Selasa, Mac 09, 2010

Bangsawan THJ : Hari 17 / Latihan 16 / Babak 3

[Bangsawan THJ : 33 hari lagi (28 hari tak termasuk cuti mid-sem)]

Isnin 8 Mac 2010. Petang pukul 5.30 - 7.00 PM.
Latihan untuk Babak 3. Tun Bija Sura dan Tun Nila Utama tidak hadir untuk babak tersebut.
Blocking sudah diperbaiki oleh Dr Shark.
Karakter Datuk Patih Karma Wijaya juga sudah digilap oleh Dr Shark.
Orang tukang buat flying bar datang lagi ambil ukuran sebelum jumlah harga ditentukan.
Setiap karakter bagi babak 3 yang lain juga digilap.
Termasuk juga aku sebagai Sultan.
Blocking aku juga. Mudah-mudahan aku dapat buat dengan lebih lancar lagi.
Skrip yang baru edit juga sudah dicetak.
Babak 5 dan 6 sudah siap akhirnya.
Aku perlu menghafal lagi babak 5.

Tiba-tiba terasa rugi sebab tak dapat tengok show sebagai direktor goyang kaki nanti waktu show.
Tapi tak mengapa. Dah jadi tanggungjawab aku berteater. Aku tak mahu aku gantikan watak Sultan sebab terpaksa. Tetapi, atas dasar tanggungjawab aku dalam berteater.

Malam macam biasa, aku pergi kelas teater.
Malam tu belajar pasal experimentalism pula.
Tak banyak yang diterangkan oleh pensyarah. Tetapi idea utama eksperimentalism diketengahkan iaitu lebih melalui permainan stage.
Waktu kelas tu aku suruh Stage Manager untuk confirmkan balik kehadiran para pelakon untuk latihan malam tu. Aku difahamkan ramai yang sangat sibuk minggu ini dengan dereten test dan lambakan assignment. Jadi, kalau ramai tak dapat datang, aku minta supaya latihan dibatalkan saja.
Apa pun lepas kelas aku jenguk juga ke MPH, kot-kot ada orang.
Ada Stage Manager saja yang sanggup tunggu di situ kot-kot ada pelakon yang tak dapat notis pembatalan latihan.
Kemudian, Director dan Stage Manager pulang.

Minggu ini latihan sedikit perlahan.
Atau mungkin tiada latihan penuh. Mungkin hanya latihan untuk polish karakter.
Jumaat ini sah-sah lah tak ada latihan. Semua akan pulang untuk cuti mid-sem.

Kepada semua cast dan crew Bangsawan THJ;
Jumpa lagi pada malam hari Rabu hadapan, 17 Mac 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan