Isnin, Mac 08, 2010

Aku & Dunia Aku (Yang Tiada Siapa Tahu)

Tajuk kedua:
Bangsawan THJ : Hari 14 / Latihan 13 / Adegan 1 dalam Babak 3 & 4

Tajuk ketiga:
Bangsawan THJ : Hari 15 / Latihan 14 / Babak 1-4

Tajuk keempat:
Bangsawan THJ : Hari 16 / Latihan 15 / Babak 1-2



Jumaat 05 Mac 2010.
Bangsawan THJ : 36 hari lagi

Pagi. Aku ke Kota Lumpur.
Petang. Latihan adegan Tuah-Tun Teja, adegan Jebat-Dang Baru. Dr Shark handle.



Sabtu 06 Mac 2010.
Bangsawan THJ : 35 hari lagi

Pagi. Aku ke Pasar Seni bersama Cik Misi Peribadi. Private Nurse lah kononnya. Jalan-jalan tengok-tengok apa yang ada di Art For Grabs.
Dalam masa yang sama di UTP, TTS ada family day main rounders dan apa-apa yang diaorang buat yang aku tak tahu. Main layang-layang pun boleh. Faham ke? Layang-layang seposen. Monodrama pun boleh buat. Kalau gila watak. Boleh saja. Faham ke? Mesti tak.

Lewat tengah hari. Niat asal nak ke Sogo. Kot-kot ada baju seposen dua. Sekali tersangkut dalam perjalanan di sebelah panggung colliseum lama tu. Ada tapak jual buku banyak-banyak dan ada diskaun lelong-lelong. Ada pula buku-buku DBP. Aku apa lagi? Satu demi satu rak aku geledah cari buku-buku skrip lama. Cik Misi tak dapat nak buat apa. Layan saja kerenah. Kaut saja apa-apa buku skrip. Sampai kaunter, bro yang jaga kaunter kira jumlahnya adalah RM103 selepas diskaun. Bayangkan berapa banyak aku dah kaut? Tapi aku beli 3 buah buku saja: (1) 1400 Antalogi Drama Kontemporari (selenggaraan Rahmah Hj. Bujang) - (2) Seni Persembahan Bangsawan (Rahmah Bujang) - (3) Bukan Lalang Ditiup Angin (Sasterawan Negara Noordin Hassan). Yang menarik: skrip VAKUM oleh Anuar Nor Arai.

Petang. Aku dengan Kakiseni. Dan para pemenang Kakiscript. Tepuk-tepuk. Ambil satu bundle buku skripnya (10 salinan), jabat tangan Direktornya, ambil gambar. Borak-borak sekejap. Tandatangan 20 salinan buku skrip untuk para penaja. Ambil cek. Periksa nama. Betul. Balik!
Dan ini gambar yang tak lawa.

[AKU: Alah, nasib baik saja ni.]


[DIA: Tak apa, bukannya bergambar dengan awek Melayu.]


Dalam masa yang sama, ada latihan penuh (juga) bangsawan. Sampai pukul 7 malam katanya. Ye ke? Manalah aku tahu, aku tiada di tempat kejadian. Dengarnya juga Paan Gamelan, Pacel dan Koba Alumni turut hadir. Oh, patutlah. Malamnya ada FESCO. Terlepas nak nonton lagi. Tak mengapa. Tuntutan teater aku lebih tinggi.



Ahad 07 Mac 2010.
Bangsawan THJ : 34 hari lagi

Tengah hari hingga petang. Ke Sogo dan kawasan sekitar. Tengok-tengok barang hantaran. Eh? Betul ke? Betul lah tu. Petang, tunggu bas pukul 5.30 sampai pukul 6.10, maka 9.10 malam sampai UTP. Terus 9.30 malam itu pergi latihan bangsawan tanpa balik bilik dulu, tanpa mandi dulu, tanpa makan dulu, tanpa kencing dulu; dan baru tahu Dr Shark tak dapat datang latihan. Latihan malam itu tak sempat penuh. Mula pun lambat. Dapat Babak 1 dan 2 saja. Adakah aku puas? Tak puas pun. Cuma aku dapat rasa saja. Dapat rasa penting lah tu. Aku cuba dapatkan feeling untuk muzik walaupun aku tak tahu apa-apa pasal muzik. Aku cuma dapatkan rasa saja. Malam itu juga buat cue muzik. Esok baru buat cue teknikal pula. Ada beberapa adegan sudah dikoreograf. Bagus. Bagus. Dari segi karakter aku tak beri perhatian sangat malam tu. Lebih khayal pada penghayatan muzik dalam minda aku. Sedikit sedikit saja tentang permainan blocking dan spacing.

Sebagai penutup entri kali ini; sketsa pendek tentang Aku & Dunia Aku.


AKU:
Hela, nafas, ku

DUNIA AKU:
Helah, nafas, nafsu nafsi

AKU:
Alih, perhatian, ku

DUNIA AKU:
Dalih, ambil alih, perhatian

AKU:
Ada lah.. adalah Aku

DUNIA AKU:
Dan ada lah.. adalah Dunia Aku

AKU:
Dunia Aku,

DUNIA AKU:
Ya, Aku

AKU:
Kenapa Dunia Aku tiada serupanya Aku?

DUNIA AKU:
Kerana Dunia Aku (yang tiada siapa tahu)

AKU:
Jadi Aku ada siapa tahu?

DUNIA AKU:
Aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan