Selasa, Mac 02, 2010

Bangsawan THJ : Hari 10 / Latihan 9 / Babak 1-2

Countdown bangsawan THJ : 39 hari lagi

Isnin, 1 Mac 2010. Pukul 9.30 malam - 12.00 tengah malam.

Macam biasa. Tiap Isnin. Aku kena pergi kelas teater dulu sebelum pergi latihan.
Kelas kali ini belajar pasal surrealism. Baru kejap otak aku dah pening. Bagi aku surrealism sangat susah untuk diterokai seninya. Lepas belajar tu baru aku sedar, tahap otak seni aku masih di tahap yang rendah. Dan pastinya, aku mahu lebih seni.
Surrealism seperti yang aku belajar di kelas itu cuba untuk mendedahkan idea yang bertentangan dengan norma alam. Ada juga idea yang mencampur adukkan realiti dengan fantasi, idea konflik-konflik dan pendek kata surrealism cuba untuk buat orang jadi gila, bak kata lecturer tu.
Mungkin aku pernah saja fikir idea sebegitu rupa akan tetapi ia hanya sekelumit daripada konsep sebenar surrelism. Aku seronok dan tertarik akan satu video yang memaparkan sebuah lukisan surrealism yang diterangkan satu per satu berkenaan masa dan ruang dan bagaimana maksud yang ingin disampaikan oleh pelukis itu ditampilkan dalam sebuah lukisan. Kompleks, memang sangat abstrak. Adakah aku mampu hasilkan karya sebegitu suatu hari nanti? Harap-harapnya boleh.

Kelas kali ini habis awal sedikit, jadi aku senang hati dan terus pergi ke MPH untuk latihan bangsawan. Sampai saja, pelakon baru mula warm-up.
Sebelum mula latihan, aku ada pesan beberapa perkara penting yang aku hendak tekankan kepentingannya yang penting.
Pertama, mengingatkan tinggal lebih kurang sebulan saja lagi waktu latihan tidak termasuk cuti. Jadi haruslah memasukkan sedikit rasa serius sewaktu training. Kalau direktor panggil suruh keluar pentas, susahlah kalau panggil berkali-kali pun tak dengar-dengar kan. Alah, sesiapa pun boleh hangin kalau orang panggil tapi tak dengar. Jadi, pay attention, alert, especially bila tengah run the scene, bila cue untuk masuk, masuk. Get ready sebelum nak masuk. In character dulu sebelum masuk dalam scene. Okay, sounds a little bit professional - TAPI ITU YANG TTS MAHU LAHIRKAN: SEORANG PENTEATER SERBA BOLEH YANG PROFESIONAL! (Okay, mungkin typecast pun boleh. Hehe)
Kedua, pendukung asal watak Sultan baru saja menarik diri atas masalah peribadi, jadi aku terimanya dengan hati terbuka dan seharusnya cast dan crew yang lain pun terima dengan hati dan minda yang terbuka. Jadi, setakat ini, watak Sultan akan didukung oleh aku. Ya, aku. Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! Aku! HA HA HA HA HA HA! (Akhirnya, watak Sultan yang aku impikan sejak sebelum casting lagi datang kepada aku dengan sendirinya. Haruskah aku bersyukur? Ya, haruslah. Alhamdulillah...)
Memang kalau ikutkan aku sengaja cari pasal, tambah satu lagi beban kerja pada bahu direktor aku. Sebelah kanan aku sebagai direktor, sebelah kiri aku sebagai pelakon. Salah satu pelakon utama pula tu. Ah. Buat sajalah. Lagipun produser dah suruh. Mantan presiden pun tak terfikir orang lain. Pelakon lain pun tak ada yang menentang. Ah, jalan saja!!
Ketiga, kehadiran. Tak nak datang latihan tak ada masalah. Tapi beritahulah. Dan kalau rasa-rasa macam dah lama tak datang latihan, haruslah luangkan masa sedikit untuk datang latihan. Bagi watak kecil yang tak banyak line, khususnya, kalau ada hal dan urusan penting, boleh saja datang sekejap, ambil tahu blocking kau, cue kau dan lepas selesai scene kau tu, boleh saja kau balik buat kerja kau. It's about time management lah beb. Oh, aku tak patut expect budak baru untuk tahu pasal time management. Hmm.. Okay, my bad and I apologize for that. :)

Lekir tidak hadir. Dah seminggu tak nampak muka. Aku diberitahu dia ada kuiz esok harinya. Tak mengapa. Study tetap perkara No. 1.
Lekiu pula hanya datang bila dah dipanggil. Terima kasih sebab datang on call dan berlatih dengan baik. Nazrul sebagai Lekiu aku lihat cepat belajar.
Arya Petra juga tidak hadir. Ada kerja FYP yang perlu disiapkan.
Timmy juga tidak dapat hadir. Ada kelas ganti dan lepas itu ada hal FESCO pula.
Zafran juga tidak dapat hadir. Ada 'perjuangan jihad' katanya. Aku anggap itu sebagai test kot. Atau pun persediaan untuk test.
Nik (Patih Karma Wijaya) yang menggantikan Arya Petra. Bila dia sebut dialog-dialog Arya Petra, terus aku ingin menumpukan perhatian. Dialog yang disebutnya sedap bunyinya. Nik semakin menunjukkan potensinya. Aku sifatkan ia sebagai sinar.
Malam itu aku latih Melur (Anis) dengan lebih gigih. Zizi dan Nisa' juga turut membantu melatihnya secara personal. Terima kasih untuk itu.
Dan pusingan kedua latihan babak 1 itu, ada sedikit peningkatan pada Melur. Walaupun masih banyak lagi yang perlu diasah. Tetapi peningkatan tetap ada.
Cuma aku risau ekspresi mukanya kadang-kadang seperti senyum/sengih walaupun sebenarnya dia sedang dalam mood sedih. Ah, nak kena latih ekspresi muka lepas ni rasanya. Hm, bagus juga kalau buat latihan ekspresi muka untuk semua pelakon. Perlu buat lepas ni.

Ramai juga krew yang bawa assignment dan buku pelajaran pada waktu training. Hmm.. nampaknya memang minggu sebelum cuti mid-sem ni penuh dengan agenda akademik. Aku dan Am saja yang relaks. Mungkin sebab dah semester terakhir.

Kemudian babak 2 di balairung seri. Aku berlatih buat kali pertama. Suka betul budak-budak ni bila ambil alih tempat aku jadi direktor. Tapi aku tak kisah. Bila jadi pelakon kenalah ikut arahan direktor, walaupun direktor sementara. Bagi watak Sultan, aku perlu masukkan lebih lagi feeling dalam permainan karakter aku. Minta-minta aku dapat buat yang terbaik sebagai Sultan nanti. Ah, habislah aku kena kecam dengan ZZ lepas ni. Aku dah beritahu dia dengan yakin dan riak yang aku tak akan berlakon sem ni. Habislah aku.

Babak 2 aku tak dapat komen sangat. Bila aku jadi pelakon, view aku dah jadi lain lah pulak.. Itulah masalahnya, aku.

Selamat berjaya diucapkan pada semua TTSian yang ada test dan quiz dalam minggu ini dan minggu depan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. Namun begitu, perjuangan bangsawan Tuah Hang Jebat perlu diteruskan dalam masa yang sama. Study tetap perkara No. 1, jadi diharapkan... masing-masing dapat mengurus masa dengan baik mengikut cara masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan