlalu serabut dan tak terurus.
Ya. Semuanya kerana bangsawan.
Sebagai pengarah aku tak boleh tinggalkan produksi walaupun sekejap.
Banyak perkara yang aku perlu fikirkan.
Dan ia membuatkan aku jadi terlalu penat. Sangat penat. Dan buat aku rasa nak cuti (Missing In Action) esok. Tapi tak boleh. Sebab aku ada tanggungjawab.

Latihan semalam petang dan malam kurang produktif.
Petang ramai yang tidak hadir. Jadi hanya memberi ruang kepada Tuah dan Jebat melancarkan lagi gerak pencak silat mereka sewaktu bertarung.
Malam pula tiada latihan lakonan disebabkan aku memberi ruang kepada budak-budak silat cekak Hanafi untuk koreograf adegan orang-orang kampung melawan Jebat pada babak akhir.

Sejujurnya aku tak menang tangan.
Bangsawan ini adalah projek terbesar di UTP dalam sejarah TTS.
Dalam bangsawan ada banyak elemen seni.
Tak payah cakaplah apa dia.
Jadi cabaran bagi aku amatlah besar.
Tanggungjawab aku juga amatlah berat.

Terlalu banyak yang aku mahu ceritakan.
Tentang progres bangsawan sejak waktu cuti mid-sem tempoh hari.
Tapi apakan daya. Ruang masa tiada bagi aku untuk menulis tiap hari.

Sekarang pun aku tak ada mood untuk menulis.
Tak ada kekuatan sangat.
Mungkin kekuatan menulis aku sekarang ni sudah diserap jadi kekuatan berlakon dan mengarah.
Aku cuma risau karakter aku tak cukup matang nanti.
Dan aku risau, lontaran suara pelakon tidak cukup kuat untuk menandingi bunyi-bunyian langsung dalam panggung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan