Isnin, Mac 01, 2010

Bangsawan Melati Pujaan Tumasek

Ahad 28 Feb 2010. Pukul 8.45 - 11.00 malam.

Ada show bangsawan kat Taman Budaya Ipoh. Dipentaskan oleh Kumpulan Bangsawan Oni Moraza. Sebuah pra-tonton untuk program Semarak Bangsawan di Panggung Bandaraya pada 12-14 Mac nanti. Direktor-direktor muzik, set, kostum, stage dan teknikal yang kena pergi. Tidak lupa juga marketing untuk edar flyers Bangsawan THJ pada penonton yang hadir malam itu. Pelakon yang suka dan rela hati nak pergi hanya Tun Teja seorang saja. Itu pun sebab dia tak jadi balik rumah hujung minggu tu. Yang lain pula, aku difahamkan ramai yang perlu bersedia untuk test pada hari esoknya, assignment yang perlu dihantar pada hari esoknya dan hal-hal seumpama. Biasalah, tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa tetap tidak boleh dilupakan.

Sebelum aku berkomen dengan lebih lanjut, terima kasih pada semua direktor yang sudi meluangkan masa untuk 'belajar' cara dan gerak kerja show bangsawan pada malam itu. Siap catat nota lagi waktu tengah tengok show. Aku tak catat apa-apa, sebab direktor yang lain dah catat. Ha ha. Aku hanya sibuk melayan SMS daripada produser yang duduk dekat belakang sekali, tempat duduk tepi sekali, seolah-olah sudah bersedia hendak keluar pada bila-bila masa. Namun, aku kagum juga bila produser yang aku rasa macam tak nak datang pada asalnya mampu bertahan paling kurang pun satu jam juga. Kagum jugalah aku.

Show bermula pukul 8.45 malam, dan front house berbaju ungu itu menarik kalbu juga. Ah. Aku tak patut tulis benda ni.



BANGSAWAN "MELATI PUJAAN TUMASEK"

Aku tak dapat berkomen banyak dan lanjut sebab aku tak catat apa-apa. Aku hanya komen apa yang aku dapat ingat saja. Duduk saja, aku terus tengok pemain muzik di belah kanan pentas. Untuk show THJ nanti, ada gamelan, ada sound and noise dan ada live band (minta-minta depa dapat buat untuk kita, minta sangat-sangat...). Kalau tak dapat, we have to go for Plan B!

Sepanjang show, aku dan Am selaku Music Director memberi perhatian kepada semua bunyi latar, muzik latar, dan lagu-lagu. Tapi perkara ini membuatkan aku terfikir... buat masa sekarang ini kita tak ada lagi live band yang dah confirm untuk main muzik untuk kita, dan kalau confirm sekalipun, aku boleh sifatkan yang kita 'CARI PASAL' sebab kita akan ada TIGA JENIS PEMUZIK YANG BERLAINAN. Kalau dibanding dengan SATU LIVE BAND saja yang ada dalam show malam tadi, aku rasa pening kepala aku akan bertambah. Maknanya, ketiga-tiga pemuzik itu kena sit together, meet up, get the whole idea of the show, the whole play dan kemudian kena ada synchronization, sound balancing (hentam saja nak kata apa tak tahu? haha) dan seumpamanya. Oh no, I'm a dead meat! Aku kena jumpa semua pemuzik tu secepat mungkin! Aku dah go through the script dan tanda pada mana-mana bahagian untuk jenis-jenis muzik yang ingin dimainkan nanti. Kalau tak dapat live band, kita kena gunakan team gamelan (alumni KL) dan bro Kamal Sabran + Ibrisam tu sebaiknya. Maka itulah gunanya otak kreatif mencari alternatif pelbagai.

Dari segi lakonan pula, Sultan menampilkan watak dengan attitude tipikal Sultan: concern dengan negeri dan isi negerinya dan bila ada kemurkaan tanpa usul periksa yang mendalam terus jatuh hukum walaupun orang tu tak bersalah dan telah difitnah dan dituduh. Oh wait, bangsawan THJ pun begitu juga. Elemen penting cerita bangsawan lah tu! Watak Melati pula bagi aku wasted, tidak menyerlah, tenggelam tak timbul-timbul dan telah merosakkan babak sedih sebelum disula dengan nyanyian yang terlalu bercampur baur dengan tangis teresak-esak. Kalau aku sebagai pengarah, bukan esak tangis yang aku mahukan, tetapi EMOTION semasa menyanyi tu, dan rasa sebak dan tangis esak itu perlu dikawal dan kena pandai main. (Oh, aku pun dulu tak dapat buat dengan baik waktu jadi Putra dalam teater Kerusi, 2008 haha).

Tapi babak akhir, Sultan banyak salah sebut line lah pulak....

Watak Tun Kudus (antagonis) memang nampak jahat dan tak handsome, permainannya atas pentas tak adalah teruk, cuma mungkin dia ada masalah nak gelak dengan real, sama masalahnya dengan aku dan pelakon TTS yang lain (kecuali beberapa orang yang aku rasa orang pun dah kenal siapa). Watak Tun Mamat yang dituduh berzina dengan Melati pula ada kalanya ter-overacting pun ada. Sampai ada satu tahap waktu dia dah dijatuhkan hukuman sula oleh Sultan, dan waktu tu Sultan dah keluar, dan waktu tu Tun Kudus berdialog dengan Tun Mamat, Tun Mamat terkeluar bunyi suara yang ganjil dan pelik dan ada orang gelak kot! Bukan patutnya orang kena rasa meromang bulu roma ke?

Tun Zainal, the hero, yang lenggok bahasanya aku rasa menepati expectation bangsawan aku dalam show malam tu selain Sultan, akan tetapi mungkin tersilap sikit waktu syair memanggil Tun Kudus dalam hutan pada babak akhir tu. Tapi apa pun, pertarungan Tun Zainal dengan Tun Kudus boleh tahan juga. Tun Kudus berpencak dengan cantik dan kemas. Tun Zainal kurang sedikit. Ah, aku risau Jebat dan Tuah dan 3 pendekar yang lain ni untuk berpencak silat. Siapa yang nak ajar? Okay, catatkan, catat catat catat!

Extra turn pada malam tu kebanyakkannya adalah sebahagian daripada cerita dan tidak terasing daripada cerita. Extra turn sebelum babak terakhir, Tun Zainal baca mantera diiringi gerak silat 5 orang pesilat dengan efek UV light. Woh! UV light beb! Stail UV light Perak tu! Apa pun aku tetap suka efek suara echo waktu baca mantera. Dah aku suka, nak buat macam mana kan?

Extra turn tarian oleh dayang-dayang pula bagi aku kurang bertenaga. Eh, ada zapin! Jangan menari zapin main-main kalau ada orang Johor yang nonton! Hehehehehehe. Pada hal aku tak reti nari zapin. Cuma aku rasa je. Biasalah, aku kan kuat dengan perasaan. Emosional lah orang kata... Emosional bertempat tak apa kan? Ke? Macam mana?

Okaylah, aku pun dah ketandusan idea nak komen pasal apa lagi. Jadi untuk mudahkan kerja. Aku buat senarai 'yang terbaik' pada malam itu:

Pelakon lelaki terbaik - Sultan
Pelakon perempuan terbaik - Raden
Rekaan set terbaik - Babak Melati dan Tun Mamat disula
Tatacahaya terbaik - Babak Melati dan Tun Mamat di sula
Koreografi terbaik - Majapahit serang Tumasek

Dah, itu saja kot? Dah lah... Pening kepala pula nak ingat balik pasal semalam.

Apa pun, show malam tadi dapat mengajar serba sedikit tentang cara bangsawan dipentaskan. Kalau dibanding dengan Laksamana Cheng Ho tempoh hari, Cheng Ho lebih moden pada pandangan aku.

Dan malam tadi, adalah malam UNGU. Malam UNGU beb!!!!!!!!!!!!!

Kalau tiada aral melintang, akan aku tonton semula bangsawan ini di Panggung Bandaraya KL pada 12-14 Mac nanti. Wah, sanggup kan! Ada agenda tersembunyi ke?

1 ulasan:

  1. warisan moraza adalah yg terbaek...........,,,,
    semalam dayang2 mmg ckup cntik..,,bdk2 slat mmg bertenaga,,scene yg pling bagos scene kne sula

    BalasPadam