Khamis, Mac 04, 2010

Bangsawan THJ : Hari 13 / Latihan 12 / Babak 2

Khamis 4 Mac 2010. Petang pukul 5.30 - 7.00.
Latihan bagi Babak 2.
Tun Bija Sura, Tun Teja, Raden Mas, Tun Utama tidak dapat hadir.
Aku berlatih jadi Sultan buat kali kedua secara rasmi.
Pengarahan Dr Shark sememangnya lebih terperinci dari segi lakonan.
Datuk Bendahara seperti biasa perlu lebih ambil masa lagi.
Datuk Patih Karma Wijaya pula perlu lebih kurang ajar lagi. Ambil contoh lakonan Mahmud Jun.
Sultan pula perlu lebih berperasaan yang pelbagai lagi. Aku harap aku tak ada masalah sangat untuk bawa watak Sultan ni.
Petang itu juga ada photoshoot untuk poster.
Dan ada cadangan untuk tambah TIGA flying bar untuk stage MPH itu.
Bukan saja boleh guna untuk bangsawan semata-mata. Tetapi untuk apa-apa show atau acara apa sekalipun nanti.
Tapi tak tahu lagi lah berapa ribu kosnya?

Esok (Jumaat) aku akan ke Kuala Lumpur. Berjalan-jalan. Cari ilham lagi dan lagi.
Sabtu pula aku akan ada di Pasar Seni seharian. Petang ada acara 2ND KAKISCRIPT PLAYWRITING COMPETITION Prize Giving + Book Launch. Mula pukul 4 petang. Dan ini agendanya:

1) Short speech by Kathy Rowland, Director of Kakiseni
2) A Reading of the 2nd prizewinning play by Rosheen Fatima
3) Giving out of prize cheques and book copies to all prizewinners
4) Photo Op


[Aku akan berkeliaran di Pasar Seni sepanjang hari Sabtu nanti...]


Aku Bukan Loser! adalah karya masterpiece aku yang pertama.
Aku Bukan Nerd! adalah sambungannya akan datang, dan..
Aku Bukan Winner! adalah kesinambungan trilogi teater aku yang pertama.

Aku Bukan Loser! adalah karya yang cukup significant dalam hidup aku.
Karya tersebut adalah aku sendiri.
Aku mahu buktikan melalui karya, yang Aku Bukan Loser!
Dan Aku Bukan Loser!

Kejap lagi aku akan siarkan interpretasi aku bagi karya Nasi Lemak 10 sen aku.
Atas permintaan.
Kejap lagi itu mungkin tahun depan.

Tak ramai orang faham karya aku tak apa.
Tapi ada saja orang yang faham.
Yang tak faham tu bagi aku tak boleh ngam dengan aku lah. Senang cerita.

Dan ini REALISTIK!



p/s: Aku ada satu teori. Skrip Dr Shark menang Grand Prizewinner Kakiscript tu. Cuma mungkin tak menang sebab kena DISQUALIFY! Oh, apa pun, thanks for the GREAT T-shirt! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan