Rabu, Mac 10, 2010

Bangsawan THJ : Hari 24 / Latihan 17

[Bangsawan THJ : 31 hari lagi (26 hari tak termasuk cuti mid-sem)]


Sebenarnya ini bukan baru Hari 19 produksi berjalan.
Sepatutnya Hari 24 termasuk cuti Sabtu Ahad masa awal-awal dulu.

Latihan petang sahaja.
Bagi adegan Tuah-Jebat, Tuah-Tun Teja, Jebat-Dang Baru. Dan Inangda sekali.
Lakonan Tun Teja diasah dengan lebih intensif kali ini.
Tapi masih berlagu-lagu-lagu dalam dialognya.
Begitu juga dengan Jebat.
Sedangkan lagu pun tak berlagu macam tu. Berlagu yang dimaksudkan adalah nadanya senada saja. Monotone. Adalah bosan.
Namun, Jebat sudah menunjukkan peningkatan dari segi lenggok suaranya.
Namun Tuah dan Jebat perlu belajar gerak silat daripada instructor silat Gayung, juga member aku. Waktu cuti nanti, insyaAllah, dia akan ajar Tuah, Jebat dan pendekar lain untuk bersilat supaya tidak kekok gerak gerinya nanti.

Virtuoso juga sudah confirm dan tiada masalah untuk bekerjasama dengan produksi bangsawan ini. Alhamdulillah.
Namun begitu aku dan Pengarah Muzik kena berjumpa dengan wakil kesemua pemain muzik, duduk semeja, berbincang; memandangkan produksi ini 'sengaja cari pasal' menghimpunkan 3 jenis muzik:
GAMELAN + BAND + NOISE/EXPERIMENTAL
Walhal, kebiasaannya, produksi bangsawan lain hanya ada sebuah band sahaja.
Lagipun ada bagusnya jikalau band tiada peralatan seperti gendang atau seruling, GAMELAN boleh mainkan gendang, NOISE/EXPERIMENTAL boleh mainkan seruling.

Ada penambahan idea dalam persembahan bangsawan THJ yang akan menjadikan malam show nanti lebih menarik.
Aku rasa aku tak mahu beritahu di sini, kalau nak tahu kena datang nonton nanti.

Perihal muzik akan diperinci lagi.
Tatacahaya juga akan aku fikirkan sebelum menyerahkannya pada pengarah teknikal.
Teknikal lain terutamanya tirai, (flying bar? Sempat ke?) akan difikirkan juga dalam masa terdekat.

Babak 5 dan 6 akan terus dilatih dan diberi keutamaan sewaktu latihan cuti mid-sem nanti.

Dan FYP aku, mati, mati, mati! Hah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan